Kebaikan tidur menghadap kanan..| Bagi ajaran umat islam sendiri, Nabi Muhammad sudah mengajar kita cara terbaik untuk tidur. Tidur mengikut sunnah nabi adalah dengan berlapikkan bantal dan mengiring belah kanan. Terdapat kebaikan didalam ajaran Nabi yang satu ini. Tetapi tahukah anda kenapa tidur mengiring sebelah kanan adalah digalakkan? Ini kesan jika anda lakukannya.
Tidur merupakan salah satu keperluan asas manusia yang penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Dalam Islam, cara tidur juga memiliki panduan yang jelas, salah satunya adalah tidur menghadap ke kanan. Menurut sunnah Nabi Muhammad SAW, tidur menghadap ke kanan bukan sahaja membawa manfaat rohani, tetapi juga menawarkan banyak kebaikan dari sudut sains.
sumber : google image | Gambar sekadar hiasan
Kita semua tahu bahawa tempoh tidur sangat penting untuk kesejahteraan mental dan fizikal, tetapi ternyata kedudukan tidur mungkin merupakan faktor penting lain dalam usaha mendapatkan kesihatan yang optimum.
Setiap individu tidur dalam kedudukan yang berbeza. Kebiasaannya, mereka memilih kedudukan yang mereka rasa paling selesa untuk tidur. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak mengetahui perkara ini, tetapi jika anda tidur di sebelah kanan, anda boleh menikmati banyak faedah lain.
Tidur menghadap kanan adalah sunnah nabi muhammad saw
Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada umat Islam tentang cara-cara tidur yang baik. Antara sunnah tidur yang dianjurkan adalah dengan tidur menghadap ke arah kanan.
Tidur menghadap kanan bukan sahaja memberi manfaat dari sudut kesihatan, tetapi ia juga menunjukkan keakuran kita terhadap sunnah. Yang diajar Nabi Muhammad SAW.
Dengan mengikuti sunnah tidur ini, seseorang Muslim dapat memperoleh kebaikan dan keberkatan dalam kehidupan seharian mereka. Tidur menghadap kanan dipercayai dapat membantu memperbaiki sistem pencernaan, pernafasan, dan memberikan anda tidur yang lebih nyaman.
Kebaikan Tidur Menghadap Kanan dari Perspektif Sains
Tidur menghadap kanan juga mempunyai pelbagai manfaat lain dari sudut sains. Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa tidur dengan cara ini akan memberikan kesan yang lebih positif terhadap kesihatan badan anda.
Berikut adalah beberapa kebaikan tidur menghadap kanan:
1# dapat merehatkan kaki kiri
Ini memberi manfaat kepada individu yang kidal. Individu kidal sering menggunakan kaki kiri mereka untuk menampung berat badan dan dijadikan sebagai tongkat. Ia membuatkan kaki kiri lebih letih berbanding kaki kanan. Dengan mengamalkan tidur disebelah kanan, kaki kiri dapat direhatkan malah ia dapat menenagkan muscle pada kaki dan menghilangkan rasa lenguh.
2# Dapat melindungi paru-paru anda
Fakta sains menunjukkan paru-paru kiri lebih kecil berbanding paru-paru kanan. Jika anda tidur mengiring ke kanan, jantung anda akan condong ke sebelah kanan. Hal tidak akan memberi masalah kerana saiz paru-paru yang berbeza dan lebih besar disebelah kanan .
3# Mempercepatkan proses pencernaan sekaligus merehatkan usus anda
Kedudukan organ esophagus jika tidur sebelah kiri atau kanan
Jika anda seorang yang selalu sembelit dan sukar buang air besar, tidur mengiring sebelah kanan adalah salah satu solusinya.
Lihat pada gambar, jika anda mengiring sebelah kanan, proses pencernaan akan lebih mudah kerana pergerakan makanan yang sudah diproses dari easophagus lebih cepat ke arah organ pencernaan. Dengan memudahkan pergerakan ini, perut akan akan lebih cepat untuk berehat.
Tetapi jika anda mengiring sebelah kiri, ia akan melambatkan makanan yang sudah diproses bergerak ke bahagian organ pencernaan. Ini melambatkan organ easophagus anda untuk berehat.
4# Mengurangkan tekanan jantung
sumber : google image | kedudukan jantung disebelah kiri
Umum mengetahui bahawa kedudukan jantung kita adalah disebelah kiri. Jika anda tidur disebelah kiri, dada anda akan menghimpit jantung lebih kuat berbanding jika anda tidur disebelah kanan. Jantung yang terhimpit mengakibatkan tekanan untuk ia mengepam darah adalah lebih tinggi. Ini mengakibatkan jantung anda terpaksa berkerja keras semasa anda tidur.
Adalah lebih baik jika ketika anda berehat, jantung anda turut dapat berehat. Dengan tidur mengiring sebelah kanan, tekanan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan menjadi mudah. Ia sekaligus membantu anda untuk bernafas dengan baik dan membantu anda untuk mendapatkan tidur yang sangat berkualiti.
Kesimpulan
Tidur menghadap kanan bukan hanya sekadar sunnah, tetapi ia juga mempunyai banyak manfaat lai. yang telah terbukti melalui kajian sains.
Dari segi kesihatan, ia akan membantu meningkatkan proses pencernaan, meningkatkan peredaran darah, mengurangkan pedih ulu hati, dan memperbaiki kualiti tidur.
Sebagai umat Islam, mengamalkan sunnah cara tidur ini bukan sahaja memberi kesan positif kepada tubuh, tetapi ia juga membuatkan diri kita lebih dekat kepada Allah SWT kerana mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu, mengamalkan tidur menghadap kanan adalah satu langkah kecil yang membawa kepada banyak kebaikan, sama ada dari sudut kesihatan mahupun rohani. Marilah sama-sama kita berusaha untuk mengamalkan sunnah Nabi ini dalam kehidupan kita, agar dapat kita nikmati manfaatnya dunia dan akhirat.
Rujukan : akuislam.com, themindsjournel.com, mingguanwanita
Anda juga berminat :