Bibir atas lebih gelap dari bibir bawah |
Jika anda membaca posting ini, pasti anda akan mencari cermin untuk cek samaada betul atau tidak, bibir atas lebih gelap dari bibir bawah.
Seperti warna kulit yang berbeza-beza bagi setiap individu, warna bibir juga turut berbeza. Warna bibir juga turut berubah mengikut masa dan faktor. Dalam beberapa kes, perubahan warna atau keadaan bibir dapat menunjukkan bahawa bibir anda perlu dirawat.
Setiap individu mempunyai variasi berbeza
Terdapat variasi semulajadi antara individu dalam bibir mereka. Pigmen yang menyebabkan warna pada bibir dipanggil melanin. Mereka yang mempunya bibir atas yang lebih gelap dari bibir bawah bermaksud pigmen melanin pada bibir atas adalah lebih banyak daripada bibir bawah.
Penghasilan pigmen yang terlalu banyak akan menyebabkan hiperpigmentasi. Apakah kesan hiperpigmentasi ini?
Hiperpigmentasi menyebabkan kulit bertompok dan berkembang lebih gelap daripada kulit di sekitarnyanya. Contoh hiperpigmentasi yang biasa adalah bintik usia yang disebabkan faktor umur. Keadaan ini berkaitan dengan pendedahan kulit kepada cahaya matahari, dan banyak orang percaya bahawa ianya tidak berbahaya. Hiperpigmantasi boleh mempengaruhi hampir seluruh bahagian badan, termasuk bibir.
Penyebab hiperpigmentasi termasuklah:
1# Pendedahan kepada matahari
Kulit yang terlalu lama kepada matahari akan merangsang tubuh manusia menghasilkan melanin dimana ia digunakan untuk menyerap sinaran ultraviolet (UV). Proses ini adalah untuk melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh cahaya matahari. Sekaligus menyebabkan warna menjadi lebih gelap.
Maka, penting untuk anda memakai pelindung matahari di bibir, dan juga di bahagian badan lain. Pelembab bibir yang terkandung bahan pelindung dari UV dapat melindungi bibir anda dari kerosakan akibat sinar matahari.
2# Merokok dari bahan tembakau
Kimia nikotin dan benzpirena dalam asap tembakau akan mendorong pengeluaran melanin pada kulit. sekaligus, menyebabkan bibir menjadi lebih gelap. Ia boleh berlaku secara perlahan dari masa ke semasa.
Merokok mempunyai banyak kesan negatif kepada kesihatan. Bagi mereka yang ingin berhenti, di Malaysia terdapat banyak agensi yang boleh membantu anda mengawal penagihan merokok. Anda juga boleh mencari website-website yang mempunyai cara dalam mengatasi penagihan ini.
3# Kehamilan bagi wania
Sebilangan wanita mungkin mengalami alahan pada kulit semasa kehamilan. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan.
Kawasan badan termasuk bibir, puting, dahi, pipi, dan hidung boleh menjadi lebih gelap disebabkan faktor hormon semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kawasan ini boleh kembali ke warna asal selepas bersalin.
4# Perubatan
Beberapa ubat boleh menyebabkan hiperpigmentasi. Ini termasuklah ubat antimalaria dan minocycline antibiotik oral.
Kulit individu yang terdedah kepada perubatan ini akan kembali normal setelah ubat habis dari badan. Tetapi bagi sesetengah individu, hiperpigmentasi mungkin akan lama berlarutan.
6# Penyakit
Contoh penyakit yang boleh menyebabkan hiperpigmentasi adalah Addison. Penyakit Addison, juga dikenali sebagai kekurangan hormon adrenal, adalah gangguan yang tidak biasa terjadi dimana tubuh anda tidak dapat menghasilkan hormon tertentu dengan cukup. Masalah hormon ini mengakibatkan kulit,gusi dan bibir menjadi gelap.
Rujukan : medicalnewstoday
Anda juga berminat baca :
- Rakyat Malaysia diancam masalah kesihatan mental
- Bagaimana gula boleh menurunkan IQ otak??