Fakta haiwan : ikan Dory..|Haiwan adalah salah satu daripada makhluk ciptaan Allah yang mempunyai hubungan rapat dengan manusia secara langsung atau tidak langsung. Sebahagian besar manusia dalam dunia ini telah menggunakan sumber haiwan bukan sahaja untuk kepentingan pemakanan tetapi ia juga membantu dalam menjana sumber ekonomi negara.
Apa itu ikan Dory?
Dory adalah sebahagian daripada spesis ikan surgeonfish, iaitu ikan herbivora yang hidup di kawasan terumbu karang. Antara ciri khas yang terdapat pada ikan Dory adalah durinya yang menyerupai mata pisau. Duri ini terletak pada pangkal ekornya. Duri ini dikatakan setajam pisau bedah. Disebabkan itu, ikan yang bernama Latin “paracanthurus hepatus” ini tergolong dalam haiwan berbahaya. Dikenali dengan nama Blue Tang,Royal Blue Tang dan Hippo Tang kerana warna badannya biru cerah.
Berikut 7 fakta menarik tentang haiwan ini
1. Ikan ini sukar untuk dibiakkan kecuali pada habitat asalnya iaitu lautan.
Selepas cerita animasi Finding Nemo keluar, penjualan ikan ini meningkat sehingga 40% dan mendapat permintaan yang tinggi.
Menurut sumber daripada Saving Nemo Conservation Fund, lebih dari 1 juta Clownfish yang ada di terumbu laut telah ditangkap dan dijual untuk dipelihara di akuarium setiap tahun. Perkara ini sekaligus telah memberi kesan pada kehidupan alam semulajadi.
2. Daging ikan ini mempunyai rasa yang enak tetapi awas ia mempunyai racun
Racun daripada ikan ini tidaklah membawa maut kepada pemakan tetapi racun ini mampu untuk memberi diarrhea .
3. Nama ikan ini diberi kerana warnanya yang biru, tetapi sebenarnya ia mampu merubah warna badannya
Ikan Dory hanya berubah warna biru selepas mencapai usia dewasa. Pada asalnya, ikan ini berwarne kekuningan sewaktu masih kecil. Malah, ikan DOry juga boleh berubah kepada warna ungu pada waktu malalm
4. Ikan Dory dan terumbu karang saling memerlukan
Makanan utama ikan Dory adalah alga. Ikan Dory sering memakan alga yang ada pada terumbu karang. Alga ini boleh menyebabkan terumbu karang terbantut. Dengan bantuan ikan Dory, terumbu karang dapat hidup dengan sihat.
5. Dimana ada terumbu karang disitulah ada ikan Dory
Habitat ikan Dory biasanya terletak pada perairan yang cetek, berdekatan denga terumbu karang dan kawasan yang mempunyai banyak rumpai air. Selain itu kawasan berhampiran pantai yang berbatu-batu juga terdapat kehidupan ikan comel ini.
6. Ikan Dory mempunyai otak yang kecil tetapi mampu mengingat
Kajian daripada para saintis mendapati ikan Dory boleh dilatih untuk merespon pada ilusi visual. Mereka mendapati, ikan Dory mampu mengingat sekurang-kurangnya sehingga lima bulan yang lalu.
Kesimpulannya, Allah menciptakan manusia, tumbuhan dan haiwan dengan tujuan tertentu. Masing-masing diberikan peranan bagi melengkapi antara satu sama lain. Perbezaan di antara haiwan dan manusia ialah akal dan keupayaan untuk berfikir secara rasional. Maka manusia hendakalh menggunakan kelebihan akal yang diberikan Allah untuk melakukan kebaikan.
Fakta haiwan : ikan Dory..|
Baca juga : 100 Fakta Menarik Tentang Alam Haiwan – part 1
Rujukan: https://bogor.tribunnews.com/2016/06/26/ikan-dory-ternyata-berbeda-dengan-aslinya-ini-8-faktanya?page=all, https://www.ruangguru.com/blog/finding-dory-fakta-ikan-dori, https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1885854