Cara mengatasi error Google classroom..| Cari tahu bagaimana untuk mengatasi masaalah error dimana dia cakap macam ini :
“Your org requires you to set a passcode on this device to access this account. Please set a passcode and try again”
techfeatured.com
Baca juga : 2 Cara delete akaun dari gmail dan Google untuk android
Apa penyebab berlakunya error – device policy alert?
Google telah menukar Dasar Pengurusan/Peranti Mudah Alihnya untuk menguatkuasakan lagi kata laluan pada telefon anda dan memastikan data organisasi pengguna selamat. Dengan perubahan ini, menyebabkan pengguna akan melihat device policy alert.
Setting pada admin Google classroom
Admin Google Workspace anda mungkin telah menyekat akses kepada akaun yang menggunakan peranti mudah alih (seperti ipad, smartphone dan tablet) yang tidak mempunyai lockscreen pada peranti mereka.
Lihat pula cara mengatasi masaalah yang yang berpunca daripada 2 perkara diatas.
Cara membetulkan masaalah device policy alert
Jika telefon anda tidak mempunyai lockscreen, anda perlu tambah tetapan ini. Caranya adalah seperti berikut :
Untuk pengguna iOS: Tambahkan passcode pada lock screen anda.
- Tekan pada setting telefon anda
- Tekan pada Face ID & Passcode (iphone lama tekan pada Touch ID & passcode)
- On pada butang Passcode (pastikan anda tahu passcode telefon anda)
Untuk pengguna Android: Tambahkan passcode pada lock screen anda.
- Tekan pada setting telefon anda.
- Tekan pada Security atau security and Screen Lock. Password & Security pada Android paling latest.
- Seterusnya tekan pada Screen Lock
- Tekan pada password dan setkan password. (Pastikan anda tidak lupa password screen lock)
Tukar setting pada admin Google Workspace (Guru anda)
Jika anda sudah cuba memasukkan passcode pada lock screen tetapi masih keluar popup device alert, anda perlu menghubungi cikgu atau admin Google classroom untuk menukar setting berikut.
Untuk Admin/Cikgu : Anda boleh menutupkankan keperluan passcode supaya pengguna boleh mengakses akaun mereka tanpa passcode ke peranti mereka. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memattikan keperluan passcode pada telefon pengguna lain.
- Pergi ke https://admin.google.com.
- Selepas anda masuk Admin Google / Google Workspace anda akan diminta untuk pengesahan email. Pastikan akaun anda ialah akaun yang anda guna untuk Google Classroom anda.
- Tekan pada Device (rujuk pada gambar 1)
- Tekan pada mobile & endpoint (rujuk pada gambar 1)
- Tekkan pada Universal Setting (rujuk pada gambar 1)
- Tekan pada General (rujuk gambar 1)
- Klik pada password requirement dan kosongkan (untick) pada kotak requires user to set a password.
- Akhir sekali savekan tetapan anda.
Cara mengatasi error Google classroom. Baca semua tentang Google classroom <— disini.
[…] Baca juga : Cara mengatasi error Google classroom – device policy alert […]