Info Terkini

STR 2025: Cara Semak Kelayakan, jumlah mengikut kategori, tarikh bayaran & kemaskini maklumat anda

Bayaran STR 2025 | Apakah itu STR?

Sumbangan Tunai Rahmah(STR) 2025 merupakan satu bentuk inisiatif daripada kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah di Malaysia.

Bagi memastikan anda layak menerima bantuan ini, adalah penting untuk anda mengemaskini maklumat permohonan anda sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, sebanyak RM300 juta pula diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif Payung Rahmah manakala RM700 juta bagi program mengawal harga barang menerusi usaha sama dengan pelbagai pihak.

Astro Awani, Februari 5, 2025.

Cara Semak Kelayakan STR 2025

Untuk mengetahui jika anda layak menerima STR 2025 atau tidak, jom ikuti langkah-langkah berikut:

Bayaran str 2025

Contoh status permohonan yang akan dipaparkan didalam laman web STR

  1. Layari Portal Rasmi STR: atau klik terus pada laman web rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Log Masuk Akaun: Masukkan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
    • Jika anda masih belum mempunyai akaun, pastikan anda mendaftar akaun terlebih dahulu. Kemudian boleh untuk log in semula.
  3. Semak Status: Seterusnya klik pada menu Semakan Status. Rujuk gambar 1A.
  4. Maklumat mengenai kelayakan dan status permohonan anda akan dipaparkan.
Bayaran str 2025

Gambar 1A

Pastikan anda membuat semakan status kelayakan anda secara berkala untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan anda.

Jumlah bantuan mengikut kategori

Anda berada dikategori yang mana? Terdapat 3 kategori yang diutamakan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah.

Bayaran str 2025

Jumlah bantuan STR 2025 akan berbeza mengikut kategori penerima dan pendapatan isi rumah. Berikut adalah pecahan jumlah bantuan:

Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke Bawah (B40):
Bilangan AnakJumlah Bayaran
TiadaRM1,000
1-2RM1,500
3-4RM2,000
5 dan keatasRM2,500

Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40):
Bilangan AnakJumlah Bayaran
TiadaRM500
1-2RM750
3-4RM1,000
5 dan keatasRM1,250

Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan RM5,000 dan ke Bawah:

Jumlah Bayaran : RM600

Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke Bawah:

Jumlah Bayaran: RM600

Tarikh Pembayaran STR 2025

Pembayaran STR 2025 akan dilakukan secara berperingkat dalam empat fasa iaitu:

Fasa 1: 22Januari 2025

Fasa 2: April 2025 (tarikh belum dimaklumkan)

Fasa 3: Ogos 2025 (tarikh belum dimaklumkan)

Fasa 4: November 2025 (tarikh belum dimaklumkan)

Tarikh yang tepat bagi setiap fasa akan diumumkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Pastikan anda terus mendapat maklumat terkini dengan melayari STR 2025.

Cara kemas Kini Maklumat Anda

Untuk memastikan anda sentiasa layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025, adalah penting untuk anda mengemas kini maklumat permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Berikut adalah panduan untuk melaksanakan kemas kini tersebut:

Tarikh Penting:

Mohon untuk anda ambil maklum bahawa tarikh akhir untuk mengemaskini maklumat anda untuk kelayan STR 2025 adalah: 30 November 2024, jam 5.00 petang.

Siapa yang Perlu Mengemas Kini:
  • Pemohon yang tidak pernah mengemas kini maklumat mereka dalam tempoh tiga tahun berturut-turut sepanjang perlaksanaan BPR 2021, BKM 2022, STR 2023, dan STR 2024.
  • Pemohon yang mempunyai perubahan maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon, status perkahwinan, atau maklumat tanggungan.

Cara kemaskini maklumat untuk str 2025
Bayaran str 2025

  1. Secara Atas Talian:
    • Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
    • Klik pada butang Log Masuk dan masukkan ID Pengguna serta kata laluan anda.
    • Pilih menu Kemaskini Permohonan dan lakukan perubahan yang diperlukan (rujuk gambar diatas).
    • Sahkan maklumat yang dikemas kini dan klik Hantar.
  2. Secara Manual:
    • Muat turun Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR (BK-02) dari portal rasmi STR.
    • Isi borang tersebut dengan lengkap dan tepat.
    • Hantar borang yang telah diisi ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan.

Diantara maklumat yang perlu anda lemaskini jika terdapat sebarang perubahan ialah:

  • Nombor telefon rumah dan bimbit.
  • Alamat surat-menyurat.
  • Alamat e-mel.
  • Maklumat akaun bank pemohon atau pasangan.
  • Maklumat waris.

Nota Penting:

Bayaran STR 2025

Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat untuk mengelakkan sebarang masalah dalam proses pembayaran STR.

Jika anda menghadapi kesukaran atau memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi talian hotline STR di 1-800-88-2747 atau e-mel ke str@mof.gov.my.

Untuk panduan visual mengenai cara mengemas kini STR 2025 secara dalam talian, anda boleh merujuk video berikut:

Dengan mengikuti langkah-langkah diatas, anda boleh memastikan maklumat anda sentiasa updated dan anda layak menerima bantuan STR 2025.

Jika anda mempunye sebarang pertanyaan lain atau pendapat lain, anda boleh meninggalkan pada bahagian komen dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like