Bila tibanya tarikh 16 Mei, Hari Guru, pasti ramai murid dan ibu bapa akan mula mencari-cari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada guru kesayangan mereka. Ada yang memilih untuk memberikan hadiah secara klasik macam bunga & coklat, dan ada pula yang suka memberi hadiah yang lebih praktikal untuk kegunaan harian cikgu.
Kalau anda masih tidak tahu nak pilih, jangan risau. Kami ada senaraikan 15 jenis hadiah Hari Guru murah & menarik di Shopee yang bukan sahaja berbaloi, malah akan membuatkan cikgu anda rasa lebih dihargai.
Senarai 15 Hadiah Hari guru + Contoh Kedai & Harga
π 1. Set Penanda Whiteboard / Marker Berkualiti

Setiap hari cikgu akan menulis pendidikan di papan putih. Bayangkan pen marker tiba-tiba habis dakwat, memang stress! Jadi kalau anda boleh menghadiahkan marker whiteboard yang berkualiti di Shopee, pasti cikgu akan tersenyum lebar. Walaupun ianya nampak simple, tetapi inilah hadiah paling berguna untuk mereka.
π 2. Stamp βGood Job / Excellentβ Custom Nama Cikgu

Cikgu anda sangat suka memberikan motivasi kepada anak muridnya. Stamp dengan tulisan βGood Jobβ atau βExcellentβ memudahkan kerja mereka. Yang lebih seronok ialah jika ia boleh letak nama cikgu anda sendiri. Bayangkan buku latihan murid dengan cop comel dan ada nama cikgu β pasti unikkan! Anda juga boleh dapatkan stamp custom di Shopee dengan harga bawah RM20 sahaja.
π 3. Set Sticky Notes Warna-Warni

Sticky notes ni sangat penting sebenarnya dan menjadi penyelamat β boleh guna tampal pada buku, meja, atau dokumen penting. Guru biasanya akan mengginakan sticky notes untuk menanda kerja murid atau menulis mesej ringkas. Jadi, hadiahkan cikgu anda dengan sticky notes warna pastel di Shopee, confirm cikgu anda akan gunakan ia setiap hari. Murah, praktikal, dan comel!
π 4. Organiser Meja Mini / Desk Storage

Meja guru biasanya akan penuh dengan koleksi pen, gunting, marker dan macam-macam lagi stationary. Kalau anda dapat hadiahkan mini organiser meja dari Shopee, mereka dapat susun barang dengan lebih teratur. Malah meja akan menjadi lebih kemas dan tersusun sekaligus memberi ketenangan.
π 5. Kalender Meja / Planner Tahun 2025

Guru sememangnya akan ada banyak program β daripada program kelas, mesyuarat, sehinggalah aktiviti sekolah. Jadi planner atau kalender meja antara hadiah yang sangat sesuai untuk diberikan. Hadiahkan planner cantik tahun 2025 di Shopee, confirm cikgu anda akan ingatkan anda setiap kali mereka buka planner tersebut untuk tulis jadual.
π 6. Badge / Lanyard Nama Custom

Setiap hari, guru anda akan memakai lanyard ID. Tetapi kalau hadiahkan lanyard dengan custom nama cikgu di Shopee sekali dengan design yang cantik, ia akan menjadi sesuatu yang personal dan istimewa. Sangat lain daripada biasa, dan pasti cikgu anda akan rasa dihargai!
π 7. Set Highlighter Pastel / Mildliner

Highlighter dengan warna pastel sekarang memang tengah trending. Bukan sahaja cantik, malah akan membuatkan nota nampak lebih menarik. Kalau cikgu anda suka sangat highlight buku teks atau bahan bacaan, anda wajip hadiahkan set highlighter aesthetic ini hanya di Shopee. Harga pun tidak mahal ye, tetapi sangat berguna dan memuaskan.
π 8. Pen Laser Pointer / Presenter Wireless

Cikgu universiti atau pensyarah biasanya memang memerlukan alat ini untuk presentation. Dengan laser pointer wireless di Shopee, mereka boleh mengajar dengan mudah dan profesional. Jadi, hadiah ini akan tampak lebih moden dan lain daripada biasa.
π 9. Jam Meja Digital Mini

