Tahun Terpanas dalam Sejarah Iklim Bumi?..| Pemanasan global, dengan suhu bumi yang terus meningkat, telah menjadi isu utama dalam beberapa dekade terakhir ini. Setiap tahun sebenarnya, kita akan menyaksikan rekod suhu baru yang sentiasa menaik. Perkara ini menuju pada fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim yang semakin ketara. Terdapat beberapa tahun yang mencatat sebagai tahun yang paling panas dalam sejarah Bumi. Jadi, dalam artikel ini, kita akan membahas tentang tahun-tahun dengan iklim paling panas, penyebab pemanasan global, kesan, dan usaha yang dapat dilakukan untuk mengurangkan kesannya.

Tahun 2020 terpanas dalam sejarah

Tahun Terpanas dalam Sejarah Iklim Bumi? #gambar sekadar hiasan

3 tahun yang mencatat rekod suhu yang tertinggi

Sejak pertama kali dicatatkan suhu global, terdapat beberapa tahun yang terakhir telah mencatatkan rekod baharu yang melibatkan suhu paling tinggi antara tahun-tahun yang kemudian. Menurut data yang dihimpun oleh Organisasi Meteorologi Dunia (WMO) dan lembaga riset iklim lain, berikut adalah 3 tahun hanv tercatat dengan suhu tertinggi.

• Tahun 2016: Tahun ini tercatat sebagai tahun dengan suhu global tertinggi yang pernah dicatatkan, menurut laporan daripada NASA dan NOAA (National Oceanic and Atmospheric Administration). Suhu purata pada tahun 2016 adalah lebih tinggi sekitar 1.1°C dibandingkan dengan suhu purata pada era pra-industri.

• Tahun 2020: Menyusul daripada tahun 2016, tahun 2020 juga menjadi salah satu tahun yang terpanas pernah dicatatkan. Dengan purata suhu global hampir setara dengan tahun 2016. Meskipun banyak negara menghadapi lockdown akibat daripada pandemik COVID-19, pengeluaran gas rumah kaca tetap tinggi dan berterusan menyebabkan pemanasan bumi tidal dapt dikurangkan.

• Tahun 2023: Tahun 2023 pula telah direkodkan akan menjadi salah satu tahun terpanas mengikut purata data yang telah diambil. Dimana rekod baru ini sebelahnye telah menjangkau rekod daripada tahun 2016 dan 2018. Tren suhu yang terus meningkat ini menunjukkan dampak serius dari perubahan iklim yang terjadi lebih cepat dari perkiraan sebelumnya.

Kesan pemanasan global : Kebakaran, banjir, taufan, dan badai

Pemanasan global ubah peta Artik - PressReader Tahun 2020 terpanas dalam sejarah

sumber gambar : keratan akhbar

Kebakaran, banjir, taufan dan badai semakin menjadi hal yang biasa terjadi. Malah manusia berperang melawan kejadian alam ini dengan membunuh diri. Alam selalu menyerang balik dan hal itu sudah terjadi,” ungkap Guterres.

Perjanjian Paris 2015 tentang perubahan iklim menyerukan untuk membatasi pemanasan global di bawah dua darjah Celcius di atas tingkat pra-industri (1850-1900). Sementara negara-negara lain akan berusaha untuk mengurangkan kenaikan suhu ini sehingga mencapai 1.5 darjah celcius.

Sayangnya, menurut Sekretaris Jenderal WMO Petteri Taalas, 2020 merupakan tahun yang luar biasa bagi iklim Bumi. Gas rumah kaca di atmosfera, yang menjadi pendorong utama perubahan iklim, mencapai rekod tertinggi tahun-tahun sebelumnya dan terus meningkat pada tahun 2020.

Pandemik covid-19 telah memberi kesan kepada pengurangan penghasilan karbon dioksida

Ketika negara menghadapi sejarah pandemik covid-19, Malaysia telah merekodkan penurunan pengeluaran karbon dioksida di antara 4.2% hingga 7.5%.

Namun begitu, sebenarnya jika diteliti, kandunagn karbon dioksida ini sebenarnya sudah berabad-abad berada di atmosfera bumi.

Jadi, walaupon pandemik sudah mengurangkan penghasilan material perosak ini, suhu bumi masih tidak dapat distabilkan dengan lebih baik.

Baca juga :


Gelombang haba: bagaimana untuk menghadapi cuaca panas

Kebanyakan kita mengalu-alukan cuaca panas, namun apabila terlalu cuaca menjadi terlalu panas, terdapat pula risiko kesihatan dan lainnya.

Semasa gelombang panas berlaku, lebih ramai orang daripada biasa akan mengalami sakit teruk atau bahkan kematian yang mengejut.

Jika tempat anda sedang mengalami cuaca panas melampau pada musim panas ini, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga anda.

Mengapa gelombang haba boleh menjadi satu masalah?
Risiko utama yang ditimbulkan oleh gelombang haba ialah:

1. Dehaidrasi

Cuaca yang terlalu panasboleh memburukkan gejala bagi orang yang sudah mempunyai masalah dengan jantung atau pernafasan mereka.

2. Keletihan dan strok habaSiapa yang paling berisiko?

Siapa yang lebih berisiko untuk mengalami strok haba?

Strok haba boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tetapi risiko untuk terjadi mungkin akan berbeza mengikut faktor berikut :

  1. Usia yang lebih tua – terutamanya mereka yang telah berumur 75 tahun ke atas, terutamanya wanita
  2. Mereka yang tinggal bersendirian atau di rumah jagaan
  3. Orang yang mempunyai penyakit serius atau sakit jangka panjang termasuklah penyakit jantung atau paru-paru, diabetes, penyakit buah pinggang, penyakit Parkinson atau beberapa keadaan kesihatan mental
  4. Orang yang mengambil pelbagai jenis ubat yang boleh menyebabkan mereka lebih berkemungkinan terjejas teruk akibat cuaca panas
  5. Mereka yang mungkin sukar untuk bertenang – seperti bayi dan kanak-kanak yang sangat masih muda, mereka yang ketagihan dadah atau alkohol atau yang menghidap penyakit Alzheimer
  6. Orang yang menghabiskan banyak masa di luar atau di tempat panas – contohnya seperti mereka yang tinggal di flat tingkat atas, gelandangan atau mereka yang pekerjaannya luar daripada pejabat

Sumber : Kompas.com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like