Cara Pengiraan Dividen ASB : Pasti ramai yang melakukan pelaburan tanpa risiko, ASB kan? Semua pelabur pasti mengharapkan dan memberikan jangkaan untuk mendapat pulangan yang lumayan dan ada juga yang cuba untuk memaksimakan pulangan asb melalui teknik ASB loan.

Yang paling penting sekali semuanya mengharapkan adanya kenaikan pengagihan asb berbanding tahun sebelumnya. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan secara terperinci tentang cara pengiraan dividen ASB dan bagaimana anda boleh membuat anggaran untuk pulangan yang mungkin diterima.

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah salah satu instrumen pelaburan yang popular di Malaysia, terutamanya di kalangan orang Bumiputera, kerana ia menawarkan pulangan yang stabil melalui dividen setiap tahun. Bagi tahun 2024, banyak pelabur ingin mengetahui bagaimana dividen ASB dikira dan faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah yang diterima.

Apa yang dimaksudkan dengan dividen asb?

Dividen ASB bermaksud pulangan yang dibayar kepada pelabur yang melabur dalam unit saham ASB (Amanah Saham Bumiputra).

Dividen ini dibayar setiap tahun berdasarkan prestasi pelaburan ASB, yang melibatkan keuntungan daripadapelaburan dalam pelbagai instrumen kewangan, seperti bon, saham, dan hartanah. Kadar dividen akan berbeza setiap tahun bergantung kepada prestasi pasaran dan keuntungan yang diperoleh daripada ASB.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar dividen asb setiap tahun

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar dividen yang diumumkan oleh pihak ASB setiap tahun. Antara faktor utamanya termasuklah:

  1. Prestasi Pelaburan: Kadar dividen yang diterima bergantung kepada keuntungan yang diperoleh oleh ASB melalui pelaburan dalam saham, bon, hartanah, dan instrumen kewangan lain. Jika ASB melabur dengan bijak dan memperoleh keuntungan yang baik, kadar dividen yang lebih tinggi boleh diumumkan.
  2. Keadaan Ekonomi dan Pasaran Kewangan Semasa: Keadaan ekonomi global dan pasaran kewangan juga mempengaruhi kadar dividen. Krisis ekonomi atau ketidaktentuan pasaran boleh memberi kesan kepada pulangan pelaburan dan menyebabkan kadar dividen menjadi lebih rendah.
  3. Dasar Pengagihan Dividen: ASB mempunyai dasar pengagihan dividen tertentu yang memastikan sebahagian daripada keuntungan digunakan untuk memberikan pulangan kepada pelabur dan sebahagian lagi digunakan untuk mengembangkan dana. Dasar ini boleh berubah mengikut keadaan pasaran.

Baca juga : Memori:Permulaan Covid-19 di Malaysia

PNB umum agihan pendapatan tertinggi dalam tenpoh 5 tahun bagi tahun 2024

Cara Pengiraan Dividen ASB

Pengagihan pendapatan ASB bagi tahun 2024

“Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui syarikat pengurusan unit amanahnya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), telahmengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.”

“Jumlah ini terdiri daripada agihan pendapatan 5.5 sen dan bonus 0.25 sen, menjadikan jumlah keseluruhan agihan sebanyak RM10.1 bilion, dan pengagihan ini akan memberi manfaat kepada lebih 11.1 juta pemegang unit.”

sumber artikel : harianmetro.com.my

Jangkaan tarikh mula pengeluaran ASB
PERKARABUTIRANNYA
Tarikh mula pengeluaran Dividen ASB 2024Bemula 2 Januari 2024, pelabur sudah boleh mula membuat pengeluaran dari ASNB secara atas talian atau melalui kaunter
Sejarah Pengagihan dana ASB dalam 5 tahun
  • 2024 : 5.75 (Dividen ASB untuk 2024 adapah tertinggi untuk 5 tahun terakhir – pakar)
  • 2023 : 5.25
  • 2022 : 4.60
  • 2021 : 5.00
  • 2020 : 4.25
  • 2019 : 5.50

