Cara withdraw duit daripada involve asia 2022 | Hello readerss..Assalamualaikum~~ So dalam posting kali ni saya nak share je dengan korang macam mane saya boleh dapat withdraw daripada involve asia ni!

Wajib capai minimum cashout dulu!

Involve asia pon ada minimum cashout kalau nak withdrawal. Sebelum capai minimum cashout, korang memang tidak boleh buat withdrawal langsung.

So berapa minimum cashout dia?? Untuk withdrawal korang kena dapat dulu jumlah current earnings RM80.

Gambar 1

Contoh macam gambar 1 diatas ni, current earning saya setakat ini ialah RM52.91 sahaja. Jadi tidak boleh lagi lah nak withdraw duit ni.

Baca juga : pertama kali berjaya keluar duit daripada involve asia!

Lagi satu, walaupon current earning korang masih belum cukup RM80, tetapi kalau jumlah pending validation atau pending approve validation korang dah capai RM80, korang stillboleh request nak withdraw awal.

Yang ni saya tak pernah cuba lagi. Sebab dia ada banyak syarat-syarat dia yang lain selain perlu ada minimum withdrawal tu.

isi dulu payment details

Payment details ni mungkin awal-awal masa korang create akaun involve asia dah wajip kene isi. But incase korang nak tukar bank ke atau nak cek balik ke, korang boleh ikut step kat bawah ni.

1. Lepas dah login masuk, dekat dashboard utama tu korang tekan je kotak yang ada tulis withdraw tu.

2. Korang scroll bawah sikit akan ada link untuk “fill up payment details”.

Korang boleh rujuk macam gambar dibawah ni

Tekan pada link “Fill up payment details” macam dalam petak merah diatas

3. Seperti dalam gambar petak merah dibawah, korang kena scroll ketepi sampai jumpa option untuk payment. Bawah dia ada tulis “payment setting”.

Korang boleh masukkan bank akaun baru atau update yang baru ye kat dalam ni. Yang semua bertanda * adalah wajib diisi.

Untuk code swift bank anda wajib taruk. Untuk dapatkan code ni, korang boleh Google sahaja ataw direct call kat customer servise bank masing-masing untuk nak dapatkan code ni.

Macam saya pakai public bank code dia ialah PBBEMYKL

Swift code untuk Public Bank Sdn Bhd

4. Dah tu, last sekali korang tekan je save changes bawah sekali belah kanan tu. Mesti ada punya~

* Lupa pulak nak mention, nak withdrawal ni korang ada 2 option yang korang boleh pilih. Sama ada :

  • wire transfer
  • paypal

Dua option ni ada dekat payment setting tadi. korang boleh select kat situ. Tapi yang defult dan paling mudahnya guna jela wire transfer.

Cara withdraw duit daripada involve asia 2022

ok! Lepas korang dah settle and tak ada apa-apa masaalah dengan payment details tadi, korang dah bolleh proceed untuk cashout komisyen korang. Ikut step-by-step ni.

  1. Dalam dashboard utama bawah current earning tu, tekan ada butang withdraw.
  2. Tekan pada butang request withdrawal.
  3. Setkan amount yang korang nak keluarkan. Wajib minimum RM80. Nak keluarkan 100% pon boleh, dia xada limit.
  4. Lepas tu tekan je submit bawah tu.
  5. Last sekali dia akan suruh confirm untuk submit. Settle.

Kalau tak faham step ni, korang tengokdalam video bawah ni.

Cara uat pengeluaran komisyen daripada involve asia 2022
Tanda permohonan dah berjaya diterima oleh involve asia

Untuk tengok sama ada korang berjaya atau tidak permohonan korang tu, selepas korang dah submit permohonan, korang akan menerima satu email daripada involve asia sendiri.

Rujuk gambar kat bawah ni. 👇🏻👇🏻👇🏻

Cara withdraw duit daripada involve asia

Daripada email ni, involve asia akan inform korang yang permohonan withdrawal itu akan diproses. Dan seterusnya kena tunggu 3 hari berkerja untuk duit masuk.

Berapa lama duit akan masuk kedalam akaun?

Berapa lama duit masuk dalam akaun tu depends pada bank masing-masing.

Macam saya pakai Public Bank ni dia ambil masa 7 hari berkerja untuk duit daripada involve asia berjaya masuk dalam bank sendiri.

Jadi macam mane? Mesti korang terujakan nak dapat first payment daripada Involve Asia. Yela, bukan mudah nak dapat komisyen ni. Dia memerlukan effort yang lama. Kecualilah korang memang dah sedia femes, dah xpayah nak cari-cari view dah. hehe.

*Apa-apapun korang boleh tinggalkan apa-apa soalan atau pandangan lain diruangan komen dibawah. Jika saya boleh jawap, saya akan jawap, kalau tak boleh saya senyap jela eh. Hehe

Masuk sini untuk permohonan pertama Involve asia anda : https://involve.asia/, Berjaya withdraw dengan involve asia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

You may also like