Cikgu memang kena sentiasa kawal masa didalam kelas. Kalau anda hadiahkan jam meja digital mini ini dari Shopee, ia bukan sahaja menjadi dekorasi yang comel tetapi juga sangat berguna untuk mereka memastikan waktu mengajar cikgu lebih terkawal. Jadi, sediakan hadiah simple ini tetapi penuh makna.
π 10. Plant in Pot / Pokok Mini Hiasan Meja

Pokok kecil atas meja cikgu boleh mengubah suasana menjadi lebih segar dan tenang. Sama ada ianya artificial atau tumbuhan sebenar, ia tetap mampu memberikan vibe yang tenang. Bayangkan cikgu anda sedang tengok pokok mini hiasan meja dari Shopee ini setiap kali hendak berehat seketika β ya! hadiah ini simple tetapi terdapat kesan positif pada mood.
π 11. Buku Motivasi / Inspirasi Pendidik

Buku merupakan bentuk hadiah yang evergreen. Jika anda hadiahkan cikgu buku motivasi guru di Shopee, ia bukan sekadar bahan bacaan tetapi juga inspirasi untuk mereka terus bersemangat untuk mendidik. Buku ini juga akan menjadi kenangan jangka panjang untuk mereka.
π 12. Portable Fan USB / Clip Fan

Kelas anda panas tak? Even kipas siling pun tak cukup kuat. Jadi, dengan kipas mini USB portable di Shopee, cikgu pasti akan merasa lega sedikit. Boleh diletak diatas meja dan senang dibawa ke mana-mana! – Murah, tetapi sangat berguna!
π 13. Hand Sanitizer Spray Custom Nama

Hand sanitizer kecil dengan custom nama cikgu anda sememangnya sangat unik. Bentuk yang praktikal, sangat sesuai dibawa ke kelas atau mesyuarat. Jadi anda boleh menghadiahkan hand sanitizer custom nama di Shopee yang nampak comel tetapi terdapat sentuhan personal.
π 14. Mouse Wireless / Pad Mouse Cute


Jika cikgu anda seorang yang banyak membuat kerja komputer, idea mouse wireless ini sangat membantu. Tambahkan juga pad mouse comel untuk tampak lebih penuh. Jadi, hadiahkan mereka dengan mouse wireless murah hanya di Shopee β confirm cikgu anda akan lebih selesa nak buat kerja sekolah mereka atau key-in markah.
π 15. Gift Card Shopee / E-Wallet
Jika anda betul-betul tidak tahu nak pilih hadiah yang mana, paling mudah anda hadiahkan Shopee Gift Card digital. Dengan cara ini, cikgu anda boleh memilih sendiri apa yang mereka nak beli. Sangat praktikal dan tidak perlu pusing kepala!
π¦ Tip Pilih Hadiah Hari Guru Murah di Shopee
- Utamakan fungsi: pilihlah hadiah yang cikgu anda boleh gunakan setiap hari akan lebih bermakna.
- Tambahkan sentuhan peribadi: Hadiah dengan custom nama/ucapan akan lebih dihargai.
- Bajet sederhana: RM10βRM30 sudah memadai untuk hadiah yang bermakna.
- Pilih seller dengan Shopee Mall / rating tertinggi: Pastikan barang anda cepat sampai dan kualitinya terjamin.
πββοΈ FAQ Hadiah Hari Guru
1. Perlu ke beri hadiah mahal untuk Hari Guru?
π Tidak perlu. Hadiah murah pun cukup asalkan ikhlas dan sesuai dengan cikgu.
2. Hadiah apa yang paling berguna untuk guru?
π Marker, pen, planner, atau organiser meja antara pilihan terbaik.
3. Boleh ke hadiah Hari Guru dibeli last minute di Shopee?
π Boleh, pilih seller dengan βShopee Xpressβ untuk penghantaran pantas.
π― Kesimpulan
Menyediakan hadiah di Hari Guru adalah salah satu tanda kita menghargai jasa mereka yang mendidik kita tanpa mengenal erti lelah. Dengan 15 cadangan hadiah yang murah & menarik di Shopee 2025 ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan duit, malah juga dapat memberikan kegembiraan kepada cikgu anda.
Hadiah kecil mungkin nampak biasa, tetapi bagi seorang guru β ia adalah tanda kasih sayang dan penghargaan yang besar nilainya.
π Kalau anda suka artikel ini, mungkin anda juga akan berminat dengan:

No Comment