Dividen ASB 2020..|Pasti ramai yang melakukan pelaburan tanpa risiko, ASB kan? Semua pelabur pasti mengharapkan dan memberikan jangkaan untuk mendapat pulangan yang lumayan dan ada juga yang cuba untuk memaksimakan pulangan asb melalui teknik ASB loan.
Yang paling penting sekali semuanya mengharapkan adanya kenaikan pengagihan asb berbanding tahun sebelumnya.
Kesan covid-19 kepada ekonomi dan pengagihan dividen
Dividen ASB 2020..|Baca juga : Memori:Permulaan Covid-19 di Malaysia
Datuk A. Kadir Jasin, Tokoh wartawan negara..|
Didalam pendapat beliau ada menyatakan tentang kebimbangan tentang pencapaian ekonomi negara kita, khususnya prestasi Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Dua punca utama kebimbangan yang mungkin terjadi adalah kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi dan kelemahan pengurusan syarikat tersebut.
Permodalan Nasional Berhad (PNB) menunjukkan prestasi yang lebih rendah dan pada hari Jumaat kita dikejutkan dengan kerugian bersih suku tahun kedua (April hingga Jun) Petronas sebanyak RM16.5 bilion.
PNB sangat penting kepada rakyat jelata, khususnya bumiputera dalam erti kata lebih 14 juta melabur dalam skim saham amanah kelolaannya.
Kegagalan Maybank mengisytiharkan dividen akan menjejaskan pendapatan PNB dan apabila pendapatan PNB berkurangan, kemampuannya membayar dividen yang lebih baik kepada pelabur akan terjejas.
Malah, sebelum Covid-19, PNB tidak mampu memperbaiki kadar dividen kepada pelabur. Ia hanya membayar RM5.50 sen dividen dan bonus setiap unit bagi tahun 2019, iaitu kadar paling rendah dalam sejarah.
Baca laporan penuh di : Kesan Covid-19 kepada ekonomi
ASNB umum agihan pendapatan terendah dalam sejarah, 4.25 sen seunit
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit, bonus 0.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2020.
Pengagihan bonus 0.75 sen seunit dibayar untuk 30,000 unit pertama kepada pemegang unit sempena ulang tahun ke-30 ASB.
Pengumuman yang dibuat pada hari ini secara maya oleh Pengerusi Permodelan Nasional Berhad (PNB) sendiri, Zeti Aziz.
Pendapatan yang dianggap sebagai pulangan terendah dalam sejarah PNB telah melibatkan RM 7.6 bilion serta 10.2 juta pelabur.
Menurut beliau, pengagihan ini masih kekal kompetitif meskipun negara sedang menghadapi kegetiran ekonomi ekoran pandemik yang melanda negara ketika ini.
Jangkaan tarikh mula pengeluaran ASB
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Tarikh akhir Pengeluaran ASB 2021 | Minggu pertama Januari 2021, tarikh rasmi sedang dikemaskinikan |
Sejarah Pengagihan dana ASB
- 2020: 4.25 peratus + tambahan bonus asb 0.75 peratus untuk 30 ribu unit pertama sahaja
Pendapat daripada rakyat jelata tentang pengagihan ini
Rata-rata bumiputra yang sudah melabur pada PNB etap menzahirkan rasa syukur dengan pengagihan ini. Kerana mereka tahu kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk mengekalkan pengagihan yang kompetitif.
Malah, tak kurang juga yang memberi pendapat bahawa pengagihan pada tahun ini adalah tidak baik dan memberi kesan kepada pelabur. Ada juga yang berpendapat untuk tidak menerurskan lagi pelaburan di PNB.
Rujukan : facebook, freemalaysiatoday.com, mypt3.com