Pengalaman dan teknik : loan ASBF dengan RHB bank : Helo,Helo, Helo! Assalamualaikum kepada semua pembaca yang baru atau yang sudah pernah berkunjung. Hari nih engat nak tulis santai-santai bercerita macam mane pengalaman saya membuat loan ASB financing dengan bank RHB. So penulis tidak tulis secara formal jadi mungkin ada shortform-shortform, mintak maaflah ye.

sumber : nst.com.my

Isi kandungan :-


Apa itu ASB

Jom kita cerita sedikit pasal ASB nih. Sebelum penulis membuat loan tersebut pon, penulis banyak membaca di website2 tentang ASBF atau ASB loan nih. Penulis juga banyak mencari tentang bagaimana cara dan teknik membuat ASB financing, pengalaman orang dan sebagainya.

Penulis share disini daripada loanstree.com yang bercerita pasal ASB. Sangat detail dan padat. Anda juga boleh layari laman web beliau yang banyak berkongsi tentang teknik membuat loan ASB nih.

"ASB ini ialah plan dana yang dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad sejak 2 Januari 1990 untuk membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif. Simpanan alternatif ASB ni pulak boleh menjana pulangan/lkeuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten. Maksudnya, pulangan setiap tahun yang korang akan terima adalah konsisten.  ASB ni jugak dibuat sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap, iaitu harga seunit dana tu dah tetap dengan harga RM1.00. Selain itu, sebarang jualan dan yuran penebusan unit ASB ni tak akan dikenakan caj. 

Korang kena tau yang ASB ada had pelaburan, sehingga RM200,000 je. Tapi jangan risau, hanya had pelaburan yang ada had, sekiranya perolehan modal yang korang terima menyebabkan akaun ASB korang lebih RM200,00, ianya takkan dikira pun sebagai had pelaburan. Korang sebagai pelabur jugak bebas nak melabur banyak mana dan bila korang nak melabur, takde kekangan pun untuk korang melabur. kalau korang nak beli unit tambahan pun boleh, ASB benarkan. 

Dengan melabur dalam ASB, korang boleh enjoy dividen tiap-tiap tahun secara konsisten kot, dan jumlah dividen yang korang akan terima tu berdasarkan jumlah minimum setiap bulan dan modal korang. Kadar dividen yang diberikan tak kurang dari 5.5%. Walaupun dividen yang korang terima sekarang ni dah tak berapa syok, pelaburan ASB ni tetap piihan yang lagi baik, especially kalau korang tak mampu nak buat pelaburan lain macam simpanan tetap. Korang boleh klik sini kalau nk tengok sejarah jadual pulangan."
Bagaimana penulis boleh terjebak dengan ASB financing nih?
hutang asb
sumber : mypay.com.my

Start penulis membaca pasal ASB nih masa nampak iklan dalam FB. Banyak yang bercerita pasal kebaikan ASB loan nih. Dengan bulanan rendah boleh jana pendapatan tinggi la.

Serius banyak penulis membaca. Penulis bukak website cari orang yang dah berpengalaman membuat loan jenis ASB nih.

Penulis bukan sahaja baca kebaikan dia, malah penulis siap taip kat google apa keburukannya. Yela, nak buat loan nih bukan seringgit dua ye.

Start 3 tahun lepas, penulis berkerja disebuah syarikat cina nih, diorang memang setiap tahun akan datang agen dari RHB yang menawarkan loan ASB nih n macam biasa diorang akan cari orang untuk la untuk produk mereka.

Pada tahun keduanya mereka datang baru penulis macam tak fikir panjang terus buat loan ASB financing sebanyak 100k ye.

Kenali komitmen sediri

Ini sangat penting ye. Sebelum korang buat loan ASB financing nih korang kene tengok dulu komitmen serta simpanan tetap korang setiap bulan.

