Haiwan liar yang kini dipelihara dirumah : Malaysia merupakan negara yang kaya dengn diversiti dan hidupan liarnya hidup dengan kepelbagaian dan habitat yang meluas. Sebilangan besar negara ini diliputi hutan hujan, dimana ia mempunyai banyak spesies tumbuhan dan haiwan.
Terdapat kira-kira 361 spesies mamalia, 694 spesies burung, 250 spesies reptilia, dan 150 spesies katak yang terdapat di Malaysia. Jom lihat 6Foxes are small to medium-sized, omnivorous mammals belonging to several genera of the family Canidae. They have a flattened skull, upright triangular ears, a pointed, slightly upturned snout, and a long bushy tail (or brush). jenis haiwan liar ini yang kini semakin popular dijadikan haiwan peliharaan.
1. Sugar glider

Sugar glider merupakan posum haiwan kecil dan comel tetapi habitat sebenarnya ialah didalam hutan. Mereka duduk dalam golongan omnivor (pemakan daging dan tumbuhan), arboreal (hidup didalam pokok), dan nokturnal (aktif pada waktu malam) yang tergolong dalam inframelas marsupial (haiwan yang membesarkan anaknya didalam kantung).
Nama sugar glider diambil merujuk kepada pilihan makanan bergula mereka seperti getah dan nektar dan kemampuannya meluncur di udara. Sugar Glider mempunyai rupa yang hampir sama dengan tupai terbang, tetapi mereka bukanlah dari golongan yang sama.
1.1 Sugar glider haiwan yang social dan mereka memerlukan kawan
Sugar glider akan senang mengalami kemurungan jika ia dibiarkan berseorangan. Mereka tidak boleh di bela secara berseorang dan mereka harus ditempatkan secara berpasangan.
Sugar glider merupakan haiwan yang lincah, aktif, dan mempunyai sifat ingin tahu yang biasanya suka bergaul dengan pasangan dan penjaga manusia mereka. Memandangkan sejak lahr lagi mereka hidup didalam kantung ibunya,sugar glider biasanya suka tidur didalam kantung seperti poket baju. Beg yang direka untuk penggelembung gula biasanya terdapat di kedai haiwan peliharaan.
Kantung khas untuk sugar glider kebiasaannya anda boleh dapatkan dimana-mana pet store.
1.2 Cara penjagaan sugar glider dan penyediaan perumahan
Sugar glider memerlukan perumahan yang besar dan luas. Ini kerana mereka merupakn haiwan yang suka melompat dan meluncur. Anda digalakkan untuk membebaskan sugar glider daripada sangkar supaya mereka dapat merenggangkan dan memberi senaman kepada otot-otot mereka.
Kantung kecil sangat penting untuk menjadikn tempat mereka berehat dan tidur. Anda boleh meletakkan serpihan kertas kitar semula didalam kantung beg. Selain itu, anda juga boleh meletakkan pokok mati dan mainan roda tikus.
Bekas makanan dan takungan air juga diperlukan dan ia harus dibersihkan dan disegarkan setiap hari.
1.2 Pemakanan
Sugar Glider boleh memakan makanan daripada tumbuhan dan haiwan lain. Secara alaminya, makanan mereka ialah buah-buahan dan serangga kecil seperti cengkerik dan mealworms.
2. Fennec Fox

Fennec fox mmerupakan musang kecil yang berasal dari Gurun Sahara dan Semenanjung Sinai. Ciri kistimewaannya ialah telinganya yang besar, yang berfungsi untuk menghilangkan haba. Fennec adalah spesies canid (tergolong dalam keluarga anjing) terkecil. Fungsi mantel, telinga, dan ginjalnya telah disesuaikan dengan lingkungan padang pasir dengan suhu tinggi dan sedikit air. Fennec Fox juga mempunyai jangka hayat sehingga 11 tahun.
2.1 Fennec fox : haiwan liar yang boleh hidup secara individu
Walaupun fennec biasanya hidup dalam kumpulan di alam liar, mereka cenderung kepada hidup yang bebas seperti haiwan peliharaan. Mereka mungkin suka bermain dengan manusia seperti seekor anjing. Tetapi terdapat juga masa dimana mereka lebih suka bermain sendirian.
Di samping itu, Fennec juga boleh menjadi haiwan yang penyayang dan membenarkan tuan mereka membelai mereka. Tetapi kebanyakannya tidak suka dipegang dan lebih suka bebas bergerak
2.1 Perumahan
Rumah rubah fennec boleh disediakan dikawasan luar rumah. Haiwan ini biasa hidup liar digurun jadi mereka memerlukan suhu 68 degree.
Rumah rubah fennec boleh dibuat menggunakan papan dan dibentuk menjadi rumah kecil seperti rumah anjing. Lantainya hendaklah diturap dengan papan untuk mengelakkan mereka daripada menggali ke dasar tanah. Kemudian didalam rumah mereka boleh diletakkan pasir untuk lebih menampakkan seperti habitat semulajadi mereka.
2.2 Pemakanan
Makanan semulajadi rubah fennec termasuklah tumbuhan dan haiwan kecil. Makanan seperti semulajadi seperti tikus, serangga, burung, buah-buahan dan sayuran boleh diberikan.
Selain itu, mereka juga memakan makanan anjing dan kucing dari dalam tin.
3. Ular

Ular merupakan haiwan yang liar. Kebiasaannya ular yang dipelihara jenis yang tidak berbisa. Tahukah anda, ular juga boleh dijinakkan dan mereka boleh mengenal kepada tuan mereka. Tetapi penulis tidak menggalakkan ular dibela kerana ular haiwan yang sangat menakutkan lo.
3.1 Perumahan
Menyediakan ular anda dengan persekitaran yang betul untuk spesiesnya sangat penting untuk kesihatannya. Sebelum membawa pulang ular, penting untuk menentukan jenis ular yang anda mahukan dan kemudian mengetahui tentang habitatnya, keperluan fizikal, dan keperluan suhu. Seperti yang biasa diberitahu oleh pemilik ular, reptilia ini mempunyai tahap penyelenggaraan rendah.
Untuk memulakan memelihara ular kecil didalam rumah, anda hanya memerlukan 4 kaki akurium dan penutup yang rapat. Ular mempunyai pembesaran yang pesat, jadi perlu tukar perumah haiwan ini mengikut saiz mereka.
3.2 Pemakanan
Ular yang liar biasanya akan makan haiwan yang hidup. Tetapi untuk ular yang dipelihara, anda boleh memberikan haiwan yang sudah mati seperti tikus putih, serangga, cacing, katak, dan reptilia lain. Pemakanan ular juga diberikan mengikut jenis ular. Ini anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor vet.
Baca halaman seterusnya..