Pembayaran interim i sinar kategori 2 bermula 26 janurai 2021..|
Pengumuman daripada laman rasmi KWSP
KWSP mengumumkan bahawa ahli yang memohon kemudahan i-Sinar di bawah Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dimohon, mulai 26 Januari 2021.
Pembayaran interim tersebut adalah bertujuan membantu mengurangkan beban ahli yang terkesan akibat peningkatan jumlah kes COVID-19 serta bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri. Ianya juga adalah untuk membantu ahli memenuhi keperluan asas, sementara permohonan mereka menjalani proses kelulusan oleh KWSP.
Untuk mempercepat dan memumudahkan pembayaran wang interim tersebut, ahli hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar Online (isinar.kwsp.gov.my).
Setelah permohonan ahli diluluskan, KWSP akan meneruskan pembayaran amaun seperti yang dimohon, setelah ditolak amaun pembayaran interim tersebut. Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak disokong oleh dokumen yang telah dimuat naik, KWSP berhak menghentikan pembayaran seterusnya.
Sumber : KWSP
Syarat Kelayakan permohonan i-Sinar kategori 2
Syarat kelayakan bagi pencarum yang ingin memohon adalah seperti berikut:
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
- Mempunyai baki minima sekurang-kurangnya sebanyak RM100 daripada jumlah keseluruhan yang dipohon.
Cara memohon i-Sinar kategori 2
- Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/.
- Isikan no. kad pengenalan/no. PR dan telefon bimbit anda.
- Klik butang ‘Teruskan.’
- Isikan no. OTP yang diterima melalui SMS ke telefon bimbit anda dan klik butang ‘Sahkan.’
- Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan (jika ada).
- Tetapkan akaun pilihan anda.
- Tetapkan bayaran bulan pertama dan klik ‘Teruskan.’
- Lengkapkan maklumat permohonan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan butang ‘Teruskan.’
- Muat naik dokumen sokongan.
- Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran sebelum menanda tanda ‘betul’ pada kotak yang disediakan dan klik ‘Hantar.’
- Paparan akan menunjukkan permohonan anda diterima dan diproses.
lihat juga : Cara memohon i-sinar melalui i-akaun
Sumber asal : semakanonline.com
Sya kehilangan perkerja smasa 14.11.2020. Di sbp kan biznis company menurun.
Sepatutnya kehilangan perkerja ketagori 1.
Sya pula termasuk ketagori 2.
Semasa mulai start kerja dgn company 15.11.2019.
Tamat 14.11.2020
d sbap kan covid19
Masa bulan 11 masih masuk kwsp full unutk bulan 10. Syarat kategori satu adalah 2 bulan berturut tidak berkerja dan penurunan gaji 30%.