Cara Memulakan Blog tahun 2023. Semua tahu tahun 2020, adalah tahun dimana negara kita dilanda pandemik covid-19.

Update : blog ini telah di kemas kini pada tahun 2023. Untuk memulakan blog menggunakan platform yang sama, anda boleh mencuba cara yang disampaikan didalam artikel ini.

Untuk pengetahuan, artikel ini di karang ketika admi masih baru dalam bidang penulis. Jadi sedikit sebanyak kesilapan dalam penulisan harap dimaafkan.

Baca sini : Memori:Permulaan Covid-19 di Malaysia

Ingin diceritakan disini, saya telah berhenti kerja sejak pertengahan November 2020. Dua kerja terakhir saya ialah sebagai Quantity Surveyor admin assistant, dan cam programmer. Berkat daripada cadangan someone, satu hari saya dengan sahaja menggoogle ‘how to find money online’. And here i am, menjadikan blog sebagai hobi barudi tahun 2020.

Sebagai pemula, tidak menjadikan Blogging fulltime

Ya betul, Blogging sebagai freelance/part time sangat digalakkan kecuali korang dah berjaya buat traffic sehingga 1000 views sehari. Tetapi, saya sebagai penganggur berjaya inshaAllah hanya cuba yang terbaik, dan insyaAllah akan kerja kalau ada rezeki diluar sana. Saya belajar blogging semua dari cikgu Google. Berikut saya share kan cara memulakan blog 2020 sehingga berjaya mempunyai website sendiri, web hosting sendiri dan Domain sendiri.

1) Banyakkan membaca panduan blogging dari blogger yang berjaya.
cara memulakan blog tahun 2023
Antara platform yang boleh digunakan untuk web blog anda : wordpress/Blogsport

Sebelum memulakan penulisan blog, saya telah mencuba-cuba bermain dengan blogsport. Setiap cara untuk setup blog di Blogsport.com telah saya cuba. Sehingga saya berjaya menghasilkan laman blogsport saya sendiri. Seterusnya mendaftar Google Adsense untuk laman tersebut.

Tetapi semakin banyak saya membaca, semakin saya memahami beberapa perkara penting dalam menghasilkan website yang berjaya. Sebelum saya menjadi seorang blogger, setiap perkara dibawah tidak saya ketahui.

Antaranya adalah :-

  • Dengan mempunyai domain sendiri, saya akan memperoleh traffic dan akan lebih cepat dikenali oleh Google
  • Mempunyai web hosting sendiri untuk manage segala data berkaitan laman website saya.
  • Panduan dan template dalam menghasilkan content yang baik
  • SEO daripada yeost adalah digunakan untuk memudahkan Google mencari website anda.
  • Cara untuk maximumkan traffic website anda dengan social media

2) Memilih platform blogging

Diatas saya ada menceritakan platform pertama saya dalam cara memulakan blog 2020 adalah blogsport.com. Tetapi tahukah anda? jika anda mahu serius dalam membuat blogging platform terbaik adalah Wrodpress.com.

Bercakap berkenaan platfrom blog yang popular, anda mempunyai beberapa pilihan. Berikut adalah statistik penggunaan yang menunjukkan penggunaan teknologi blog di Amerika Syarikat.

cara memulakan blog tahun 2023
Sumber : Firstsiteguide.com
2.1) Mempunyai web hosting sendiri

Bagi kebanyakan blogger pemula, akan merasa untuk menggunakan platform yang dihoskan percuma seperti Blogger.com atau Tumblr.com.

Penting untuk memahami bahawa “percuma” selalu dilengkapi dengan ‘limitation’. Pertama, nama blog anda akan ditetapkan sebagai subdomain (contoh: yourblog.blogspot.com atau yourblog.tumblr.com).

Kedua, anda akan dikenakan peraturan dan sekatan. Pilihan percuma sangat berguna jika anda ingin mencuuba platform. Tetapi, jika anda serius dalam membuat blog, anda harus mula membayar perkhidmatan penuh dan nama domain khusus cepat atau lambat.

Anda mempunyai beberapa pilihan mengenai sistem yang dihoskan sendiri (juga disebut Content Management System atau CMS). Yang paling popular adalah sistem sumber terbuka dan bebas WordPress.org. Platform yang dihoskan sendiri membolehkan anda mengatur dan menjalankan blog anda menggunakan domain dan web hosting anda sendiri. Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap blog dan kandungannya

2.1.1) menggunakan syarikat dari Jimat Hosting untuk website saya (Jimat Hosting)

Antara Hosting provider yang paling popular ialah DreamHost, BlueHost, HostGator dan lain-lain. Tetapi ketika saya google mencari syarikat Hosting terbaik dan termurah di Malaysia, saya menjumpai JimatHosting.