Pengalaman teknik ASBF RHB
sumber : blog.qelola.com

Untuk penulis, penulis memang dah target setiap bulan nak simpapn RM500. Masa tu jelah. Sebab masa tu loan PTPTN pun tiada dan convert jadi biasiswa (konon2 budak pandai la. haha). Lain-lain loan tiada cume komitmen bulanan bagi kat mak ayah je masa tuh RM 300-RM 350.

Komitmen lain cume perbelanjaan harian makanan dan shopping sikit2 je.

So terus la penulis apply untuk loan 100k dengan insurance takaful ye. Masa tu buat loan interest dia cuma 4.8%. Insuran 30 tahun dalam seribu lebih sikit.

Masa buat tuh korang akan dikenakan caj perkhidmatan untuk loan ASB nih dalam RM100 lebih. Tak engat lah dengan minimum RM10 wang perlu dimasukkan dalam tuh.

Pihak bank juga akan cek 3 bulan pendapat korang sebelum dia luluskan pinjaman.

Kenapa buat loan ASBF dengan RHB bank?
asb financing loan dengan rhb bank
sumber : m.malaysiakini.com

Well, sebenarnya masa tuh penulis ada baca yang interest rate dari bank CIMB lagi murah masa tuh. Tapi dah excited sangat dengan ASBF and agent dari bank tuh pun dah datang depan mata, penulis buat jelah tanpa fikir panjang.

Penulis ada baca review yang servise dari RHB bank nih tidak berapa ok. Tapi bagi penulis semua tidak jadi masalah. Apa yang penting korang bayar cantik, tiada lambat konfom diorang tidak akan kacau korang.

Katalah bank mana-mana pun kalau lambat bayar or xbayar berbulan-bulan mesti diorang akan cari macam cari peminjam Ah long.

Bagusnya agent dari RHB nih, setiap pertayaan yang korang bagi diorang akan beri penjelasan dengan jelas. Macam penulis biasa tanya melalui whatsapp je. Semua pun diorang layan sebab nak jaga customerkan.

CCRIS and CTOS

Sebelum nak buat apa-apa loan, korang kene pastikan nama korang cantik kat bank negara ye. Macam penulis yang masa tuh tiada apa-apa komitmen memang cepat diterima.

Dalam masa 2 hari pihak bank akan cek nama korang tiada rekod buruk CTOS dan CCRIS. Agen tuh cakap kalau ada rekod buruk, susah nak dapat kelulusan.

PKP dan loan ASBF

Sampai situ jela cerita pengalaman membuat loan dengan RHB Bank. Now kite cerita pasal musim PKP nih. Sejak setahun epas ye penulis sudah tidak berkerja atas sebab-sebab tertentu. Padahal komitment bank masih ada dalam RM 500 sebulan. Jadi macam mane penulis survive dengan komitmen bulanan nih?

Selama 3 tahun sebelum terjadi nya PKP, penulis memang bayar ASBF cantik tanpa membuat apa-apa teknik seperti kompaunding atau rolling. Korang dag banyak baca pasal ASBF mesti dah faham pasal teknik-teknik nih.

Jadi, penulis survive sebab masa nih kerajaan dah bagi alternatif kewangan lain iaitu i-lestari dan i-sinar. Alternatif nih untuk membantu rakyat yang kesusahan pada musim-musim gawat macam nih.

Jadi bulanan komitmen masih selamat dengan bayar guna duit KWSP kita sendiri. Ditambah kerajaan ada buat Moratorium Pinjaman selama 6 bulan. Jadi komitmen bulanan tuh menjadi lebih rendah.

Kebaikan dan keburukan moratorium untuk loan ASB financing
Pengalaman teknik ASBF RHB

Pada tahun lepas, 2020, penulis setuju dengan monatorium untuk loan ASB financing nih. Masa tuh tak tahu lagi apa kebaikan keburukan dia.

Untuk kebaikan dia, moratorium membuatkan kos bulanan menjadi rendah sehingga separuh pembayaran. Tetapi masa dapat dividen 2020, cuma 4.75% sahaja. Tetapi masih ada untung selepas dah tolak kos 6 bulan yang perlu dibayar.

