Review unifi mobile BEBAS prepaid..| Anda sudah cuba pakai belum unifi mobile BEBAS prepaid ni? Kalau belum jom tengok review admin selepas memakai simkad unifi ini lebih daripada seminggu.
Untuk pengetahuan korang, kawasan rumah admin adalah di Bandar Rawang, Selangor. Coverage 4G dikawasan rumah admin memang tiptop.
Kalau anda nak tahu cara cek coverage 4G rumah anda Ok ke tidak, anda boleh baca cara-cara nak cek coverage dekat link atas.
Baca juga : Promosi dan plan Unifi mobile terbaru 2022 : postpaid dan prepaid
Bestnya tidak perlu dah nak kena topup setiap bulan
Admin merupakan orang yang berkerja dirumah. Rumah sendiri pula memang dah ada Wifi Unifi. Jadi, penggunaan data telefon tu tidak banyak. Kecuali bila mahu keluar sahaja.
Kalau telco sebelum ini, Min perlu topup sebulan sekali untuk memastikan nombor sentiasa aktif rasa sangat menyusakan.
Baca juga : Cara beli simkad unifi mobile prepaid tetapi kekalkan nombor lama
Tapi selepas tukar nombor sedia ada ke Telco Unifi, Min tidak risau lagi perlu topup setiap bulan. Sebab Unifi prepaid ni, setiap kali ada on data itu udah dikira aktiflah.
Sampai bila nombor unifi prepaid ini akan mati? Contoh macam, anda langsung tidak topup nombor, dan langsung tidak on data. Apatah lagi balance data anda semua kosong, maka selepas 3 bulan iaitu hari ke 91 tu, nombor anda akan mati.
Test kelajuan data dan coverage dirumah admin
Kalau nak tahu cara cek coverage 3G atau 4G dirumah anda, anda boleh tengok cara dia di link sebelah ni : Cara nak tahu jika port unifi ada di kawasan rumah dan berapa rumah dah pasang.
Mungkin ini mengikut kawasan, tapi kawasan rumah admin di bandar Rawang, 4G coverage memang tiptop. Line laju je kalau tengok facebook ke toutube ke, nak streaming ke..Memang best..
Kelajuan internet Unifi prepaid ni memang maksimum dia ialah 8Mbps. Jadi, Kelajuan internet Unifi mobile BEBAS prepaid ni mencapai tahap maksimum yang admin gunakan.
Tetapi…
kadang-kadang, pada waktu malam, admin perasaan kelajuan internet macam ada sedikit gangguan walaupun internet adalah unlimited.
Mungkin pada waktu malam adalah waktu puncak dikawasan rumah admin dimana ramai pengguna dalam satu-satu masa.
Jadi , apa yang admin buat ialah, refresh data dengan off dan on semula. Selepas itu, line akan ok balik.
Harga standard je Unifi Bebas baru ni
Masa Min beli tu, harga sedang promosi iaitu satu simkad RM 10 sahaja. Dan tidak perlu susah-susah kekedai, delivery sampai dalam masa 3 hari berkerja sahaja.
Anda boleh beli sehingg 5 nombor atas satu IC. Masa tu admiin beli sehingga 3 nombor termasuk untuk adik dan ibu admin.
Kos penghantaran pula RM 10 sahajaaa.. Tapii..kalau anda rasa membazir kos RM 10 tu, masa nak beli tu, anda boleh pilih untuk pick-up di TM point berdekatan.
Jadi, korang cuba la grab satu nombor baru ni cuba pakai. Kalau nak beli tengok cara dia disini : Cara beli Unifi BEBAS prepaid secara online sahaja
Akhir kata..
Kesimpulannya, admin setakat ini admin memang berpuas hati dengan Unifi BEBAS prepaid ni. Pasti lepas ni boleh jimat kaw-kaw lagi.
Anda bila lagi nak cuba? Kalau anda risau nombor lama sangat penting, anda boleh cuba dengan mengambil nombor baru kan?
Assalamualaikum..
Baca juga : Info review susu Glucerna menurunkan paras gula dan berat badan
sumber info : unifi.com.my, Review unifi mobile BEBAS prepaid.
[…] Baca juga : Review unifi mobile BEBAS prepaid : selepas seminggu pakai […]