Info

Cara aktifkan simkad unifi BEBAS prepaid dengan mengekalkan nombor lama

Cara aktifkan simkad unifi BEBAS prepaid dengan mengekalkan nombor lama..| Seronoknyaaa pakai Unifi mobile BEBAS prepaid nih. Anda bila lagi nak pakai? Walaupun anda sudah mempunyai nombor yang banyak, jangan risau tukar sahaja salah satu daripada nombor kepada Unifi.

Didalam artikel ini, admin akan tunjukkan step-by-step cara untuk menukar nombor lama anda kepada network Unifi BEBAS.

Baca juga : 6 tempat menarik di penang 2022 untuk bercuti bersama pasangan dan keluarga

Cara aktifkan simkad unifi
unifi.com.my/personal

Baca juga : Racun tiktok mini lipstick shaver untuk wanita sesuai untuk semua bulu

Cara aktifkan simkad unifi dengan mengekalkan nombor lama

Anda sudah membeli simkad Unifi mobile BEBAS secara online? Jika belum, sila dapatkkan dahulu simkad anda.

Ikuti step didalam artikel ini untuk mendapatkan simkad Unifi prepaid anda —> Cara beli simkad unifi mobile prepaid tetapi kekalkan nombor lama.

Step berikut dilakukan sejurus selepas anda menerima simkad anda melalui penghantaran post.

1. Deactivate nombor anda daripada network yang asal

Sejurus selepas anda menerima simkad anda, anda perlu deactivate dahulu simkad anda daripada current network.

Baca juga : 2 Cara menambahkan dan memulihkan kelajuan internet Unifi mobile BEBAS prepaid

  • JANGAN keluarkan dahulu simkad lama anda daripada telefon.
  • SMS unifi <jarak> ON <jarak> nombor delivery order (Ada didalam kertas maklumat order anda). Contohnya (unifi ON 9000XXXXXXXXX ). dan hantar kepada 63001.
  • Selepas kira-kira 30 minit – 2 jam, anda akan menerima SMS seperti berikut. (Please confirm your request to leave U Mobile. Reply YES or N before 19/01/2022 11:09)
  • Reply YES sebelum tarikh yang ia tetapkan. Jika anda tidak reply dalam masa satu hari yang diberi, permohonan anda akan ditolak.
  • Kemudian, dalam masa 1-2 hari, anda akan menerima panggilan daripada telco asal anda. Mereka akan bertanya mengapa anda mahu terminate nombor. Dan mengesahkan jika anda betul-betul mahu terminate nombor anda daripada telo tersebut.
  • 1 jam kemudian, atau lebih, anda akan dapati network anda sudah 0. Itu bermaksud, anda sudah berjaya terminate nombor daripada current network.

Baca juga : Promosi dan plan Unifi mobile terbaru 2022 : postpaid dan prepaid

2. Buang simkad lama dan masukkan simkad baru

Step kedua ini selepas anda berjaya terminate current network.

Cara aktifkan simkad unifi
  1. Buangkan simkad lama anda dan masukkan simkad Unifi mobile BEBAS prepaid yang anda sudah terima.
  2. Seterusnya anda perlu mengaktifkan APN untuk simkad Unifi baru anda.
  3. Cara untuk mengaktifkan APN unifi mobile:

1: Tekan pada setting telefon anda.
2: Pilih “Mobile Network” dan tekan pada kotak Unifi
3: Tekan pada “Access Point Name
4: Tuliskan “unifi” pada ruangan Nama & APN
5: Akhir sekali, save setting dan pilih pada Unifi sebagai tetapan utama ada.

Itu sahaja cara untuk anda aktifkan simkad baru anda.

Jika mempunyai sebarang persoalan berkaitan cara mengaktifkan simkad Unifi, sila tinggalkan pada ruangan komen.

Baca juga semua artikel tentang unifi <—- disini.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like