Cara memohon i-sinar melalui i-akaun..1# Penulis sarankan anda untuk memuat turun aplikasi i-akaun. Dengan aplikasi ini, memudahkan lagi untuk anda menyemak status permohonan dan transaksi duit anda. Malah, anda boleh sentiasa cek balance akaun KWSP.i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.
Cara memohon i-sinar melalui i-akaun..
APA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMOHON I-SINAR?
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
- Masih aktif
- Milik anda
- Bukan akaun bersama
Nota:
- Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
- KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1
1# Penulis sarankan anda untuk memuat turun aplikasi i-akaun. Dengan aplikasi ini, memudahkan lagi untuk anda menyemak status permohonan dan transaksi duit anda. Malah, anda boleh sentiasa cek balance akaun KWSP.
2# Log in ID dan passward anda. ID and Password anda akan dapat masa anda register i-akaun di cawangan KWSP.
3# Di halaman hadapan, anda akan lihat satu link gambar pada papan ‘announcement’. Klik pada gambar tersebut.
4# Paparan ini akan keluar. Anda hanya perlu isi IC dan nombor telefon untuk nombor pengesahan TAC
5# masukkan TAC nombor yang anda terima. Laman berikutnya akan keluar langkah seterusnya yang anda perlu lakukan
6# Langkah satu adalah untuk anda pilih jumlah keseluruhan amount yang anda layak terima. Disini admin memilih untuk meletakkan maximum amount yang penulis boleh keluarkan. Jumlah amount adalah mengikut kemahuan anda sendiri
7# Langkah kedua : Pilihan jadual pembayaran anda. Disini juga penulis meletakkan maximum amount yang penulis layak terima. Ini juga terpulang pada kemahuan pemohon.
8# Setelah anda klik pada butang seterusnya, Paparan maklumat pemohon akan automatik keluar. Disini hanya perlu anda cek maklumat yang diberikan.
9# Sebelum anda klik butang seterusnya, pastikan maklumat bank anda betul. Dalam situasi ini, maklumat bank penulis keluar secara automatik kerana penulis sedang mendapat pembayaran untuk i-lestari.
10# Paparan seterusnya adalah untuk anda semak semua maklumat permohonan anda.
11# Dihujung paparan tadi, hanya anda perlu pada kotak anak apanh merah didalam gambar di bawah. Dan klik butang hantar.
12# Seterusnya hanya anda perlu cek pengesahan bukan robot dan klik pada butang sahkan
13# Paparan terakhir menunjukkan permohonan anda sudah berjaya dihanta. Anda hanya perlu tunggu pada Januari, 4 2020 untuk menyemak status permohonan anda.
Rumusannya, sangat mudah untuk anda memohon i-sinar. Jika anda layan untuk sebagai permohonan kategori 1, anda akan mendapat transaksi pertama anda pada pertengahan bulan Januari.
Untuk kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Baca juga : Syarat Dan Cara Permohonan Pengeluaran i-Sinar Daripada Akaun 1 Sehingga RM60,000