Sejarah : Permulaan kedatangan Covid-19 ke Malaysia..| Umum semua tahu bahawa sehingga hari ini, Negara kita masih di ancam dengan serangan dan penyebaran covid-19.
Namun masihkan anda engat bilakah kes pertama virus ini sampai ke malaysia? Dan bagaimana penyeberan itu berlaku?? Jom baca dan share article ini untuk sama-sama kita mengingati bagaimana bermula nya serangan virus ini ke Malaysia.
Kes pertama 2019-nCov babitkan rakyat Malaysia
Menurut laporan dari Berita Harian bertarikh Februari,4 2020. Rakyat Malaysia pertama yang disahkan positif jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV) adalah seorang lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor .
Lelaki tersebut yang mempunyai rekod perjalanan ke Singapura dari 16 hingga 22 Januari. Bagi menghadiri mesyuarat bersama delegasi antarabangsa termasuk China. Lelaki berkenaan kemudian pulang ke Malaysia pada 23 Januari lalu. Sebelum mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta di Selangor, enam hari berikutnya kerana demam dan batuk
Lelaki berkenaan telah dimasukkan ke dalam pengasingan Hospital Sungai Buloh apabila disahkan positif pada 2 Februari 2020. Tetapi tahukah anda, sebelum kes pertama membabitkan rakyat Malaysia ini dikesan. Negara kita sudah dilaporkan dengan beberapa kes. Yang membabitkan Pelancong warga China yang tiba di Johor melalui Singapura, pada hujung bulan Januari.
Langkah-langkah yang telah di ambil kerajaan dalam menangani penularan wabak
- Mac,13 2020 – Perdama Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu baru menyandang sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Pada Mac,1 2020, telah membuat siaran langsung pertama dalam pengumumkan status negara. Dan langkah-langkah untuk memerangi perebakan wabak ini di dalam negara.
- Mac,16 2020 – kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa. Mereka memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuat kuasa dari 18 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Bagi mengurangkan penyebaran COVID-19 melalui penjarakan sosial.
- Mac,18 2020 – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengeluarkan pewartaan persekutuan yang menyekat individu daripada merentas negeri yang telah diisytiharkan sebagai kawasan terjejas koronavirus
- Mac,25 2020, disebabkan kadar peningkatan kes baharu setiap hari yang konsisten, kerajaan telah mengeluarkan pengumumam untuk melanjutkan PKP dua minggu hingga 14 April 2020.
- April ,10 2020, Perdana Menteri lagi sekali mengumumkan bahawa PKP akan dilanjutkan hingga 28 April 2020, manakala PKP seterusnya diumumkan beliau pada 23 April 2020 bahawa ia akan dilanjutkan hingga 12 Mei 2020.
- Pelonggaran sekatan :
- pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 1 Mei 2020
- Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun 2020
“Dengan kenaikan semula kes jangkitan COVID-19 di Malaysia sejak akhir bulan September 2020, seluruh negara kecuali beberapa buah negeri telah dikenakan PKPB dari 9 November hingga 6 Disember 2020 bagi membendung penularan jangkitan virus tersebut.Namun begitu, pada 21 November dan 6 Disember 2020, PKPB ditamatkan untuk kebanyakan negeri kecuali Sabah, Kuala Lumpur, sebahagian besar Selangor, dan sebahagian Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Perak, yang melanjutkan PKPB hingga 20 Disember 2020“
sumber : wikipedia Malaysia
“Sehingga 11 Disember 2020, terdapat sebanyak 80,309 kes yang telah disahkan di Malaysia dengan sebanyak 67,173 kes sudah pulih sepenuhnya dan 402 kes kematian serta 12,734 kes masih aktif.”
Covid-19 Malaysia
Rujukan : 1
Lihat juga : 30 Baby Haiwan Membuatkan Anda Menjadi ‘Aww’