Dengan harga serendah Rm45, saya mendapat satu nama domain .com setahun. Selepas menyelidik hampir 20 domain provider , sy mendapati Jimat Hosting yang paling murah.

Terdapat dua jenis hosting plan yang disediakan oleh syarikat ini.

  1. Sharing Badget hosting plan serendah RM30 sahaja
cara memulakan blog tahun 2023
Ilustrasi perbezaan antara share hosting dan vps hosting

Perkhidmatan web hosting bersama adalah perkhidmatan hosting web di mana banyak laman web berada di satu pelayan web yang disambungkan ke Internet. Ini umumnya merupakan pilihan yang paling ekonomik untuk hosting, kerana keseluruhan kos penyelenggaraan pelayan tersebar di banyak pelanggan.

Pemula Blogger boleh memilih basic plan paling murah RM30

2. C-panel premium hosting serendah Rm 49

Saya telah memilih untuk mempunyai web hosting sendiri dan membeli soho plan serendah RM49 setahun.

Dengan cPanel web hosting ini, pengurusan website saya akan menjadi mudah. Tidak perlu pentadbir laman web atau pasukan teknologi lengkap kerana semua peralatan tersedia dalam panel kawalan ini. Dari papan pemuka cPanel, saya boleh memasang sistem pengurusan kandungan (CMS) dengan mudah seperti WordPress, menguruskan sub-domain, pangkalan data, e-mel, nama domain dan banyak lagi.

Antara kebaikan SOHO plan:

  • Let’s Encrypt SSL Certificate percuma
  • Hosting SSD yang pantas
  • Jaminan wang dikembalikan 30 hari (tetapi saya masih dalam usaha :))
  • Penyediaan pantas
  • Keselamatan CLoudLinux
  • Sokongan Pelanggan 24/7 : ini terbukti pada awal penggunaan domain name saya telah salah dan terus contact mereta di https://web.whatsapp.com. Walaupun saya contact pada pukul 10 malam, dalam masa 5 minit sahaja mereka telah balas pertanyaan tanpa berlengah. Khitmat pelanggan terbaik setakat saya menggunakan service mereka.
Laman utama cpanel web hosting saya. cara memulakan blog tahun 2023

Laman utama dari JimatHosting. cara memulakan blog tahun 2023
Jumlah keseluruhan yang saya habiskan untk memiliki Hosting Hebat ini hanya RM94 setahun.

Jom layari laman web rasmi JimatHosting jika anda berminat menggunakan JimatHosting provider : Jimat Hosting

3) Memulakan blog anda di web hosting

Langkah ketiga ini, hanya anda daftar masuk ke akaun cpanel anda. cara-caranya,

Dari Laman rasmi JimatHosting > klik pada my Services yang anda sudah purchased > klik pada active status > seterusnya pada kotak overview klik pada login cpanel. Untuk memudahkan kerja. selepas signup pada cpanel, langsung anda hanya bookmark website tersebut.

3.1) bolehkah website wordpress saya dihostkan tanpa cpanel?

Selalu ada kemungkinan bahawa tapak web anda mungkin tidak berfungsi dengan baik tanpa cPanel dalam VPS. cPanel ialah panel kawalan pengehosan web yang menyediakan antara muka grafik dan alatan automasi yang direka untuk memudahkan proses pengehosan tapak web. Tanpa cPanel, anda akan bertanggungjawab mengurus pelayan anda secara manual, yang boleh memakan masa dan kompleks.
websitebuilderinsider.com

Menggunakan platform pengurusan seperti cPanel, Plesk dan SPanel menjadikan pengurusan tapak web WordPress anda menjadi lebih cepat dan mudah.

Namun begitu, sesetengah orang lebih suka kepada sistem yang lebih praktikal. Jika anda tidak mahu membayar lebih untuk Cpanel, anda boleh menyewa pelayan urus sendiri tanpa panel kawalan dan menyediakan CMS secara manual.

Untuk melakukan itu, anda perlu bermula dengan klien SSH dengan keistimewaan yang betul untuk memasang dan mencipta pangkalan data MySQL. Anda juga kemudian boleh memuat naik WordPress melalui SSH atau FTP.

Selepas menetapkan tetapan yang betul, anda perlu mengedit fail wp-config.php untuk penyediaan dan pemasangan. Akhir sekali, anda boleh menggunakan pemasang berasaskan web untuk melengkapkan website anda.

Walaupun anda boleh mengautomasikan beberapa tugas pengurusan, menggunakan pilihan tanpa panel melibatkan penggunaan antara muka baris arahan yang lebih aktif.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like