Amalan pahala sunat pada hari jumaat : Hari dan malam jumaat merupakan hari yang menjadi penghulu kepada semua hari yang lain. Hari ini terlalu istimewa sehingga menjadi hari yang paling agung disisi Allah.
Terdapat satu riwayat daripada ilmu Majah tentang lima perkara penting yang telah berlaku pada hari Jumaat :
- Kejadian penciptaan Nabi Adam berlaku pada hari jumaat yang barokah.
- Allah telah memilih hari jumaat untuk menurunkan Nabi Adam dari syurganya kebumi.
- Allah juga telah memilih hari jumaat untuk mematikan Nabi Adam iaitu manusia pertama yang dicipta oleh yang Maha Esa.
- Terdapat satu detik didalam 12jam hari jumaat dimana Allah akan memakbulkan segala doa yang baik-baik daripada hambaNya.
- Hari jumaat juga akan menjadi hari dimana berlakunya kehancuran seluruh alam (kiamat).

Amalan pahala sunat pada hari jumaat
Jom lihat 10 amalan sunat berikut yang boleh dijadikan amalan anda sekaligus menggandakan lagi ganjaran pahala.
1. Amalan memotong kuku dan mencukur kumis (bagi lelaki)
Memotong kuku dan mencukur kumis pada hari jumaat juga merupakan salah satu daripada sunnah Nabi Muhammad SAW. Didalam sebuah hadis riwayat Baihaqi dan Thabrani yang bermaksud :
Adalah Rasulullah SAW memotong kuku dan mencukur kumis pada hari Jumat sebelum beliau pergi menunaikan solat Jumaat.”
Kuku yang panjang dikatakan menjadi tempat kesukaan syaitan mendiami dan beranak pinak. Apatah lagi kuku yang hitam dengan kotoran dan panjang.
Antara kebaikan dan manfaat menjaga kebersihan kuku selain mendapat pahala sunnah ialah menghindarkan ia menjadi tempat pembiakan bakteria. Kuku yang sihat dan bersih juga dapat mengelakkan badan daripada masuk bakteria yang tidak baik.
Didalam islam, tidak digalakkan menyimpan rambut pada ketiak, rambut pada kemalu an dan kuku sehingga melebihi 40 hari.
Kami diberi batasan dalam memendekkan kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemalu an, iaitu semua itu tidak boleh dibiarkan melebihi daripada 40 malam.” .
(HR. Muslim no. 258)
2. Mandi sunat hari jumaat
Seperti mandi sunat hari raya, setiap hari jumaat juga mempunyai mandi sunat yang boleh menggandakan ganjaran pahala.
Amalan mandi sunat hari jumaat ini sangat digalakkan kepada kaum muslimin yang perlu menunaikan solat jumaat. Rasullullah menggalakkan mereka yang hendak menunaikan solat jumaat supaya membersihkan diri dahulu dan memakai wangian yang menenangkan.
“Sesiapa yang hendak mendirikan solat Jumaat dia hendaklah mandi”.
Riwayat Muslim (844)
Bagi para wanita dan kanak-kanak juga digalakkan untuk melakukan mandi sunat jumaat.
Sangat mudah untuk melakukan amalan sunat ini. Anda hanya perlu mandi pada waktunya iaitu waktu selepas subuh sehingga sebelum ke masjid untuk solat jumaat. Tetapi yang paling afdhal adalah sebelum ke masjid untuk mengelakkan bau peluh dan menyegarkan badan ketika beribadah.
Selepas itu hanya perlu niat “sahaja aku mandi sunat hari jumaat kerana Allah Taala”. Seterusnya hanya perlu meratakan air keseluruh anggota badan badan yang zahir.
3. Bacaan amalan surah Al-Kahfi
Rasulullah bersabda,
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.”
(Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)
Ingatkah anda tentang kisah pemuda yang lama tertidur selama beratus tahun dengan izin Allah dihidupkan kembali. Kisah mereka Allah abadikan didalam kalamnya untuk menjadi pengajaran kepada umat manusia tentang ketegasan mereka untuk terus beriman kepada Allah.
Baca tentang kisah mereka disini : Kisah anjing ashabul kahfi dalam al quran.
Antara kebaikan mengamal dan menghafal surah al-Kahfi ialah :
- Diberikan cahaya kepada pembaca diantara dua Jumaat. Ini berdasarkan hadis yang dinyatakan diatas oleh baginda sendiri tentang kebaikan mengamalkan surah al-Kahfi ini.
- Menyelamatkan diri daripada fitnah dajjal. Rasullullah SAW bersabda “Sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi akan terhindar daripada fitnah dajjal”.
- Amalan surah al-Kahfi akan memberi ketengan dan rahmat daripada Allah kepada pembacanya.
- Iktibar dan persedian kepada diri untuk menghadapai ujian dan fitnah akhir zaman.
4. Sedekah jumaat
“Sesungguhnya bersedekah pada hari Jumaat itu adalah lebih baik berbanding pada hari-hari lainnya. Nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari jumaat berbanding pada hari lainnya adalah seperti besarnya pahala amalan pada bulan ramadhan berbanding bulan yang lainnya”
Ibnu Qayyim dalam zad al Maad

Islam sangat menganjurkan umatnya untuk bersedekah pada hari jumaat kerana hari tersebut lebih istimewa berbanding hari lainnya. Tetapi, anda tidak digalakkan untuk menangguh bersedekah kerana sedekah itu terdapat 1001 kebaikan didalamnya.
Sedekah itu tidak semestinya dalam bentuk kewangan sahaja, terdapat banyak lagi cara untuk bersedekah antaranya ialah :
- Sedekah yang dari bentuk fizikal seperti wang ringgit, pakaian yang elok, makanan yang baik, pembayaran bil utiliti untuk masjid dan sebagainya.
- Hadis riwayat daripada Jabir RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap kebaikan yang dilakuakan itu adalah sedekah.” – Riwayat al-Bukhari. Jadi membuat kebaikan kepada orang lauk dan makhluk Allah yang lain juga dikira sebagai amalan sedekah.
- Tahukah anda bahawa bersenyum itu juga adalah dikira sebagai sedekah? Dengan bersenyum sahaja anda sudah memberi ketenangan dan kesenangan kepada kehidupan yang lain. Daripada situ terdapat kebaikan dari Allah kepada mereka yang ikhlas bersenyum untuk menggembirakan orang lain.
Baca halaman seterusnya..