AIR TERJERNIH DIDUNIA | Air jernih sememangnya merupakan salah satu keajaiban semula jadi yang paling hebat. Anda boleh menemui kolam yang dipenuhi dengan air kebiruan bukan sahaja di resort paling mewah tetapi di tasik dan juga lanskap bersalji. Berikut adalah 10 tempat yang mempunyai air terjernih didunia ini.

#10 Kampung Jiuzhaigou, Sichuan, China

Kawasan ini merupakan kawasan simpanan semulajadi yang sangat luar biasa didunia. Alam semula jadi yang yang indah disertakan kawasan hijau perhutanan menjadikan kawasan ini sebagai salah satu pusat perlancongan yang popular. Tasik yang juga dipanggil ‘5-colour pond’ mempunyai air yang sangat jernih, sekaligus anda akan dapat melihat kehidupan bawah air yang menakjubkan.

Air terjernih didunia.

Di Kampung Jiuzhaigou, terdapat beberapa kolam tasek dan air terjun, serta pelbagai hutan dan keajaiban alam semulajadi.

Apakah waktu yang paling sesuai untuk kesini? Setiap empat musim yang mendatang menghasilkan pemandangan yang berbeza-beza. Tetapi semua pun tetap indah termasuklah pada musim sejuk.

#9 Tasik Peyto, Bukit Berbatu, Canada

Tasik ini telah dijumpai di ‘Banff National Lake’, tasik kebiruan ini telah disambungkan oleh glasial daripada bukit bersalji. Tasik Peyto terletak diantara kawasan bawah lembah bukit dan dikelilingi tiga puncak gunung yang mempunyai keindahan panorama. Pemandangan paling cantik lazim terjadi pada musim panas ketika kejadian pencairan ais dari glasial yang membawa ketulan bongkah ke dalam tasik.

Air terjernih didunia.

Tasik ini mudah diakses dari Icefields Parkway. Ia menawarkan pemandangan yang indah, aktiviti mendaki dan berperahu. Musim panas adalah waktu yang paling sesuai untuk anda melawat kawasan ini.

#8 Sungai Blue River, Greenland

Blue River adalah salah satu tempat terbaik untuk berkayak dan meneroka keindahan artik. Setiap tahun sungai ini akan berubah bentuk yang berbeza-beza, tetapi panoramanya tetap menakjubkan. Sungai Blue River tidak disertai dengan prasarana untuk ke kawasan ini, menyebabkan perjalanan ke sana agak mencabar dan ‘adventurous;.

Musim yang popular dengan kedatangan pelancong adalah pada musim sejuk dan kering (Disember-April). Ia turut dibuka pada musim panas, tetapi kurang sambutan daripada pelancong. Hal ini kerana, pada musim ini, pembiakan nyamuk lebih banyak dan tidak digemari pelancong.

#7 Anse Source d’Argent, Pulau La Digue, Seychelles

Pantai Anse Source d’Argent mungkin merupakan pantai yang paling ikonik, panorama alam syurgawi. Pantai ini mempunyai jalur pasir putih yang memanjang, air jernih bersuhu sederhana dan iklim yang baik sepanjang tahun. Lebih-lebih lagi, pantai ini mempunyai batu granit besar dengan pelbagai membentuk. Batu-batu ini telah membentuk teluk dan gua yang indah.

Anda hanya boleh menuju ke pantai ini dengan menaiki feri dari Lapangan Terbang Antarabangsa Seychelles di pulau Mahé.

#6 The Blue Lake, South Island, New Zealand

‘The Blue Lake’ dikatakan sebagai tasik paling jernih di dunia. kejernihannya hampir sama dengan segelas air minuman dan dianggap suci oleh puak Māori. Pihak disini tidak membenarkan aktiviti berenang di tasik tetapi terdapat banyak aktiviti lain yang disediakan di sini: dari mendaki di taman, memancing sehingga berkhemah.

Waktu yang sesuai anda boleh melakukan aktiviti disini adalah sepanjang tahun.

#5 Taman kebangsaan Lençóis Maranhenses, Maranhão, Brazil

Keindahan pemandangan disini disertai dengan terbentuknya bukit-bukit pasir serta laguna kecil. Pemandangan berpasir yang anda lihat bukanlah dikatakan padang pasir, tetapi ia sangat mirip dengan padang pasir. Pembentukan laguna-laguna kecil telah menambahkan keunikan kawasan tersebut. Airnya yang jernih dan bersuhu sederhana menjadikan ia sesuai untuk berenang dan beriadah.

Keindahan dan keajaiban alam semulajadi ini sangat wajar untuk anda lihat. Masa yang sesuai untuk melawat kawasan ini adalah antara bulan Julai sehingga September.

#4 Menorca, Spain

Pulau kecil di Laut Mediterranean sering juga disebut sebagai ‘Permata Balearic’. Dengan kewujudan 120 pantai yang menakjubkan, sudah tentu ia menjadi salah satu tempat paling menarik dari kumpulan Kepulauan Balearic. Kebiasaannya, para pelancong akan membanjiri kawasan ini dari bulan Mei sehingga Oktober.

Apa yang istimewanya, pulau ini mempunyai banyak pantai yang menakjubkan dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antara aktiviti yang sesuai adalah berenang, beriadah dan berkayak.

#3 Sardinia, Italy

Sarddinia merupakan pulau kedua terbesar di Laut Mediterranean, ia mempunyai pantai yang sangat panjang dan perairan yang jernih di sekitarnya. Aktiviti menyelam menjadi pengalaman yang sangat unik kerana dipulau ini terdapat pelbagai jenis spesis hidupan laut yag jarang ditemui. Air dari laut Mediterranean yang bersuhu sederhana menjadikan kawasan ini sesuai untuk berenang sepanjang tahun.

Destinasi percutian yang indah ini sangat sesuai untuk aktiviti berkeluarga kerana airnya yang jernih dan hangat serta menjadi tempat menyelam yang hebat.

#2 Maldives

Menjadi salah satu destinasi percutian yang paling digemari diseluruh dunia. Maldives mempunyai pantai putih berpasir, air yang jernih serta resort-resort yang akan membawa anda kepada keindahan pulau ini.

Salah satu tarikan pelancong disini adalah, resort dan vila terapung yang akan memberi anda pengalaman yang tidak akan dilupakan. Anda pasti akan teruja dengan keindahan alam semulajadi yang hebat, cuaca yang menyenangkan sepanjang tahun, serta perkhidmatan berkualiti dunia.

#1 Whitehaven Beach, Queensland, Australia

Anda akan dibawa mengelilingi pulau ini dengan menaiki bot atau bas. Pantai Whiteheaven menjadi salah satu daripada pantai di Australia yang paling terkenal dan pastinya menjadi destinasi percutian impian anda. Pantai yang terbentang sejauh 7 km di sepanjang Pulau Whitsunday mempunyai pasir yang dibuat daripada 98% silika tulen.

Pantai Whiteheaven dianggap sebagai pantai terbersih di Queensland. Aktiviti yang menenangkan dan berjalan ditepian pantai pasti menakjubkan hati anda.


Rujukan : pandotrip.com & pautan gambar dari google image

Anda juga berminat :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like