Jadi pengguna sudah untung disitu sebab sebab keuntungan melebihi daripada kos yang perlu bayar.

Tetapi lepas habis tempoh moratorium, penulis perasan selama 9 bulan tidak silap penulis, loan yang kita start bayar tuh tiada langsung penolakan untuk principle. Semua dibayar untuk interest.

Ini bermaksud anda tangguh 6 bulan tetapi bayar interest 9 bulan atau lebih. So nampak disitu interest loan sebernarnya makin naik je bila buat penangguhan.

Tapi lepas buat kira-kira jumlah principle yang sepatutnya kita dapat dalam 9 bulan tuh lebih rendah daripada keuntungan dividen yang diterima.

Contoh pengiraan untuk sijil matang 3 tahun:

komitmen bulanan RM500 X 6 bulan : 3000

Dividen + principle yang kita dapat tahun 2020 : (120,000 X 4.75%) + (160*6 bulan) = 5700 + 960 = 6600

So korang akan untung ? RM6600-komitment 3000 = 3300 kan? Tapi jangan stop kat situ je. Korang kira pulak bulanan principle yang korang dah rugi untuk 9 bulan bayar balik interest tuh.

so, principle yang patut dapat RM160 X 9 bulan = 1440. Korang tolak untung tadi 3300 tolak 1440 yang dah rugi = Rm 1860.

Nih maksud penulis, kebaikn moratorium. korang masih ada untung sedikit. OK la masa-masa ekonomi tengah sangat gawat nih kan.

Kiraan diatas adalah contoh untuk korang faham situasi.

OK ke ambil loan ASB masa ekonomi tengah gawat nih?

pokok pangkal tanya pada komitmen sendiri. Tanya pada hati mampu ke tak. Serius talk. Loan ASB kalau korang buat main-main bayar sukahati taknak bayar baik tak yah buat. Kalau sangkut bayar 2 3 bulan pun dah total lost.

Sebab kita buat pelaburan nak untung kan?? Jangan sendiri bagi buat rugi. Jangan kita bagi bank je untung ambil beribu2 intesrest dari kita bayar bulan-bulan. Biar sama-sama win. Kalau korang start lewat bayar bukan sahaja interest naik, denda segala nak bayar. Rugi kan?

Masa PKP nih semua bank sedang offer interest yang sangat rendah untuk ASB kan? tapi korang kene engat jugak interest rendah selari dengan dividen tahunan yang rendah sebab musim gawat nih. Esok-esok ekonomi dah pulih, get ready la interest pun akan naik.

Tapi penlis nasihat, yang masih boleh ada simpanan yang ada gaji tetap tu buat je ASb financing nih. Banyak untung dia kalau kena cara.

Jom penulis ajar satu teknik yang baik yang boleh tolong korang kalau tiba-tiba datang waktu susah macam nih.

Dah tak kerja setahun lebih sebab PKP tapi masa ada loan cemana?
Pengalaman teknik ASBF RHB
edition.cnn.com

Penulis lah tu yang dah lama tak kerja atas sebab-sebab tertentu. OK. Masa nihlah penulis praktikkn teknik membuat loan ASB yang sedia ada. Iaitu teknik rolling.

Teknik rolling nih macam mana? Cara dia dividen yang kita dapat tu buat balik bayar loan bulan-bulan. Mungkin lepas habis moratorium kedua nih penulis dah kena start buat teknik rolling ASB financing. Anda juga boleh lakukan yang sama ye atau ada teknik yang lebih bagus.

Terdapat banyak platform-platform yang korang boleh baca untuk mendapatkan info tentang ASB nih.

Pengalaman teknik ASBF RHB |

Salah satunya website official ASNB iaitu : www.asnb.com.my

Baca juga :

Pengalaman teknik ASBF dengan RHB bank, Pengalaman teknik ASBF dengan RHB bank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like