Cara dapat duit dengan tiktok..| “2 tahun pandemik menyebabkan banyak syarikat kecil atau yang baru nak menapak hampir atau sepenuhnya gulung tikar”
Ramai juga pekerja-pekerja kilang dibuang kerja menyebabkan hampir 40% kes pengangguran semakin tinggi.
Jadi, Min yakin, pasti ramai yang masih tidak berputus asa untuk mencari alternatif lain untuk mendapatkan income sampingan.
Baca juga : Fungsi betul Google Lens ni! Ambil gambar je terus boleh tahu benda apaa
Aplikasi tiktok yang semakin trending
Membuat side income menggunakan aplikaso tiktok menjadi semakin trending dalam kalangan pelajar, remaja sekaligus influencer-influencer sosial media kini.
Jadi macam mana anda boleh buat duit dengan tiktok. Baca dan fahami 4 cara berikut.
1. Sertai “TikTok Creator Fund”
Content creator untuk Tiktok yang mempunyai followers sehingga 10k boleh mempertimbangkan untuk sertai program “Tiktok Creator Fund” untuk menjana duit tepi yang lebih baik.
Bermula pada tahun 2022, Tiktok telah memperuntukkan sehingga $200 juta untuk membiayai mereka yang menyertai “Tiktok creator Fund”.
Baca juga : perhatian jangan tertipu jika anda menerima tawaran pekerjaan daripada agent shopee seperti dalam gambar ni!
Tetapi sehingga kini hanya 6 negara yang boleh sertai program ini. Iaitu US, UK, Perancis, German, Spain dan Itali. Tetapi anda jangan berputus asa ya, mungkin suatu hari nanti Tiktok akan menjadi seperti youtube yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menyertai dana pencipta.
2. Berniaga dengan membuat live bersama peminat anda
Tiktok merupakan aplikasi untuk mencipta viideo pendek memanjang sesuai dengan saiz skrin hp anda. Sehingga hari ini, terdapat lebih 500 million pengguna Tiktok di seluruh dunia.
Di Malaysia juga menjadikan Tiktok antara platform media yang paling ramai pengguna. Jadi, tidak mustahillah untuk anda menjadi popular dalam satu malam sahaja.
Mempromosikan barangan anda didalam tiktok adalah salah satu stategik pemasaran yang sangat bagus. Ini kerana, video anda anda lebih senang untuk masuk FYP berbanding sosial media yang lainnya.
“Sebagai contoh, sekumpulan pelajar di Los Angeles telah membuat projek marketing dengan memasarkan jenama pakaian mereka sendiri. Pada taun 2020, video mereka telah menjadi viral sehingga mengubah hidup mereka 100% kerana peningkatan jualan yang meroket.”
3. Buat live dan kumpulkan virtua gift daripada peminat anda
Hampir keseluruhan sosial media sekarang mempunyai pilihan untuk membuat live secara langsung.
Tetapi, apa yang membuatkan live Tiktok sedikit istimewa ialah, ketika live, anda boleh menerima virtual gift daripada peminat anda yang bermurah hati. Dan gift ini boleh ditukar kepada nilai dollar yang sebenar. Menarik bukan?
Baca juga : Viral dah elegent whitening emulsion nih! Jom tengok review pengguna
Kalau anda berminat untuk mendapatkan gift daripada Tiktok ini, jom lihat beberapa tips untuk mendapatkan views yang lebih banyak ketika live :
- Pilih masa yang sesuai untuk membuat live. Masa yang paling sesuai untuk anda membuat live ialah ketika peminat anda berada dalam mode aktif. Anda boleh melihta statistik masa yang paling banyak penonton anda aktif Tiktok. Untuk menyemak, masuk pada tetapan profile >> analysis.
- Tempoh live yang panjang. Siaran langsung yang lebih lama sebenarnya memberi anda peluang untuk dilihat sepintas daripada penonton berbanding live yang hanya dibuat sekejap-sekkejap sahaja.
- Post video ketika sedang live. Salah satu tips untuk menarik lebih banyak penonton ketika anda live adalah dengan mengepos video pendek sekaligus menggesa pengguna untuk melihat siaran langsung anda.
- Manfaatkan penggunaan hashtags pada TikTok. Seperti rangkaian media sosial lain, pengguna kerap melayari halaman hashtag untuk mencari akaun baharu untuk diikuti.
- Pastikan sambungan internet anda sentiasa dalam keadaan baik. Jangan terlepas pandang aspek teknikal ini. Pastikan sambungan Internet, pencahayaan dan peralatan bunyi anda mampu digunakan untuk jangka masa yang lama.
- Melibatkan pengguna dalam masa nyata adalah bagus untuk membina hubungan yang berharga dengan peminat anda. Khalayak yang mempunyai hubungan yang kuat dengan pencipta cenderung untuk mengembangkan kepentingan peribadi dalam kejayaan mereka, yang bermakna siaran langsung boleh membantu meningkatkan aliran pengewangan yang lain juga.
4. Berkerjasama dengan influencer Tiktok yang lain
Salah satu cara yang paling inovatif untuk mempercepatkan anda membuat duit dengan Tiktok ialah dengan berkerjasama dengan influencer kegemaran anda.
Dengan berkerjasama bersama influencer lain sebenarnya akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Salah satunya ialah dapat mempercepatkan bilangan pengikut akaun Tiktok anda.
Cara dapat duit dengan tiktok.
Baca juga : 2 Cara delete akaun dari gmail dan Google untuk android
[…] Baca juga : 4 cara dapat duit dengan aplikasi tiktok […]
[…] [Baca juga : 4 cara dapat duit dengan aplikasi tiktok] […]
[…] 4 cara dapat duit dengan aplikasi tiktok […]