Tips merawat kulit muka berminyak..| Kondisi muka setiap orang adalah berbeza mengikut genetik mereka sendiri. Ada yang beruntung memiliki kulit yang normal dan bersih. Tetapi ada pula jenis kulit muka yang berminyak dan jenis kombinasi yang memerlukan penjagaan yang lebih rapi.

tips merawat kulit muka berminyak
Kredit foto : everydayhealth.com

Tahukah anda? Minyak yang terhasil di muka itu mempunyai fungsi dan kebaikannya tersendiri. Antara fungsinya ialah memberi kelembapan kepada kulit dan melambatkan penuaan.

Yang menjadi masaalahnya ialah apabila minyak yang dikeluarkan secara berlebihan menyebabkan muka kelihatan kotor dan menyumbatkan liang pori.

Jom lihat 6 faktor lain yang menyebab kilang minyak diproses berlebihan dimuka :

  1. Pemakanan : Kulit muka berminyak kerana pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak.
  2. Kosmetik : Menggunakan produk yang bersesuaian yang jenis kulit muka.
  3. Genetik : Ada sebahagian daripada kita yang mempunyai genetik kulit berminyak yang tidak dapat dielak.
  4. Hormon : Ketidakseimbangan hormon juga boleh menyebabkan kulit muka berminyak kepada wanita terutamanya ketika datang bulan.
  5. Stres / tekanan : Tekanan bukanlah punca utama terhasilnya minyak yang berlebihan. Tetapi tekanan boleh menyebabkan hormon tidak stabil sekaligus menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan.
  6. Persekitaran : Sesetengah daripada kita mempunyai persekitaran tempat kerja yang berbeza. Terutamanya tempat kerja yang panas dan berhabuk.

Baca juga : Review : produk yang menghilangkan jerawat dan parut muka cara saya

9 tips untuk merawat kulit muka berminyak

Pemilik kulit muka yang berminyak memerlukan lebih penjagaan berbanding kulit muka yang normal. Lihat dibawah 10 tips yang anda boleh cuba untuk mendapatkan kulit muka yang lebih sihat.

1. Pilih pencuci muka yang berasaskan betik

Buah betik menjadi sangat terkenal dalam kesihatan penjagaan kulit. Kerana ia mengandungi sejenis enzim yang bernama papain.

Enzim papain merupakan enzim yang berkuasa dalam penghadaman secara semulajadi. Mengikut kajian, apabila ia digunakan secara topikal pada kulit wajah, enzim ini akan membantu menyingkirkan sel kulit mati.

Carilah pencuci muka yang berasaskan ekstrak betik. Gunakan tidak lebih dari dua kali dalam masa sehari untuk mencuci muka.

2. Pilih toner tanpa alkohol

Alkohol menjadi salah satu musuh kepada minyak di wajah. Produk yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi menyebabkan pertumbuhan minyak yang lebih banyak pada wajah.

Gunakan toner wajah selepas mencuci muka untuk mengimbangi pH kulit anda dan membersihkan kulit daripada sebarang minyak atau bakteria yang tertinggal pada kulit selepas pencucian.

3. Muka bersih tanpa makeup

‘No makeup day’. Pemakaian foundation pada muka boleh terasa sangat berat ditambah pula dengan pelbagai lagi bahan makeup lain.

Sebenarnya penggunaan foundation yang terlalu banyak boleh menyebabkan liang pori tersumbat. Apatah lagi dalam cuaca yang sangat panas. Foundation ini biasanya akan mencair kedalam liang pori dan menambahkan lagi penghasilan minyak.

4. Scrub muka seminggu sekali

Fungsi utama mengscrub muka ialah untuk menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan sehingga kedalam liang roma.

Dengan mengscrub wajah anda seminggu sekali mampu mengimbangkan penghasilan minyak dikulit muka dengan lebih baik. Pilih scrub muka yang berasaskan bahan natural untuk membantu penjagaan alam sekitar.

Kuncinya, scrubkan muka anda dengan lembut untuk melonggarkan liang roma dan mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan.

5. Kurangkan makanan yang pedas

Tahukah anda? sebenarnya makanan yang pedas boleh memburukkan lagi keadaan muka berminyak anda.

Kajian daripada seorang profesor dermatologi daripada Universiti Miami menunjukkan bahawa makanan pedas menyebabkan salur darah menjadi lebih kembang dan membuatkan anda berpeluh. Penghasilan peluh pada wajah menjadi penyumbang kepada pengeluaran minyak.

Jadi, anda disyorkan supaya menghadkan pengambilan makanan yang pedas seminggu sekali.

Selain itu, amalkan diet yang boleh melambatkan penghasilan minyak seperti lobak merah, cantaloupe dan sayur bayam.

6. Rutinkan penggunaan pelembap anda

Moisturizer atau pelembap sangat penting dalam mengimbangkan penghasilan minyak pada wajah.

Terdapat mitos yang mengatakan bahawa kulit wajah mereka yang berminyak tidak memerlukan pelembap. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan pelembat hanya akan menambahkan penghasilan minyak pada wajah.

Sebenarnya, jika anda tidak memakai pelembap, muka anda aakn memberi isyarat bahawa anda tidak mencukupi pelembap seterusnya menyebabkan minyak keluar berlebihan. Jadi, adalah lebih baik supaya anda jika anda menggunakan pelembap yang dikhaskan untuk kulit yang berminyak.

7. DIY mini-facial dirumah

Anda boleh lakukan mini-facial dengan membuat mask muka sendiri dengan menggunakan bahan semulajadi.

Mask semulajadi bukan sahaja tidak memberikan sebarang kesan buruk daripada bahan kimia, malah ia bekerja dengan baik dalam memberikan hasil yang menakjubkan.

Antara bahan yang sesuai untuk dibuat mask untuk kulit muka berminyak ialah putih telur, madu, lemon, teh dan epal. Amalkan sebanyak 1 atau 2 kali seminggu untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan sekata.

8. Kekal terhidrat

Cara paling ampuh untuk kekal terhidrat ialah dengan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya. ia bukan sahaja memberi hidrat pada tubuh anda, wajah anda turut terhidrat.

Cara lain untuk menghidrat wajah ialah dengan melembapkan kulit muka anda selalu. Gunakan spray muka yang bersesuaian dengan kulit anda. Selain amalkan topeng muka untuk melembapkan muka.

9. Wap muka

Proses mengewap muka tidak semestinya perlu dilakukan dispa-spa kecantikan. Anda juga boleh melakukannya sendiri dirumah.

Antara kebaikan apabila anda mengewap muka ialah ia akan melembutkan sebum didalam liang pori. Sekaligus memudahkan anda untuk pencucian lebih jauh kedalam liang pori.

Kesimpulannya, memiliki kulit wajah yang berminyak secara semulajadi tidak semestinya akan menyebabkan hari anda menjadi buruk. Amalkan tips diatas hanya untuk memberikan anda lebih keselesaan dan keyakinan diri.

Baca juga :

Sumber info :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like