Tips beraktiviti dibawah matahari terik..| Duduk beraktiviti dibawah cahaya matahari adalah baik untuk kita atau tidak?

Terdapat banyak aktiviti luar rumah yang seronok untuk anda cuba tetapi memerlukan anda untuk berdiri dibawah matahari. Jadi bagaimanda pendedahan kepada sedikit matahari ini mampu memberi kesan yang baik kepada tubuh anda?

Sebenarnya cahaya matahari akan membantu meningkatkan bahan kimia dalam otak anda yang dipanggil serotonin. Serotonin inilah yang akan memberi anda lebih tenaga dan membantu anda lebih tenang, positif dan fokus.

Selain itu, terdapat juga rawatan yang menggunakan cahaya semulajadi atau tiruan ini untuk merawat Seasonal affective disoder (SAD) dan penyakit kemurungan lain yang berkaitan dengan tahap serotin rendah.

Tips beraktiviti dibawah matahari terik
Gambar sekadar hiasan. Kredit gambar : google image

Fakta dan persoalan tentang beraktiviti dibawah matahari

Berapa lama waktu yang selamat untuk anda duduk dibawah matahari?

Sesetengah pakar dermatologi percaya bahawa, selagi anda tidak mengalami komplikasi dengan pendedahan matahari biasa, anda boleh berjemur tanpa pelindung matahari sehingga 20 minit setiap hari . Untuk mengurangkan risiko selaran matahari, mungkin lebih baik untuk bertahan selama 5 hingga 10 minit.

Adakah terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari boleh memberi kesan buruk kepada tubuh?

Terlalu banyak pendedahan tanpa perlindungan kepada sinaran ultraungu (UV) matahari boleh menyebabkan kerosakan kulit, kerosakan mata, penindasan sistem imun dan kanser kulit. Malah orang yang berumur dua puluhan pun boleh menghidap kanser kulit.

Bolehkah anda mendapatkan vitamin D daripada cahaya matahari dari dalam rumah?

Badan anda tidak boleh membuat vitamin D jika anda duduk di dalam rumah di tepi tingkap yang cerah kerana sinaran ultraungu B (UVB) (yang diperlukan oleh badan anda untuk membuat vitamin D tidak dapat menembusi kaca.

Apa terjadi kepada tubuh anda jika sebulan tubuh anda tidak terkena cahaya matahari

Badan anda mungkin akan kekurangan vitamin D.

Itulah sebabnya penting untuk diingat bagaimana kekurangan cahaya matahari, dari masa ke semasa, boleh menyumbang kepada kekurangan vitamin D.

Doktor juga berpendapat bahwa terlalu lama tidak terdedah kepada matahari boleh menyebabkan gejala seperti Di luar kesihatan tulang yang lemah, ia “boleh menyebabkan pelbagai gejala, seperti keletihan yang melampau, tenaga yang rendah, sakit otot dan kemurungan.

8 Tips beraktiviti dibawah matahari terik

Jom lihat 8 tips berikut jika anda planning untuk melakukan aktiviti diluar rumah :

  1. Pakai sunscreen : gunakan sunscreen yang mempunyai SPF 30 atau keatas. Untuk lebih baik, buat dua lapisan sunscreen terutamanya bahagian yang paling banyak terdedah dengan matahari.
  2. Pakaian yang sesuai untuk musim panas. Iaitu pakaian yang longgar dan serap peluh.
  3. Elakkan terdedah kepada matahari diwaktu puncaknya. Matahari pada pukul 11 Am ke 4 PM adalah waktu yang paling kuat ia mengeluarkan UVnya.
  4. Gunakan cermin mata hitam jika perlu. Tahukah anda mata yang terdedah kepada matahari walaupun sehari boleh menyebabkan kornea mata.
  5. Cek perubatan anda. Sesetengah ubat akan membuatkan kulit anda sensitif kepada cahaya matahari. Cek kepada doktor anda tentang ubat yang diberi.
  6. Tahu tentang UV index. UV index paling rendah ialah kurang daripada 2. UV inder pertengahan antara 3-5. UV pada index 6-7 dikira pertengahan yang bahaya. Manakala 8 keatas dikira sangat berbahaya.
  7. Sentiasa memerhatikan anak-anak anda ketika bermain didalam musim panas.

Baca juga :

10 Tips untuk kekal sihat di musim panas ini

Kesan covid 19 terhadap kesihatan dan organ dalaman

Sumber info : earthnetworks.com, 10steps.org/Choose-Summer-Activities, azirahman.com/tips-kekal-sihat-di-musim-panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like