Dalam halaman ini. penulis akan kongsikan tutorial cara dan platform terbaik untuk anda check plagiarism dalam karangan anda.

Maksud plagiarism

Plagiarisme adalah penggunaan pemikiran, bahasa, idea, atau ungkapan pengarang lain sebagai karya asli seseorang. Menurut kamus Oxford, plagiarism adalah “Amalan mengambil karya atau idea orang lain dan menyebarkannya sebagai karya sendiri” Dengan kata lain, plagiarisme adalah suatu bentuk penipuan. Ini melibatkan mencuri karya individu lain dan menganggap itu sebagai karya sendiri.

Cara untuk mengelakkan plagiarism
  • Memberi sumber rujukan di dalam penyelidikan atau perkongsian anda
  • Parafrasa atau petikan dari sumber anda (dan tambahkan idea anda sendiri).
  • Kreditkan penulis asal dalam petikan dan senarai rujukan dalam teks.
  • Akhir sekali, penting untuk anda check plagiarism dalam karangan anda dengan menggunakan ‘plagiarism checker’

1) Anda hanya perlu masuk ke laman web berikut : https://www.duplichecker.com/ (platform terbaik untuk check plagiarism)

Duplichecker.com adalah laman nombor satu yang dipercayai dan digunakan oleh pengguna untuk check plagiarism dalam kerja mereka. Bagi blogger, platform ini sangat berguna untuk mengelakkan penulisan mereka daripada menjadi salah satu plagiarism.

2) pastekan karangan anda dalam kotak yang disediakan
Platform terbaik untuk check plagiarism

3) Tekan pada butang ‘check plagiarism’.

Anda hanya perlu beberapa saat untuk Dupichecker.com mengecek kerja anda.

Platform terbaik untuk check plagiarism
Platform terbaik untuk check plagiarism

Anda boleh lihat di dalam bulatan kuning hasil pengecek dari Duplichecker. Penulis juga ada mengkaji beberapa platform lain, tetapi mendapat hasil yang beza di mana Duplichecker.com menunjukkan hasil yang terbaik.

4 jenis plagiarism

Terdapat 4 jenis plagiarism yang akan melanggar polisi hantaran, jom semak :

1. “direct plagiarism”

Plagiarism secara langsung membawa maksud transkripsi daripada penulis asal telah disalin secara lamgsung tanpa diolah sedikit pon atau pon tanpa penggunaan tanda petikan.

Perkara ini melanggar tatatertib etika akademik dan boleh menyebabkan anda diturunkan jawatan.

2. “Self plagiarism”

Plagiarism kendiri merujuk kepada penggunaan sumber yang lama dijadikan terus kepada subjek yang baru tanpa diolah langsung.

Sebagai contoh, jika tugasan sekolah tinggi anda sama seperti tugasan sekolah menengah anda, anda hanya hasil kerja anda yang lama dan dihantar pada guru anda.

Hal ini akan terjadi plagiarism kerana hasil kerja anda yang sekarang tidak mendapat persetujuan daripada guru kelas yang lama.

3. “Mosaic plagiarism”

Apa itu Mosaic plagiarism? Ia berlaku apabila seseorang menggunakan satu frasa daripada penulisan orang lain tanpa menggunakan penanda petikan.

Dikenali juga sebagai “tulisan tampalan”, bentuk plagiarism ini sama ada disengajakan atau tidak disengajakan adalah dikore melanggar etika penulisan dan jika dari segi akademiknya adalah dikira tidak jujur dan boleh dijatuhkan hukumam.

2. “Accidental plagiarism”

Accidental plagiarism atau plagiarism tanpa sengaja boleh berlaku apabila anda tidak meletakkan sumber kepada petikan yang anda ambil. Boleh juga terjadi jika anda tersalah ambil atau letak sumber lain daripada sumber yang asal.

Jadi, anda perlu belajar cara yang betul untuk mengambil sumber daripada orang lain. Cara pengambilan yang betul boleh menyelamatkan anda terlepas daripada hukuman plagiarism tertentu.


Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, anda boleh tulis dibahagian komen supaya penulis dapat berkongsi di article yang lain.

Anda juga berminat :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like