7 tempat terbaik DIVING di Malaysia..|Malaysia merupakan negara yang mempunyai perlbagai diversiti yang menakjubkan bahkah dimata dunia. Ini termasuklah pantai-pantai yang indah, hutan hujan yang sentiara subur, resort-resort mewah untuk dinikmati. Jadi, tidak hairan jika Malaysia juga mempunyai tempat menyelam yang sangat menakjubkan.
Tahukah anda terdapat beberapa tempat menyelam Malaysia pernah dinobatkan sebagai lima tempat menyelam terbaik didunia? Ya! itu betul. Anda tidak perlu lagi untuk pergi jauh-jauh keluar negara untuk mencari tempat menarik seperti ini. Dengan hanya beberapa langkah anda sudah boleh sampai ke destinasi ini.
7 tempat terbaik DIVING di Malaysia..|Perlu diengatkan, pastikan anda mempunyai lesen menyelam terlebih dahulu, sebelum anda pergi ketempat menyelam. Sekiranya anda belum mendapatkannya, anda perlu mendapatkan sijil daripada Persatuan Profesional Pengajar Menyelam (PADI) di sekolah bertauliah.
Selepas anda berjaya mendapatkan sijil ini, tibalah masanya untuk anda melihat tempat menyelam yang terbaik ini hanya di Malaysia.
Pulau Perhentian, Terengganu
Pulau Perhentian terkenal dengan tempat menyelamnya yang hebat dan indah. Disini lebih daripada 30 kawasan menyelam untuk anda jelajahi dan setiapnya unik dengan tarikan masing-masing.
Penyelam pemula akan merasa seronok di Pulau Perhentian, dengan keadaan menyelam di perairan yang tenang dan terdapat banyak kehidupan laut yang unik. Ia juga merupakan lokasi yang baik untuk mendapatkan sijil PADI anda.
Snorkeling. Aktiviti untuk mereka yang tidak minat diving
Jika anda takut untuk menyelam pada dasar laut, tetapi masih mahu menikmati keindahan alam laut, anda boleh mencuba untuk snorkeling. Terdapat beberapa port yang menjadi tempat untuk anda snorkeling, iaitu, turtle point, shark point dan coral point. Disini anda boleh menikmati pelbagai panorama keindahan alam dan hidupan laut. Ini pasti pengalaman yang tidak akan anda lupakan.
Pulau Sipadan, Sabah
Sipadan adalah pulau dengan hidupan marin yang banyak dan dianggap sebagai tempat menyelam bertaraf dunia. Terdapat lebih 3000 spesies ikan yang ada di perairannya, dan kawasannya yang menjadi pusat tumpuan penyu mengawan, tidak mengejutkan kalau anda boleh nampak sehingga 20 ekor penyu semasa menyelam kat sini.
Tempat menyelam disini lebih sesuai untuk penyelam yang sudah berpengalaman. Hal ini kerana, anda memerlukan permit untuk ke Pulau Sipadan. Permit ini hanya dilimitkan untuk 120 orang sahaja sehari. Untuk lebih mudah, anda hanya perlu book dengan guide tour anda untuk mereka uruskan kemasukan permit anda.Peraturan seperti ini hanyalah utuk memastikan ekosistem laut tetap terjaga.
Pulau Mabul dan Pulau Kapalai turut menjadi tempat penarikan pelancong kerana ia hanya berdekatan dengan pulau Sipadan.
Pulau Redang, Terengganu
Pulau Redang selalu menjadi salah satu pantai yang paling popular untuk dikunjungi di pantai timur Semenanjung Malaysia, berkat pantainya yang bersih dan pasirnya yang putih. Pulau Redang mempunyai 30 kawansan menyelam untuk penyelam dari pemula sehingga berpengalaman.
Tapak menyelam yang popular
Terdapat tiga tapak menyelam di utara Pulau Redang. Kawasan tersebut ialah Tunnel Point, Tanjung Tokong dan Tanjung Gua Kawah. Mempunyai kedalaman air yang berbeza-beza , Dimata Tunnel Point dan Tanjung Tokong mempunyai kedalaman 30 meter, manakala Tanjung Gua Kawah 15 meter. Di Gua Kawah, hanya penyelam yang berpengalamna sahaja dibenarkan. Ini kerana kawasan air disitu mempunyai angin dan ombak yang agak kuat.
Baca govisitrendang, untuk anda mengetahui tempat-tempat menyelam dan snorkeling yang terbaik untuk anda.
Pulau Tioman, Pahang
Menjadi salah satu pulau yang paling hampir dengan dengan Kuala Lumur, Pulau Tioman mempunyai beberapa tempat menyelam yang akan menarik minat anda. Pulau Renggis, Pulau Chebeh, dan Labas. Di Pulau Renggis, anda akan dapat melihat pelbagai jenis ikan karang di antara terumbu karang, termasuklah ikan angelfish dan barracuda. Sekiranya anda ingin melihat ‘tick mantas’, anda harus pergi ke Pulau Chebeh.
Anda boleh baca disini, matdrat.blogspot untuk melihat pengalaman beliau secara terperinci ketika melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Tioman.
Lang Tengah, Terengganu
Pulau ini terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Pulau yang lebih kecil ini agak perlahan popularitinya kepada penyelam tetapi suatu hari pasti ia menjadi sangat popular. Pulau Lang Tengah lebih dekat ke pantai namun memiliki berbagai pemandangan bawah laut yang terbaik, termasuklah ikan Moor, butterflyfish, dan wrasses.
Pada musim tengkujuh antara bulan Oktober dan Mac, kawasan ini akan ditutup daripada orang ramai. Hal ini untuk menjaga keselamatan pelawat.
Di deepblu.com anda boleh melihat pelbagai tempat menarik menjadi tumpuan para penyelam, Antaranya ialah Tanjung Telunjuk, House Reef dan Karang Bahar.
Pulau Lankayan, Sabah
Sekiranya anda berada di Sandakan, anda hanya perlu menaiki bot laju ke Pulau Lankayan – jaraknya hanya 90 minit. Pulau ini mempunyai laman menyelam yang kecil, tetapi pasti akan menambat hati anda setelah anda berada di bawah air. Khususnya di antara bulan Mac dan Mei, anda berpeluang melihat jerung paus. Pada masa lain, anda juga berpeluang melihat jerung buluh, mimic sotong, dan ketam porselin
Anda boleh mendapat pakej snorkeling termasuk resort di Pulau Lankayan.
Pulau Layang-Layang, Sabah
Pulau Layang-Layang adalah tempat menyelam bertaraf dunia dengan 13 jenis terumbu karang. Dinding setinggi 2,000 meter mengelilingi satu titik kolam tengah menjadi penarikan utama untuk para peleancong datang kesini. Di titik timur kawasan terumbu karang dinamakan ‘Dogtooth Lair’, di mana anda berpeluang menjumpai spesis tuna terbesar, dan pelbagai lagi hidupan laut yang akan memukau hati anda. Jika anda ingin melihat jerung kepala tukul besi, waktu yang sesuai untuk anda melawat adalah antara bulan Mac dan Julai
Rujukan : lifestyleasia, pulau Sipadan, govisitrendang, matdrat.blogspot, deepblu.com.
Anda juga meminati :