Mengungkap Keajaiban Alam Haiwan..| Alam haiwan yan kita lihat hari ini banyak dengan perkara yang menakjubkan dan misteri. Setiap spesies, daripada yang paling kecil sehingga yang paling besar, memiliki sifat unik yang membentuk keseimbangan ekosistem bumi. Dalam artikel ini, kami akan pertontonkan 100 fakta menarik tentang alam haiwan yang pasti akan memikat hati dan membuka mata anda tentang dunia makhluk hidup yang luar biasa ini

1.) Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

Walaupun badan semut bersaiz kecil, namum kekuatan nya tiada tandingan

2.) Kelawar selalunya membelok ke kiri apabila keluar dari gua.

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berevolusi dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Sumber – wikipedia

Tahukah anda? Memang sifat semulajadi haiwan ini akan membelok kiri dahulu apabila keluar dari gua. Akan tetapi jika manusia yang membelok kiri tanpa signal itu dipanggil apa?

3) Hanya 0.016 mg toksin yang dikeluarkan oleh “Poison Frog” (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia.

Kalau anda nak tahu 180-paun berat itu adalah bersamaan 81KG berat manusia. Jadi sesiapa yang mempunyai berat yg sama atau bawah dari berat tersebut silalah berhati-hati dengan haiwan beracun ini.

Poison Frog mempunyai warna yang sangat menarik seperti merah dan biru

4.) Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

100 Fakta Menarik Tentang Alam Haiwan

seekor lebah dan keajaiban alam haiwan yang sangat menakjubkan

Anda rasa berapa lama masa yang lebah perlukan untuk mengumpul dan cari 4000 kuntum bunga tu?

5.) Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.

Jika diperhatikan dengan betul, anda boleh melihat sendiri bentuk anak mata seekor kambing terlihat seperti sehi empat tepat. Lain daripada yang lain bukan?

100 Fakta Menarik Tentang Alam Haiwan

Kambing mempunyai anak mata berbentuk segi empat kerana mengikut pengkaji alam haiwan, bentuk mata haiwan ini mempunyai kaitan dengan rantai makanan

6.) Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.
100 Fakta Menarik Tentang Alam Haiwan

Burung unta mempunyai senyuman yang menarik jugak yah!

Tahukah anda burung unta juga satu-satunya burung yang tidak mampu terbang kerana saiznya yang terlalu besar?

7.) Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan kebiasannya adalah dua belas.

Walaupon agama islam mengharamkan haiwan ini, namun haiwan yg satu juga mempunyai keunikan yang tersendiri.

100 Fakta Menarik Tentang Alam Haiwan

Tahukah anda babi merupakan haiwan yang tidak mempunyai leher?

8.) Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.
Fakta Menarik Tentang Alam Haiwan

Bangunan kaca yang kelihatan seperti kaca tidak dapat dibezakan oleh seekor burung.

Seekor burung yang terbang diawangan sebenarnya tidak mampu membezakan semuah cermin dan realiti yang mereka lihat.

9.) Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.
Fakta Menarik Tentang Alam Haiwan

Tahukah anda Keajaiban alam haiwan yang satu ini?

Tanpa memanjangkan tengkuk mereka, ayam jantan tidak akan mampu berkokok. Jadi, mungkin jika seekor ayam jantan yang tidak berkokok, kemungkinan haiwan ini sedang sakit pada bahagian tengkuknya!

10.) Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.
Fakta Menarik Tentang Alam Haiwan

Zirafah mempunyai lidah sepanjang 21 inci ya. Sangat menakjubkan!

Leher zirafah boleh mencapai ketinggian sehingg 18 kaki. Mereka mampu mencakap ketinggian pokok untuk mencari sumber makanan.


Bagaimana dengan 10 fakta menarik tentang keajaiban alam haiwan ini? Pasti sudah memukau dan menarik bukan? Nantikan 90 fakta lain yang pasti akan membuat anda terpana dengan lebih dasyat.

Setiap makhluk hidup memainkan peranan yang sangat penting dalam ekosistem kita dan layak dihargai serta dilindungi.

Baca juga : Memori : Sejarah permulaan kedatangan Covid-19 ke Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like