13 Idea Hadiah Anniversary Perkahwinan Romantik Shopee 2025 [Lengkap & Berbaloi]
Anniversary perkahwinan bukan sekadar tarikh dari dalam kalendar. Malah, is tentang “checkpoint” dalam sebuah game – dimana tanda awak dan pasangan berjaya bertahan untuk level setahun lagi dalam rumah tangga 😅.
Bagi sesetengah orang, hadiah anniversary adalah wajib untuk disediakan. Bagi sesetengah yang lain pula, sekadar keluar makan berdua sudah memadai. Tetapi percayalah, hadiah ni walaupun kecil ia tetap akan menjadi tanda ingatan. Jika pasangan korang berkata: “tidak perlulah hadiah-hadiah ni…” → korang jangan terus percaya bulat-bulat ya. Itu ayat “test power” je.
Untuk memudahkan korang, kami senaraikan disini 13 idea hadiah anniversary perkahwinan romantik Shopee 2025 yang confirm buat pasangan korang akancair, dari yang harga bajet sampai lah ke hadiah “wow”.
13 idea hadiah anniversary perkahwinan romantik Shopee 2025
1. Bouquet Bunga Sabun / Dried Flower
Bunga hidup sememangnya cantik dan segar, tetapi lepas seminggu, confirm dia akan mula gugur dan terus je nak masuk dalam tong sampah. Rugi kan? Sebab tu ramai sekarang memilih soap flower bouquet – bunga yang diperbuat daripada sabun yang bukan sahaja wangi, tetapi boleh tahan bertahun. Ada juga bunga kering yang nampak lebih aesthetic.
2. Lampu LED Custom Nama Pasangan
Bayangkan saja malam-malam, korang on lampu LED berbentuk 3D, nampak nama awak dan pasangan bercahaya. Sweet sangat kan! Kalau pasangan korang tengah merajuk pun boleh cair balik ye bila nampak nama sendiri bersebelahan nama dia.
3. Kotak Hadiah Coklat + Teddy Bear
Coklat ni memang universal – semua orang suka. Tambahkan dengan teddy bear yang comel, pasti terus jadi hadiah romantik. Bonusnya, teddy bear tu boleh teman pasangan korang tidur bila awak dah berdengkur kuat 😂.
4. Perfume Couple Set
Perfume merupakan hadiah berbentuk kecil tetapi penuh memori. Setiap kali pasangan korang spray, terus teringat ini adalah hadiah anniversary. Jadi, korang pilihlah perfume couple set – satu untuk awak, satu untuk dia. Tapi ingat, jangan pulak pilih bau-bau pelik macam “mosquito repellent edition”.
5. Kalung / Gelang Romantik
Perhiasan ni simple sahaja seperti kalung dengan buah loket hati atau gelang dengan custom nama memang evergreen. Tak perlu pon emas 916 pun, di Shopee terdapat banyak aksesori stainless steel yang cantik dan tahan lama. Bila pasangan korang buka saja kotak hadiah, confirm terus tersenyum manis.
6. Voucher Dinner / Staycation
Hadiah tidak semestinya dalam bentuk barang sahaja. Korang boleh juga surpriseknpasangan dengan voucher hotel atau dinner romantik! Boleh makan candle light dinner, siap tangkap gambar macam dalam drama Korea tu. Walaupun sebenarnya awak order chicken chop sahaja, tetapi tetap nampak classy 😎.
7. Lilin Aromaterapi Wangi
Nak cipta suasana romantik dirumah? Nyalakan sahaja lilin aromaterapi ni. Bau lavender dia boleh ketenangan kepada pasangan, bau vanilla pula rasa macam duduk dalam kedai kek. Kalau blackout pun, tak payah cari lilin dapur dah 😂.
8. Set Barista Mini (Untuk Kaki Kopi)
Kalau pasangan korang jenis “no coffee, no talk”, hadiahkan coffee grinder + pour over set. Lepas tu bolehlah buat coffee date kat rumah, feeling macam hipster café. Jimat duit, tapi vibe tetap romantik.
9. Bingkai Gambar Digital
Letakkan semua kenangan kahwin korang, honeymoon, atau gambar selfie blur pun boleh masuk. Bingkai ni auto-slide, jadi setiap kali lalu, korang akan nampak memori indah tercipta bersama pasangan. Kalau tengah gaduh pula, bingkai ni seakan reminder: “awak ingat tak masa kita sweet dulu?” 😅.
