Elak rasa mengantuk selepas makan..|Kebanyakan antara kita sukar untuk memastikan diri sentiasa cergas dan bertenaga selepas makan. Rasa mengantuk pasti datang, terutamanya selepas makan tengahari?

Akibatnya, jika anda berkerja pasti sukar untuk fokus berkerja kerana rasa yang terlalu mengantuk. Jika anda pelajar, pasti sukar memberi perhatian pada pengajaran guru dihadapan.

Elak rasa mengantuk selepas makan..|Jom lihat cara yang anda boleh lakukan untuk mengelak rasa mengantuk ini. Cara ini telah di anjurkan dari pakar diet pemakanan dan sukan.

Baca sini : Mengantuk selepas makan? ini puncanya..

Elak rasa mengantuk selepas makan
Badan yang bertenaga
1. Jangan lepaskan waktu sarapan

Kita semua telah diberitahu betapa pentingnya sarapan pagi untuk tubuh dan minda kita. Menurut pakar, sarapan mampu membantu mengurangkan rasa letih di sepanjang hari anda berkerja.

Jika anda melewatkan sarapan, ini menetapkan standard tenaga untuk sepanjang hari. Selain itu, aabila tiba waktu makan tengah hari, anda akan berasa sangat lapar dan cenderung untuk memilih makanan yang lebih buruk dan kuantiti yang banyak.

2. Pilih pemakanan dalam kuantiti yang sederhana

Pengambilan kuantiti yang besar memerlukan lebih banyak tenaga untuk dicerna. Daripada makan tengah hari, anda boleh memilih makanan yang lebih ringan dan kuantiti yang sederhana.

Sebagai contoh, seimbangkan makannan pagi dan tengah hari sehingga anda memenuhi pengambilan kalori makanan yang disyorkan sepanjang hari.

Anda juga boleh mengawal pemakan dengan kuantiti kecil tetapi mengubah kekerapan yang diambil. Ini dapat membantu menjaga kadar gula dalam darah anda tetap stabil dan menyalurkan tenaga yang lebih teratur.

Pengambilan karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang dapat membantu badan anda berkerja dengan lebih teratur dan bersemangat.

3. Pilih makanan makro-nutrient yang seimbang

Daripada anda memilih makanan yang diproses dan makanan berkanji, lebih baik anda seimbangkan pemilihan makanan tengah hari dengan sayur-sayuran yang menarik hidangan serta penambahan protein tanpa lemak.

Petua lain untuk mengelakkan penurunan tahap tenaga adalah dengan mengambil banyak air putih untuk kekal terhidrat. Elakkan mengambil minuman yag bergula dan berkarbohidarat.

Pengambilan makanan semulajadi yang tinggi serat dan protein seperti bijirin, kekacang dan gandum dapat membantu mengimbangkan kadar gula dan insulin dalam darah anda.

sumber : google image

Cara terbaik untuk mengimbangkan nutrisi makanan anda ialah dengan mengambil satu perempat daripada daging tanpa lemak dan satu perempat lagi adalah sumber protein daripada bijirin.

4. Banyakkan membuat pergerakan

Daripada menghabiskan masa makan tengah hari di dalam, nikmati makanan anda di luar dan, jika boleh, jadualkan waktu untuk anda berjalan-jalan.

Latihan dan pergerakan dapat membuat anda sentiasa cergas di siang hari dengan mengoptimumkan peredaran oksigen dan darah ke seluruh tubuh dan otak selain dapat meminimumkan risiko kemerosotan tenaga selepas makan.

5. Membuat pemeriksaan doktor

Sekiranya anda selalu merasa letih dan ini mempengaruhi kehidupan seharian anda, pakar dietry mengesyorkan anda untuk terus berjumpa dengan doktor kesihatan.

Boleh juga terjadi apabila anda kekurangan vitamin dan mineral, akan menyebabkan anda merasa letih dan lesu. Contohnya, kekurangan zat besi, ini sangat biasa terjadi kepada wanita muda, terutama mereka yang tidak mengambil daging.

Rujukan asal : huffingtonpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like