Cara logout gmail dari Hp lain..| Kadang-kadang keperluan kerja memerlukan anda untuk log masuk akaun gmail dalam peranti yang berlainan seperti telefon, komputer dan tablet.
Jadi, anda perlu sentiasa memastikan akaun gmail anda di logout apabila peranti tersebut tidak digunakan lagi.
Apa yang lebih penting ialah, jika laptop atau telefon anda hilang atau dicuri, sangat penting untuk anda tahu cara memutuskan sambungan akaun Gmail dengan segera.
Baca juga : 2 Cara delete akaun dari gmail dan Google untuk android
Cara logout gmail dari Hp atau laptop lain dengan menggunakan Hp anda

Buat anda yang mahu logout keluar akaun Gmail daripada peranti lain (atas sebab keselamatan), anda boleh ikuti langkah berikut).
- Buka setting telefon anda (berbentuk gear bulat)
- Scroll kebawah dan tekan pada Google (Rujuk gambar 1)
- Anda juga boleh menukar pilihan akaun email lain. Dibawah gambar profil anda terdapat anak panah yang membolehkan anda menukar ke akaun Gmail lain.
- Tekan pada “Manage your Google Account“
- Scroll menu ketepi dan pilih pada security
- Scroll pula kebawah, dan tekan pada Your Device
- Disini anda akan melihat mana-mana device yang anda pernah login mengunakan akaun Gmail anda.
- Pilih device mana yang anda mahu logout. Pada bahagian kanan kotak tekan pada 3 titik tersebut.
- Last sekali, tekan sign out.
Baca juga : Kebaikan dan kelemahan unifi mobile plan yang perlu anda tahu
Cara logout gmail dari Hp atau laptop lain dengan menggunakan laptop anda
Sama seperti Hp anda, laptop juga boleh digunakan untuk logout akaun Gmail anda daripada peranti lain.
Langkahnya adalah lebih kurang seperti jika digunakan Hp anda.
- Buka Google Chrome anda
- Pada bahagian kanan atas akan kelihatan gambar profile akaun Google anda. >>Tekan pada gambar tersebut
- Tekan pada “Manage your Google Account“
- Scroll menu ketepi dan pilih pada security
- Scroll pula kebawah, dan tekan pada Your Device
- Disini anda akan melihat mana-mana device yang anda pernah login mengunakan akaun Gmail anda.
- Pilih device mana yang anda mahu logout. Pada bahagian kanan kotak tekan pada 3 titik tersebut.
- Last sekali, tekan sign out.
Google juga turut menyediakan pilihan jika anda mahu menukar password Gmail anda atas sebab keselamatan.
Jika anda menukar password, secara automatik anda akan di logout daripada semua peranti lain.
[…] Baca juga : 2 Cara logout gmail dari Hp atau laptop lain […]
[…] Baca juga : 2 Cara logout gmail dari Hp atau laptop lain […]