10. Air Fryer / Cookware Glamour
Untuk pasangan korang yang suka masuk dapur, korang boleh hadiahkan air fryer ini. Mudah, sihat, dan kurang berminyak dan sambil berdiet. Sesuai juga untuk suami yang suka goreng nugget tengah malam. Sekurang-kurangnya dapur tidak jadi macam medan perang.
11. Smartwatch Couple
Orang yang memakai smartwatch akan nampak moden dan praktikal. Ia boleh track langkah, heartbeat, dan juga hantar apa-apa reminder. Sesuai untuk pasangan yang suka sangat nak jaga kesihatan bersama. Bayangkan tahun depan awak boleh cakap: “Sayang! tahun ni kita dah jalan sejuta langkah sama-sama!” 💕
12. Kotak Kupon “Love Voucher”
Contoh hadiah bajet tapi super sweet. Kupon tu boleh jadi “1x urut percuma”, “1x breakfast in bed”, atau “1x saya lipat baju tanpa mengeluh”. Paling best bila pasangan redeem kupon tu masa awak tengah sibuk kerja kan. Nak tak nak, kena tunaikan jugak 😂.
13. Set Spa / Alat Urut Elektrik

Rumahtangga ni kadang-kadang akan terasa penat – kerja, anak, kerja rumah semua kita nak kene buat. Jadi hadiahkan pasangan korang dengan alat urut atau jubah mandi lembut ni. Lepas tu boleh buat spa berdua je kat rumah. Jimat bajet, tetapi romantik.
👉 Alat Urut Shopee
❓ FAQ Hadiah Anniversary Perkahwinan Romantik Shopee 2025
1. Hadiah anniversary paling murah di Shopee ada ke?👇🏻
Ada! Contohnya bouquet bunga sabun mini (RM25–RM40), lilin aromaterapi (RM15–RM40), atau keychain couple custom (RM10–RM20). Murah tapi meaningful.
2. Hadiah yang sesuai untuk suami apa ya?👇🏻
Suami biasanya suka hadiah praktikal. Smartwatch bajet, speaker bluetooth, dompet kulit, atau air fryer (untuk midnight snack) memang onz.
3. Hadiah yang sesuai untuk isteri pula?👇🏻
Isteri pula suka sentimental & cantik. Perfume, kalung, lampu LED custom nama, atau bouquet bunga sabun confirm buat hati cair.
4. Bajet ideal untuk hadiah anniversary berapa?👇🏻
Tak ada jawapan tetap, tapi guideline mudah:
- RM30–RM80 → hadiah kecil & sweet
- RM100–RM250 → hadiah romantik + praktikal
- RM300 ke atas → hadiah “wow” macam gadget atau short vacation
6. Perlu ke kita beri hadiah setiap tahun?👇🏻
Jawapan ikhlas: Ya. Tak perlu mahal pun, cukup tanda ingatan. Surat cinta tulisan tangan + keychain RM10 pun dah cukup romantik.
7. Kalau tak nak beli barang, ada alternatif lain?👇🏻
Semestinya ada! Buat surprise breakfast in bed, slideshow gambar lama, atau masak candle light dinner DIY. Kalau nak lebih power, campur DIY + hadiah Shopee. Confirm pasangan terharu.
🎯 Kesimpulan
Anniversary bukan sekadar “ulang tahun perlahwinan”, tetapi ia juga merupakan masa-masa untuk kita refresh cinta dan kenangan. Sama ada hadiah kecil atau besar, yang penting ada usaha. Dengan Shopee, pilihan hadiah anniversary 2025 memang banyak – daripada bajet kecil bawah RM50 sehinggalah hadiah premium.
Klik sini untuk:
- Hadiah Hari Lahir Perempuan: 15 Idea Murah & Menarik Shopee 2025
- 15 Hadiah Hari Guru Murah & Menarik Shopee 2025
✨ Ingat! hadiah anniversary bukan sekadar barang ye! Ia adalah cerita yang awak dan pasangan akan kenang sampai tua nanti. Jadi, buatlah pilihan yang bijak – romantik, berbaloi, dan penuh makna.
👉 Kalau anda suka artikel ini, mungkin anda juga akan berminat dengan:













No Comment