Motivasi

Kisah Nabi Yunus : Ditelan ikan besar kerana cepat berputus asa


5. Pengampunan Allah kepada penduduk Niwana itu

Allah itu sifatnya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia sangat sukakn kepada taubat hambanya yang menyesali perbuatan mereka.

Begitu juga kisahnya dengan penduduk Niwana yang menyesali perbuatan mereka. Walaupun sudah menolak nabinya serta menyukutukan Allah, Allah tetap memberi ampun dan membatalkan azab yang sepatutnya mereka dapat.

"(Dengan kisah Firaun itu) maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman (sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian - ketika mereka beriman, Kami elakkan azab sengsara yang membawa kehinaan dalam kehidupan dunia dari menimpa mereka, dan Kami berikan mereka menikmati kesenangan sehingga ke suatu masa (yang Kami tentukan)."
Surah Yunus (10) ayat 98

Allah yang Maha Mengetahui boleh tahu bahawa taubat penduduk Niwana itu sungguh dari hati dan penyesalan yang sebenar. Bahkn Dia menambahkan lagi nikmat dan rahmatnya kepada mereka asbab taubat sesungguhnya yang mereka lakukan

Selepas menerima taubat hambanya, lalu langit yang tadinya gelap yang meliputi Niwana menjadi terang semula. Dan haiwan-haiwan ternakan mereka kembali tenang dan damai.

6. Pada ketika itu, Nabi Yunus membawa diri sehingga menaiki sebuah kapal untuk pergi jauh

Pada ketika sedang munculnya amaran azab Allah yang akan datang, Nabi Yunus berjalan kaki jauh menaiki gunung turun gunung tanpa tujuan. Tanpa disedari beliau tiba-tiba berada disebuah pantai. Nabi Yunus melihat sekelompok orang yang lagi bergegas-gegas hendak menaiki kapal tersebut.

Maka Nabi Yunus pun meminta izin untuk turut serta menaiki kapal tersebut. Setibanya kapal itu ditengah lautan, muncul gelombang besar dan angin taufan yang menyebabkan kapal tersebut tidak stabil dan terhuyung hayang seperti hendak terbalik. Semua yang berada atas kapal tersebut menjadi panik dan ketakutan.

Selepas seketika, datang idea untuk menyelamatkan kapal daripada salah seorang anak kapal. Beliau mencadangkan supaya berat kapal dikurangkan. Lalu mereka melontarkan barang-barang yang ada didalam kapal tersebut. Tetapi masih juga kapal tersebut bergoyang dengan sangat kuat.

Seterusnya mereka bercadang untuk mengorbankan salah seorang penumpang. Undian dilakukan untuk menentukan siapakah di antara penumpang yang harus dikorbankan. Pada tarik pertama undian keluarlah nama Nabi Yunus. Tetapi mereka rasa berat hati untuk membuang Nabi Yunus yang mereka kasihi.

Kemudian undian kedua dilakuakan tetapi masih keluar nama Nabi Yunus. Begitu juga halnya berlaku pada undian ketiga. Nabi Yunus yang sentiasa memerhati kejujuran undian tersebut merasa bahawa keputusan undian itu adalah kehendak Allah yang tidak dapat ditolaknya.

Pada ketika itu juga tersedarlah Nabi Yunus akan kesilapannya yang cepat marah dan cepat berputus asa. Beliau tersedar yang beliau telah meninggalkan penduduk Nirwana sebelum mendapatkan petunjuk daripada Allah. Akhirnya Nabi Yunus akur dengan ketentuan itu. Lalu beliau sendiri yang terjun kedalam laut. Laut yang sangat bergelora itu menelan tubuh Nabi Yunus.

7. Allah menghantar ikan paus untuk menelan Nabi Yunus

Allah menceritakan tentang peristiwa ini didalam surah  As-Saffat [37] ayat 140-148 yang bermasud :

140.~ (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.
141.~ (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).
142.~ Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
143.~ Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
144.~ Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
145.~ Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.
146.~ Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
147.~ Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.
148.~ (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).

Selepas Nabi Yunus tercampak kedalam lautan, datanglah seekor ikan yang sangat besar menelan Nabi Yunus secara keseluruhan. Sebenarnya ikan itu sudah diperintahkan oleh Allah supaya mengerjakan perkara tersebut. Selain disuruh supaya memelihara tubuh Nabi Yunus daripada kehancuran didalam perutnya.

sumber : bloganaksaleh.blogspot.com

Berkata Nabi Yunus yang ketika itu sedang dalam kegelapan berada didalam perut ikan besar tersebut :

"Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang dari mereka yang zalim."

Sepanjang berada didalam perut ikan, Nabi Yunus tidak henti berzikir dan meminta keampunan daripada Allah SWT. Selepas beberapa waktu yang sudah ditentukan oleh Allah, ditumpahkanlah Nabi Yunus oleh ikan besar itu ke tepian pantai .

Nabi Yunus yang hanya bermakankan zikir dan taubat berada dalam keadaan kurus, lemah dan sakit. Akan tetapi Allah dengan rahmat-Nya menumbuhkan sebuah poan yang berbuah dan lebar daunnya untuk menaungi Nabi Yunus.

Dengan izin Allah, Nabi Yunus kembali sihat seperti sedia kala. Lalu Allah memerintahkan beliau untuk kembali ke Nirwana dan berdawah kepada mereka. Tetapi alangkah terkejutnya Nabi Yunus tatkala masuk ke negeri Niwana dan tidak melihat satu pun patung berhala. Sebaliknya ia menemui hanya orang-orang mukmin yang soleh dan beribadah memuja-muji Allah SWT.

Baca juga :

Sumber : alquranalhadi.com, mysurah, wikipedia, news.detik.com, alkisahnabi.blogspot.com, Kisah Nabi Yunus, Kisah Nabi Yunus, Kisah Nabi Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like