Blogging

Pertama kali blog ini berjaya mendapat 1000 pageview sehari selepas setahun ditubuhkan!

Berjaya mendapat 1000 pageview sehari | Hi readerss!! so hari ini 1 November 2022 kan?? ok hari ni saja saya nak share sini BAHAWASANYAAA semalam pertama kali blog motivasinformasi.com, berjaya mendapat 1000 pageview sehari.

Bukan senang ye nak 1k pageview sehari ni. Biasa purata pageview sehari dalam 300-600 sahaja macam.

Kenapa entah tiba-tiba hari ni dapat 1000 pageview. Tak tahu mimpi apa blog ni semalam. Tapi view ni bukan daripada yang spa.m punya taw. Nie original data daripada Google analisis sendiri.

Data daripada Google analisis

Nah, korang tengoklah sendiri gambar kat bawah ni. Memang sangat teruja bila blog yang dah setahun lebih ni mampu juga nak menjana 1000 pageview sehari. Bukan senang taw nak dapat benda alah ni!

Berjaya mendapat 1000 pageview sehari
gambar 1

Serius best giile bila blog mula naik 1k pageview sehari. Mana taknya, setiap sejam nak refresh google analisis tu sebab nak tengok berapa dia dah naik.

artikel yang paling banyak membantu 1k pageview blog

Kalau korang tengok gambar 1 kat atas tadi tu, post yang paling banyak dapat view daripada Google ialah yang ni 👉🏻 9 bau pilihan pelanggan bath and body work.

Korang boleh tengok sendiri artikel ni sebenarnya simple je dan ditulis pon untuk diri sendiri masa tu sedang usha-usha nak beli perfume bath and body works.

Usia artikel 9 bau pilihan pelanggan bath and body work ni rasanya dah hampir setahun lebih. Tapi sampai hari ni, pageview harian dia hampir 500. Banyakkan??

Jadi, korang boleh kaitkan yang usia artikel juga boleh mempengaruhi pageview harian. Sebab tu la kena selalu rajin update blog sebab kita tak tahu mana satu artikel yang akan viral dan menaikkan view blog.

Baca juga :

pendapatan google adsense jika mendapat 1k pageview sehari

Total pendapatan pada 31 oktober 2022 : $0.85. Pecahannyanya korang boleh lihat dibawah.

CPC (cost per click)$0.29
CPM (cost per million)$0.54
Active view CPM$0.03

Hmm, kalau tengok jadual diatas, saya punya click sangat rendah hanya 29 sen sahaja.

Tetapi cost per view dikira tinggi berbanding sebelum ini. Jika sebelum ni total cost daripada view hanya purata 30-40 sen, sekarang selepas dapat 1k pageview, dia boleh mencapai 50-60 sen sehari.

road to blogger sepenuh masa

Menjadi impian sebenarnya nak jadii blogger sepenuh masa. Yela, kalau dah berblogging ni seronok macam kite kerja sendiri je tanpa perlu terikat dengan mana-mana company.

Yang penting teruskan buat dan teruskan berjalan walau penghujung masih tiada bayang sekali pon. Mana tahu satu hari nanti Allah izinkan ke kan. InshaAllah.

Seronok je tengok blogger-blogger yang dah berjaya dapat sebulan $100 tu. Saya pon teringin jugak sebenarnya. InshaAllah, kene banyak lagi membaca dan mencuba perkara baru 💪🏻💪🏻💪🏻.

niat baru

Seronok sebenarnya bila blog dah start dapat 1000 pageview sehari.

Kalau sebelum menulis artikel semata-mata nak kejar adsense dan pageview, lepas ni saya kene ubah niat yang menulis supaya saya dapat belajar sesuatu dan membei manfaat kepada orang lain supaya turut berjaya seperti kita. InshaAllah.

Munkin korang juga minat baca yang ni ?? 👉🏻 Pertama kali berjaya keluar duit daripada Google Adsense!

*Untuk sebarang pertanyaan dan pendapat lain, korang boleh tinggalkan diruangan komen dibawah. Terima kasihh.

Masuk sini untuk permohonan pertama Google Adsense anda : https://www.google.com/adsense/start/

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

You may also like