Berjaya permohonan dengan Google Adsense..| Dec 12, 2020, teruja dan syukur tak sangka usaha yang dicari mendatangkan hasil. Pengalaman saya dalam masa sebulan baru berjaya memohon daripada google adsense.
Pada December,11 2020, gmail telah menghantar email seperti di atas. Kalau korang nak tahu, Google adsense mengambil masa dalam 2 minggu untuk mereka go trough website kita untuk di approve. Tetapi sesetengah website hanya mengambil masa 1-2 hari sahaja. Ok back to my story, selepas 2 minggu masih tidak mendapat jawapan , saya giveup dan telah close account memohon google adsense.
Tetapi alhamdulillah, selepas 4 hari dari saya close account tiba-tiba masuk email di atas yang mengatakan website saya sudah sedia untuk dimasukkan adsense. Website saya berjaya memohon untuk google adsense. Tidak sangka, malah akaun yang sudah dibuang tiba-tiba muncul balik.
Baca sini : Teruja : Cara paling mudah memohon Google Adsense
Langkah pertama yang saya buat selepas mendapat persetujuan daripada Google Adsense
Perkara pertama selepas saya mendapat approval daripada Google Adsense, saya terus masuk ke laman rasmi Google Adsense dan daftar masuk email yang and guna semasa mendaftar.
Seterusnya, tanpa berlengah saya terus On Auto-ads. Tak sangka semudah ABC, selepas beberapa minit saya semak laman website saya, terus muncul iklan dalam blog saya. Baca sini : panduan ON/OFF menetapkan Auto Ads.
Bagi saya, dengan ada nya Auto-ads ini, dapat menjimatkkan masa dan tidak perlu berfikir banyak untuk menyusun Ads korang. Semua google dah tolong buat kan untuk korang.
Baca Sini : Begini cara saya memulakan Blog tahun 2020
Hari pertama data dari Google adsense
Tak sangka, dalam masa sehari percubaan menggunakan Google Adsense, saya berjaya peroleh 8 sen USD (bersamaan +- 38 sen RM). Lepas ini kene usaha keras lagi untuk untuk membuat content-content yang menarik yang boleh menjadi bahan rujukan dan pembacaan.
Rumusannya disini, anda tidak perlu pon menjadi seorang penulis yang hebat untuk menjadi seorang penulis. Apa yang penting usaha dan minat untuk mencuba dan belajar. Pengalaman orang lain saya baca 2 minggu sudah berjaya mempunyai website dan Google Adsense, tetapi saya perlukan sebulan lebih untuk mencapai tahap ini. Jadi, perlukah anda berputus asa setengah jalan?
Berapa banyak bilangan tontonan blog anda untuk berjaya dengan google adsense
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjadikan tapak web anda sebagai sumber pendapatan dengan Google Adsense, anda mungkin akan tertanya-tanya: berapa banyak paparan halaman yang diperlukan untuk mendapat kelulusa Adsense?
Atau : berapa banyak paparan halaman yang anda perlukan untuk membuat wang yang banyak dengan iklan Google nie?
pertama sekali anda perlu faham apa itu iklan google / google adsense
Iklan Google atau Google adsense merupakan satu program pengiklanan yang paling popular dipegang sendiri oleh syarikat Google.
yela, dah nama pon iklan Googlekan?
Iklan Google ini sangat popular tidak kira pada pemilik tapak atau blogger baharu atau lama.
Selain blog dan tapak website, Adsense turut digunakan pada aplikasi youtube, dimana kebiasaannya iklan youtube diwujudkan dalam bentuk paparan video sama ada pada awal, tengah atau hujung paparan video tersebut.
Google Adsense membolehkan anda mengawal bilangan iklan, lokasi perletakan iklan dan kod paparan iklan yang bersesuaian dengan tema blog anda.
Kebiasaannya iklan yang dikeluarkan oleh Google akan mempunyai sebatian dengan kandungan didalam blog. Manakala, pengiklan akan membida ruang iklan pada tapak web anda. Ini akan berbeza-beza mengikut jenis produk, tema blog dan musim tertentu.
Terdapat dua cara pembayaran daripada pembida sama ada daripada jumlah tontonan atau jumlah klik daripada pengguna.
Berapa banyak paparan halaman yang diperlukan untuk lulus adsense?
Syarikat agoogle tidak pernah meletakkan syarat untuj sesebuah blog atau website itu untuk mempunyai bilangan penonton tertentu untuk melayakkan mereka lulus dengan adsense Google.
Disebabkan inilah, Google adsense sangat baik untuk pemula blogger mencuba menghasilkan wang ringgit daripada blog mereka..
Syarat kelayakan utama untuk kelulusan Adsense termasuklah :
sumber : nichepursuits.com
- Anda mestilah mempunyai isi kandungan yang unik dan menarik.
- Anda mesti berumur 18 tahun ke atas.
- Tapak web anda perlu mematuhi Google Policy
Berapa banyak bilangan post content yang anda perlukan untuk lulus program adsense?
Sama seperti tiada syarat untuk bilangan paparan halaman anda, Google juga tidak meletakkan syarat yang tetap tentang bilangan post kandungan yang anda perlukan untuk berjaya dengan google adsense.
Namun, Google tetap mempunyai kroteria kandungan yang unik, jelas, menarik, mudah untuk dinavigasi dan lain-lain.
Simpulan daripada kandungan yang unik dan menarik ialah :
- kandungan anda sentiasa dishare pada platform (penanda pembaca anda suka pada penulisan anda)
- pengguna yang sama datang lebih daripada 1 atau 2 kali
- Tidak mempunyai masalah plagiarism yang terlalu banyak
- halaman yang mempunyai sistem navgasi yang jelas dimana pengguna anda lebih seronok melayari laman blog anda
Jadi, berapa banyak bilangan post/article yang anda perlukan untuk lulus dengan adsense?
Menurut sumber daripada blog pakar dalam bidang pasaran adsense, mempunyai 30 artikel merupakan garis minimum yang baik buat pemula blog jika mahu berdaftar dengan program adsense daripada Google.
Tetapi, mempunyai jumlah artikel kurang daripada 30 juga boleh memungkinkan anda lulus dengan adsense, namun, lebih banyak lebih baik untuk anda lulus bukan?!
Jadi, pastikan anda mempunyai 30 jumlah artikel yang jelas dan unik sebelum memohon untuk adsense google.
sumber : 1