Apps yang mana untuk unifi mobile..| Jumlah keseluruhan apps daripada Unifi ialah 3. Jadi, anda pasti keliru apps yang mana satu yang digunakan untuk Unifi mobile BEBAS prepaid anda kan?

Didalam artikel kali ini, admin akan jelaskan mana satu apps yang digunakan untuk unifi prepaid dan cara penggunaan apps ini.

Sebelum itu, lihat dulu 3 jenis apps daripada Unifi :

  • PlayTV@Unifi
  • Myunifi
  • mobile@unifi

Baca juga : Kebaikan dan kelemahan unifi mobile plan yang perlu anda tahu of

Apps untuk Unifi mobile BEBAS prepaid anda

Apps yang perlu anda download selepas mengaktifkan simkad anda ialah mobile@unifi.

Didalam apps ini anda boleh lihat baki akaun, baki internet dan baki jam masa untuk panggilan dan SMS.

Download apps di playstore atau apple store

Untuk mendownload applikasi ini, anda boleh terus masuk ke link dibawah.

*Applikasi ini tidak memerlukan anda untuk bayar ketika didownload.

Baca juga :

  • Cara beli Unifi BEBAS prepaid secara online sahaja
  • Cara aktifkan simkad Unifi mobile BEBAS prepaid di telefon anda
  • Cara cek coverage 3G atau 4G ada ke tidak dikawasan rumah anda
Cipta akaun anda

Jika anda pertama kali menggunakan applikasi ini, tekan pada bahagian “first time login” untuk mengisi maklumat yang diminta.

Masukkan nombor telefon anda dan password.

Cek baki kredit, baki internet, baki panggilan dan SMS dan baki roaming

Applikasi ini sangat mudah digunakan untuk anda lihat dan gunakan.

Lihat sahaja designnya seperti dibawah simple dan tidak sarat.

apps unifi mobile
1. Reload akaun untuk topup

Untuk mengeluarkan bahagian dashboard, tekan pada gambar bulat kecil bahagian kiri.

Untuk topup akaun anda, tekan pada butang reload seperti dalam gambar. *Baca halaman berikutnya untuk melihat 3 cara anda boleh guna untuk topup unifi mobile anda.

apps unifi mobile
2. Add-on

Add-on bermaksud anda boleh beli internet, masa panggilan dan SMS. Tetapi sebelum anda add-on baki internet pastikan akaun anda mempunyai baki wang yang mencukupi.

3. History

Pada bahagian history, anda bleh lihat bila anda sudah topup atau bila anda tambah baki internet.

History ini sangat penting untuk anda jadualkan berapa lama anda perlu topup.

4. Profile

Anda dah lama tak topup dan risau jika nombor anda sudah mti?

Jangan risau, pada bahagian profile, anda boleh lihat statusanda sama ada aktif atau tidak.

Anda juga boleh menukar gambar avatar yang comel-comel.

5. Online Form

Jika anda mempunyai sebarang masaalah dengan simkad atau akaun anda, tuliskan atau emailkan kepada khidmat pelanggan Unifi.

Caranya mudah sahaja, isi borang yang disediakan pada bahagin online form.

6. Live Chat

Admin baru perasan, didalam apps ini anda boleh terus live chat untuk berkomukasi dengan khidmat pelanggan.

Baca juga : Review info set penjagaan muka Nurfella Beauty dan cara guna

Service live chat nih bukan 24 jam ye, masa yang diperuntukkan ialah dari 8 AM – 10 PM setiap hari.

Jika lepas pada jam yang ditetapkan, live chat anda tidak akan dilayan ye.

7. Setting

oops,, dalam gambar admin tersalah edit nombor 8.

Apa yang ada didalam setting?

  • Tukar password akaun anda
  • Mendapatkan PUSH setting APN unifi untuk telefon anda
  • Mendapatkan PUK number simkad jika ia tidak dapat di on

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like