Kisah Nabi Yunus : merupakan seorang hamba yang diangkat oleh Allah menjadi Nabi dan Rasulnya untuk membimbing manusia kejalan Allah. Didalam al-Quran, Allah telah menyebut nama beliau sebanyak 5 kali.
Isi kandungan : –
- 1. Biodata Nabi Yunus AS
- 2. Nabi Yunus menyampaikan ilmu tauhid kepada penduduk Niwana
- 3. Penduduk Niwana tolak sekeras-kerasnya ajaran yang disampaikan oleh Nabi Yunus
- 4. Pemergian Nabi Yunus membawa petanda kedatangan bencana besar
- 5. Pengampunan Allah kepada penduduk Niwana itu
- 6. Pada ketika itu, Nabi Yunus membawa diri sehingga menaiki sebuah kapal untuk pergi jauh
- 7. Allah menghantar ikan paus untuk menelan Nabi Yunus
1. Biodata Nabi Yunus AS
Nama panjang beliau ialah Nabi Yunus bin matta bin Abumatta bin Bunyamin bin Nabi Yusuf bin Nabi Ya’akub bin Nabi ishaq bin Nabi Ibrahim. Nabi Yunus telah diutuskan kepada kaum yang menduduki negeri Ninawa, Iraq. Ia juga menjadi tempat beliau diwafatkan pada usia menjangkau 70 tahun.
Baginda yang diutuskan kepada kaum Niwana tidaklah mempunyai pertalian darah dengan mereka. Nabi Yunus dikira sebagai pendatang dinegeri itu.
Ketika Nabi Yunus menemui mereka, kaum itu sedang berada dalam kesesaran yang nyata dan menyimpang dari ajaran Allah.
Firman Allah tentang kerasulan Nabi Yunus didalam surah As-Saaffaat 37: ayat 139 ang bermaksud :
"Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus."
2. Nabi Yunus menyampaikan ilmu tauhid kepada penduduk Niwana
Nabi Yunus telah membawa ajaran tauhid yang benar kepada Niwana. Mereka diajak supaya menyembah Allah yang telah menciptakan mereka dan sekalian alam, meninggalkan persembahan mereka kepada berhala-berhala yang hanya terbuat daripada batu bata dan langsung tidak memberi manfaat.
Nabi Yunus turut mengajak mereka berfikir dengan memerhatikan semua ciptaan Allah yang ada pada diri mereka sendiri dan di alam sekitar. Tuhan yang menciptakan semua itulah yang sebenarnya patut disembah.
Namun ketika itu, ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus dianggap ajaran baru kerana mereka langsung tidak mengenal Allah. Disebabkan itu, mereka tidak dapat menerima ajaran tersebut malah mereka sayang untuk meninggalkan ajaran yang sudah diamalkan oleh nenek moyang mereka.
Berkata mereka kepada Nabi Yunus:
"Apakah kata-kata yang engkau ucapkan itu dan kedustaan apakah yang engkau anjurkan kepada kami tentang agama barumu itu?. Inilah tuhan-tuhan kami yang sejati yang kami sembah dan disembahkan oleh nenek moyamg kami sejak dahulu. Alasan apakah yang membenarkan kami meninggalkan agama kami dan menggantikannya dengan agama barumu?. Engkau adalah seorang yang ditengah-tengah kami yang datang untuk merosakkan adat istiadat kami dan mengubah agama kami. Dan apakah kelebihan kamu diatas kami yang memberimu alasan untuk mengurui dan mengajar kami. Hentikanlah aksimu dan ajak-ajakanmu di daerah kami ini. Percayalah bahawa engkau tidak akan dapat pengikut diantara kami dan bahawa ajaranmu tidak akan mendapat pasaran di antara rakyat Niwana yang sangat teguh mempertahankan tradisi dan adat istiadat orang-orang tua kami."
Lalu Nabi Yunus menjawab:
"Aku hanya mengajak kamu beriman dan bertauhid menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah yang wajib ku sampaikan kepadamu. Aku hanya seorang pesuruh yang ditugaskan oleh Allah untuk mengangkat kamu dari lembah kesesatan dan kegelapan. Aku juga akan membimbing kamu ke jalan yang benar dan lurus. Menyampaikan kepada kamu agama yang suci bersih dari benih-benih kufur dan syirik yang semata-mata untuk kebaikan kamu dan anak cucumu. Aku sesekali tidak mengharapkan sesuatu upah atau balas jasa daripadamu dan tidak pula menginginkan pangkat atau kedudukan. Aku tidak dapat memaksamu untuk mengikutiku dan melaksanakan ajaran-ajaranku. Aku hanya mengingatkan kepadamu bahawa bila kamu tetap membangkang dan tidak menghiraukan ajakanku. Nescaya kelak Allah akan menunjukkan kepadamu tanda-tanda kebenaran risalahku dengan menurunkan azab seksa-Nya di atas kamu sebagaimana yang telah dialami oleh kaum terdahulu. Iaitu kaum Nuh, Aad dan Tsamud sebelum kamu."
3. Penduduk Niwana tolak sekeras-kerasnya ajaran yang disampaikan oleh Nabi Yunus
Telah berkata penduduk Niwana kepada Nabi Yunus :
"Kami tetap menolak ajakanmu dan tidak akan tunduk pada perintahmu atau mengikut kemahuanmu dan sesekali kami tidak akan takut akan segala ancamanmu. Cubalah datangkan apa yang engkau ancamkan itu kepada kami jika engkau memang benar dalam kata-katamu dan tidak mendustai kami."
Akhirnya Nabi Yunus berputus asa dengan kedegilan kaum Niwana yang tidak mahu menerima ajaranya. Lalu beliau meninggalkan negeri Niwana dengan rasa sedih dan marah seraya memohon kepada Allah untuk menjatuhkan hukumannya atas orang-orang yang berdusta itu.
4. Pemergian Nabi Yunus membawa petanda kedatangan bencana besar
Sejurus selepas Nabi Yunus meninggalkan penduduk Ninawa, tanda-tanda yang mencemaskan seakan amaran yang diberikan oleh Nabi Yunus akan menjadi kenyataan. Seseungguhnya Allah benar-benar akan memberi kebinasaan kepada musrikin penyembah berhala tersebut.
Ketika itu udara disekeliling Ninawa menjadi semakin gelap. Manakala binatang-binatang ternakan kelihatan gelisah seperti tahu apa yang akan datang. Selepas melihat perkara itu, wajah-wajah mereka tiba-tiba menjadi pucat ditambah pula dengan angin kencang yang membawa suara gemuruh kuat dan menakutkan.
Dalam keadaan ketakutan dan panik, sedarlah mereka bahawa Nabi Yunus tidak berbohong dengan ancaman yang diberikan, tetapi ia benar-benar ancaman dari Allah. Segeralah mereka meminta taubat dan memohon ampun dengan segala perbuatan mereka. Mereka turut menyatakan akan beriman dan percaya kepada kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Yunus seraya berasa kesal dengan perlakuan dan sikap kasar mereka yang menyebabkan beliau marah dan keluar dari daerah itu.
Baca halaman seterusnya..