Cara kirim gambar di Google Classroom..| Didalam artikel ini, anda akan dapat tahu cara-cara untuk menegirim tugasan yang anda sudah siapkan dalam bentuk gambar atau foto kepada cikgu anda melalui Google Classroom.
1. Cara kirim gambar tugasan di Google Classroom melalui aplikasi android Google Classroom

- Buka aplikasi Google Classroom anda
- Buka kelas pilihan yang anda perlu hantarkan tugasan
- Didalam kelas tersebut, akan terlihat link yang akan membuka tugasan apa yang diberikan oleh cikgu anda. Klik pada tugasan tersebut.
- Scroll pada bahagian bawah dan akan terlihat “Tugas Anda”
- Tekan pada “Tambah Lampiran”
- Pilih dimana anda simpan gambar tugasan anda atau pilih pada “Ambil Foto” untuk mengambil gambar baru
- Selepas berjaya diupload, anda boleh send gambar terebut.
Baca juga semua artikel tentang: google classroom disini.
2. Cara mengirim gambar tugasan di Google Classroom melalui laptop

- Buka Google Classroom anda di Google Chrome
- Buka kelas pilihan yang anda perlu hantarkan tugasan
- Pilih pada pilihan tugasan yang anda perlu hantar tugasan yang diberi
- Pada bahagian tepi terdapat kotak “tugas anda”. Tekan pada bahagian tambah dan pilih pada file. (Rujuk gambar 2)
- Upload gambar yang anda mahu hantar dan tekan hantar.
Baca juga : Cara download Google classroom pada laptop window 7/8/10
3. Cara mengirim gambar tugasan yang banyak di Google Classroom
Jika anda mempunyai Gambar tugasan yang sangat banyak, anda disarankan supaya tidak mengupload gambar satu per satu. Hal ini hanya akan memberi kesukaran kepada cikgu untuk melihat.
Terdapat 2 pilihan untuk anda convert gambar kepada PDF.
- Download aplikasi PDF converter dari Google Store anda.
- Convert gambar-gambar anda melalui PDF converter secara online di www.adobe.com
Selepas berjaya convert, upload PDF anda di bahagian “tugas anda” dengan memilih file.
Baca juga : 8 Jenis diet dan penerangannya yang mungkin sesuai untuk anda cuba