Lahir tanpa gigi bongsu. Tahukah anda, daripada 100% manusia di atas muka bumi ini, hanya 35% sahaja yang lahir tanpa gigi bongsu. Bagi mereka yang pernah mengalami ketumbuhan gigi bongsu pada bahagian geraham pasti tahu kesakitan yang dialami. Sehingga boleh menghilangkan selera makan dan mendatangkan demam yang teruk.

sumber : google image | lahir tanpa gigi bongsu
Fakta tentang gigi bongsu anda
  • Tidak semua orang akan menyedari ketumbuhan gigi palsu ini. Sesetengah individu akan mengalami ketumbuhan gigi bongsu secara normal. Jika ia tumbuh secara normal tanpa halangan oleh gigi lain, anda tidak akan merasa sakit sama sekali. Namun, jika gigi tumbuh senget kerana tiada ruang mencukupi untuk gigi bongsu, ia akan menyebabkan rasa sakit yang memeritkan.
  • Gigi bongsu diberi nama sempena masa ketika yang ia keluar. Ia adalah gigi graham ketiga yang terakhir akan keluar. Gigi bongsu akan tumbuh pada umur diantara 17-25 tahun.
  • 9/10 individu mempunyai sekurang-kurangnya satu gigi bongsu yang terkesan. Apabila ruang untuk gigi ini tumbuh tidak mencukupi, ia disebut “gigi terkesan.” Sekiranya dibiarkan gigi disekitarnya akan rosak, dijangkiti dan menyebabkan sukar untuk dibersihkan.
  • Kajian telah dibuat oleh John Hawks, phD, mengenai individu yang tiada gigi bongsu. Dalam kajiannya, mereka yang tidak ada ketumbuhan gigi bongsu mempunyai muka dan rahang yang kecil. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa orang-orang dalam kumpulan yang berasaskan pertanian lebih cenderung tidak mempunyai gigi bongsu.
  • Rahang anda mungkin tidak cukup besar unutk memberi ruang kepada gigi bongsu. Hal ini menyebabkan gigi bongsu tersekat di balik gusi.
Kesan daripada gigi bongsu yang ‘terkesan’
sumber : google image : ilustrasi gigi bongsu yang ‘terkesan’
  1. Anda akan merasa sakit dan mengalami kekejangan rahang pada kawasan berhampiran gigi.
  2. Jangkitan dan pembengkakan kepada gusi atas gigi yang akan tumbuh
  3. Anda mungkin akan mengalami demam yang berturur.
  4. Kerosakan gigi atau penyakit gusi jika tidak ada cukup ruang untuk membersihkan kawasan tersebut dengan betul.
Adakah proses mencabut gigi bongsu menyakitkan?
sumber : google image

Pastinya tidak. Kerana, ketikak proses gigi dicabut, doktor anda akan membius ubat kebas pada gusi. Jika anda masih merasa sakit, hanya perlu anda beritahu pada doktor, dan doktor akan menambah dosubat kebas.

Sehari sebelum gigi anda dicabut, doktor akan mengesyorkan untuk anda tidak makan/minum pada malam sebelum pembedahan dijalankan.

Selepas pembedahan dilakukan, anda mungkinakan menerima jahitan. Doktor anda akan memberi nasihat tentang cara penjagaan mulut anda selepas gigi anda dicabut. Doktor turut mengesyorkan diet yang ringan untuk beberapa hari pembedahan dijalankan.

Rujukan : comfortdentalcenter & familydentalspringfield & gegar.my

Anda juga berminat membaca :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like