Cara pengiraan dividen asb

Pengiraan dividen ASB melibatkan beberapa langkah utama, iaitu berdasarkan bilangan unit saham yang dimiliki dan kadar dividen yang diumumkan oleh ASB pada tahun tersebut. Berikut adalah langkah-langkah asas untuk mengira dividen ASB:

1. Ketahui kadar dividen yang diumumkan

Setiap tahun, ASB akan mengumumkan kadar dividen yang akan dibayar kepada pelabur. Kadar dividen ini adalah mengikut peratusan daripada jumlah unit saham yang dimiliki oleh pelabur. Kadar dividen ini juga akan berbeza setiap tahun berdasarkan prestasi pelaburan semasa.

Contoh:

Jika ASB mengumumkan dividen sebanyak 5.75% untuk tahun 2024, ini bermakna anda akan menerima 5.75% daripada jumlah pelaburan anda sebagai dividen.

2. Tentukan kadar unit saham yang dimiliki

Anda perlu mengetahui bilangan unit saham yang anda miliki pada akhir tahun kewangan. Unit saham ini ditentukan oleh jumlah wang yang anda laburkan dan harga unit semasa.

Contoh:

Jika anda melabur RM10,000 dalam ASB dan harga unit ASB pada masa pelaburan adalah RM1.00, anda akan memperoleh 10,000 unit saham.

3. Kira jumlah dividen yang diterima

Setelah anda mengetahui bilangan unit saham yang anda miliki dan dan kadar dividen untuk tahun tersebut, pengiraan dividen adalah sangat mudah. Formula untuk mengira dividen adalah seperti berikut:

Dividen = Bilangan Unit Saham x Kadar Dividen

Contoh:

Jika anda memiliki 10,000 unit saham dan kadar dividen adalah 5.74%, pengiraan dividen anda adalah:

Dividen = 10,000 x 5.75% = 10,000 x 0.0575= RM574

Jadi, untuk pelaburan RM10,000 pada kadar dividen 5.75%, anda akan menerima RM575 sebagai dividen.

4. Kira jumlah dividen yang diterima jika ada penambahan dan penolakan unit saham

Pengiraan diatas hanya boleh digunakan pakai jika unit pelaburan anda tidak berubah dalam tempoh 12 bulan dalam pengiraan tahun tersebut.

Jumlah unit saham yang berbeza setiap bulan boleh mempengaruhi jumlah dividen yang akan diterima pada hujung tahun.

Formula untuk mengira unit saham yang berubah setiap bulan ada seperti berikut :

Dividen setiap bulan = Jumlah minimun bulan 1/12 X 5.75%(peratus dividen)

Untuk lebih faham lihat jadual dibawah :

BulanJumlah minimum (RM A)Dividen = (RM A)/12 X 5.75%
Januari5000.0023.96
Februari5000.0023.96
Mac6000.0028.75
April6100.0029.23
May6200.0029.71
Jun6300.0030.19
Julai6400.0030.67
Ogos6500.0031.15
September6600.0031.63
Oktober6700.0032.11
November6800.0032.58
Disember6900.0033.06
Jumlah Dividen untuk 12 bulan357

Jika dilihat pada jadual diatas, jumlah dividen bagi tahun semasa tersebut adalah RM 357.

@financialfaiz

Replying to @saintp33p Cara mudah untuk faham kiraan dividen ASB. (Part 2) #financialfaiz #asb #asnb #pnb

♬ Peaceful – Calming Tune
Rujukan cara pengiraan dividen ASB tahun semasa

Kesimpulan

Pengiraan dividen ASB adalah proses yang mudah, tetapi memahami bagaimana faktor-faktor tertentu yang boleh mempengaruhi kadar dividen adalah sangat penting untuk membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Dengan mengetahui cara pengiraan dan bagaimana untuk memaksimumkan pulangan dividen, anda boleh mengoptimumkan pelaburan di ASB, yang seterusnya membantu mencapai matlamat kewangan yang lebih baik.

Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan ASB dan menggunakan strategi pelaburan yang sesuai untuk mendapatkan pulangan yang terbaik pada tahun 2024 dan seterusnya.

Rujukan : facebook, freemalaysiatoday.com, mypt3.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like