Kebaikan dan kelemahan unifi mobile plan..| Mungkin disini masih ramai yang belum tahu jika unifi sekarang sudah mempunyai plan untuk telefon mudah alih anda.
Sebelum anda menggunakan produk ini, jom ambil tahu, apa kelebihan dan kelemahan penggunaan Unifi mobile plan.
Tahu tentang kelemahan Unifi mobile plan dahulu
Sebelum bercerita tentang kelebihan Unifi mobile plan ini, jom lihat dulu sedikit kelemahan daripada unifi mudah alih ini.
Yelahkan, mana ada sesuatu barang itu sempurna terus. Pasti ada je kelemahan memasing. Mungkin kelemahan ini relevan atau tidak je untuk anda.
“Device yang tidak support 4g LTE tidak dapat menggunakan hotspot”
Ini je satu kelemahan dia. Sebagai pengguna, tidak kira mana-mana network, anda pasti mahukan network yang boleh beri coverage yang penuh dan laju.
Daripada sumber community.unifi.com.my, unifi mobile plan telefon yang tidak support 4G atau LTE tidak dapat menggunakan free 10GB hotspot. Perkara ini pasti sangat merugikan bukan?
Tanpa hotspot macam mana nak guna 3 telefon dalam satu masa kan?
Jadi, pastikan rumah anda mempunyai line 4G jika mahu menggunakan plan Unifi untuk telefon mudah alih.
“Quota untuk 3G terlalu sedikit”
Persoalannya, bagaimana jika anda seorang yang perlu bergerak selalu?
Jika kawasan rumah anda terlalu pendalaman, anda hanya boleh menggunakan 100Mb kuota tanpa dapat menikmati kelebihan dengan kuota untuk 4G.
“Lagi ramai pakai, lagi kuranglah kelajuan dia”
Bukan sahaja ia lihat pengguna dalam satu-satu kawasan tu, biasanya jika plan ini digunakan pada peak hour, pada pukul 8 PM – 10 PM, kelajuan akan semakin berkurang.
Tahu tentang Kelebihan Unifi mobile plan pula
Tidak dinafikan, plan unifi telefon mudah alih ni sebenarnya semakin menjadi pilihan dihati pengguna. Jom lihat kelebihan plan ini sehingga membuatkan ramai pengguna bertukar kepada Unifi.
“Telco Unifi sangat ‘memanjakan’ line 4G”
Dengan kehadiran line 4G dikawasan rumah anda, kelajuan untuk plan mobile Unifi boleh mencapai sehingga 8 Mbps secara konsisten.
Jadi, memang syok kalau anda nak streaming movie, youtube dan video Facebook. Kalau nak download mungkin akan slow skit. Tetapi kenapa perlu download jika anda hanya perlu streaming?
“Unifi ni duduk bawah TM, jadi coverage dia lebih besar berbanding telco lain”
Jika rumah anda berada dalam ceruk hutan sekalipun, walaupun tidak mempunyai line 4G, anda masih mempunyai line lain sebab TM ni coverage dia lebih besar dan pencawang-pencawang tu pun dia yang punya.
“Unlimited internet mengalahkan telco yang lain”
Kalau dulu, anda akan diberikan sebulan internet percuma tanpa limit, kini unifi menggantikan hanya 1 minggu percuma untuk pengguna pertama.
Tetapi, jangan risau, Unifi juga turut menambah 1GB percuma setiap hari untuk anda. Untuk mendapatkannya, hanya perlu claim setiap hari untuk penggunaan.
“#Bebas untuk anda letakkan didalam modem atau telefon anda”
BEBAS bermaksud anda bebas untuk mengaktifkan simcard anda didalam modem mahupun mobile anda.
Kalau rasa line tak laju, atau taknak telefon anda cepat habis bateri, masukkan sahaja sim anda kedalam modem. Tetapi jika anda perlu berjalan sehingga berminggu, masukkan sahaja sim anda kedalam telefon anda.
Mudah bukan?
“UNLIMITED TEMPOH AKTIF selagi masih digunakan!”
Letihkan jika anda jenis yang tidak banyak perlu guna telefon.
Kebanyakan telco lain mempunyai limit hanya 50 hari jika tidak topup telefon. Tetapi dengan plan mobile unifi, anda tidak perlu risau lagi perlu topup setiap bulan.
Sebab setiap kali anda menggunakan internet atau SMS, itu sudah dikira aktifla.
Kalau boleh, anda dinasihatkan untuk topup setiap 3-4 bulan sekali untuk kekalkan nombor anda sentiasa aktif.
Baca juga :
Sumber info : Facebook.com.my, Kebaikan dan kelemahan unifi mobile plan
Baca semua tentang unifi mobile disini 👇🏻👇🏻👇🏻
[…] Kebaikan dan kelemahan unifi mobile plan yang perlu anda tahu […]
[…] juga : Kebaikan dan kelemahan unifi mobile plan yang perlu anda tahu […]
[…] Baca juga : Kebaikan dan kelemahan unifi mobile plan yang perlu anda tahu […]
[…] Baca juga : Kebaikan dan kelemahan unifi mobile plan yang perlu anda tahu […]