Cara beli Unifi BEBAS prepaid secara online sahaja..| Untuk membeli simkad Unifi prepd #BEBAS, anda kini tidak perlu lagi berjalan. Hanya dapatkan dihujung jari sahaja.
Didalam artikel kali ini, Admin akan tunjukkan kepada anda step-by-step untuk mendapatkan simkad Unifi BEBAS Prepaid.
Cara beli Unifi BEBAS prepaid secara online
1. Download applikasi unifi@mobile di apple store atau google play.
Untuk mendapatkan applikasi ini, buka applikasi Google Play anda dan type ‘unifi@mobile’. Atau terus tekan butang dibawah untuk ke playstore.
2. Selepas download applikasi, buka apps unifi@mobile, dan tekan pada butang “I want to get a sim”

3. Tekan pada kotak “i have read and agreed to unifi’s term and conditions”. Seterusnya tekan butang next.
Baca juga : Promosi dan plan Unifi mobile terbaru 2022 : postpaid dan prepaid

4. Masukkan kewarganegaraan anda (Malaysia) dan jenis ID anda (myKAD). Seterusnya tekan next.
Baca juga : Kebaikan dan kelemahan unifi mobile plan yang perlu anda tahu

5. Anda akan diminta untuk mengambil gambar IC bahagian hadapan, bahagian belakang dan gambar selfie wajah anda untuk disahkan IC anda.

6. Applikasi akan loading sekejap untuk membuat pengesahan. Jika didalam kes admin, 3 kali gagal dalam pengesahan dan disuruh ambil gambar selfie. Yang ke 4 baru berjaya.
*Senyuman yang sama juga sangat penting untuk pengesahan ini. Seperti IC admin senyum nampak gigi, jadi gambar selfie pun perlu senyum nampak gigi.
Selepas berjaya, ruang nama, address dan maklumat lain akan automatik keluar. Seterusnya tekan next.

7. Halaman seterusnya, anda akan diminta untuk melengkapkan alamat surat menyurat, gender dan Nombor telefon anda. selepas selesai tekan next.

8. Tekan pada butang “Tap to select number” untuk memilih nombor yang anda inginkan.
Satu ID boleh membeli sehingga 5 nombor maksimum. Jadi jika anda ingin membeli nombor lebih dari satu, hanya tekan pada link “+Add more sim”.
Selepas selesai hanya tekan butang next.

Baca juga : Info review susu Glucerna menurunkan paras gula dan berat badan
9. Anda diberi 2 pilihan samaada mahu self pickup atau delivery.
Jika anda memilih untuk self pickup, anda perlu memilih TM point yang berdekatan dengan anda.
Jika mahu delivery, anda akan dicas RM10 untuk delivery. (Admin menggunakan khidmat delivery sahaja, 3 hari dah sampai)

10. Seteruusnya anda akan diminta untuk mengesahkan detail order anda.

11. Buat pembayaran anda dengan menggunakan methode yang disediakan.Harga bayaran seperti didalam gambar nombor 10 adalah termasuk tax dan penghantaran.
Pergi kelaman rasmi unifi.com.my untuk melihat lebih lagi.
Lihat semua tentang unifi disini.