Cara download Google classroom pada laptop..| Applikasi Google classroom boleh didapati dan digunakan pada telefon atau peranti mudah alih yang lain samaada Android atau iOS. Tetapi, sehingga kini aplikasi ini masih tidak tersedia untuk kegunaan window.

Jadi, bagaimana anda nak gunakan aplikasi ini dengan lebih mudah di window/laptop anda?

Ikuti langkah berikut untuk mendownload aplikasi Google Classroom pada window.

Baca juga : 2 Cara delete akaun dari gmail dan Google untuk android

Cara download Google classroom pada laptop – window 7/8/10

Terdapat dua cara untuk mendapatkan aplikasi Google classroom pada laptop anda. Dengan aplikasi ini, anda tidak perlu lagi perlu sentiasa browse pada chrome atau save laptop tanpa menutup chrome window.

1. Cipta shortcut pada desktop
Cara download Google classroom pada laptop
Gambar 1 : Cara cipta shortcut Google classroom pada desktop

Langkah-langkah untuk meletakkan shortcut Google Classroom di desktop (seperti gambar 1)

  1. Masuk ke website Google Classroom di sini : https://edu.google.com
  2. Pilih ‘get started for free‘ untuk cikgu atau ‘Go to classroom‘ untuk murid.
  3. Masukkan email dan password. Atau pilih akaun Google yang anda mahu guna untuk Google Classroom
  4. Klik pada titik 3 belah kanan atas sekali
  5. Klik pada more tools –> create shortcut
  6. Masukkan nama shortcut ‘Google Classroom’
  7. Cek desktop anda untuk shortcut seperti gambar diatas.

Baca juga : Cara mengatasi error Google classroom – device policy alert

2. Cipta shortcut pada desktop dengan chrome extension
Cara download Google classroom pada laptop
Gambar 2 : Extension untuk Google Classroom
  1. Masuk ke website Google Classroom di sini : https://edu.google.com
  2. Pilih ‘get started for free‘ untuk cikgu atau ‘Go to classroom‘ untuk murid.
  3. Masukkan email dan password. Atau pilih akaun Google yang anda mahu guna untuk Google Classroom
  4. Buka window lain, dan cari pada ruangan carian ‘Google Classroom Extension‘ (Rujuk gambar 2 diatas)
  5. Klik pada butang ‘Add to chrome’
  6. Satu popup ‘Add Google Classroom?’ akan keluar. Seterusnya klik ‘Add app
  7. Google akan tunjuk keberadaan shortcut tersebut.
  8. Pada shortcut Google Classroom, right klik –> create shortcut –> Klik pada kotak desktop dan start menu
3. Buka apps android dalam PC melalui aplikasi Bluestack

Mungkin ada yang pernah dengar tentang aplikasi Bluestack dan ada pula yang belum pernah.

Baca juga : 6 Tips menghilangkan bibir hitam secara alami

Apa tu Bluestack? Bluestack ialah ialah salah satu platform paling berkuasa untuk menjalankan permainan telefon mudah alih di PC atau desktop anda. Emulator ini juga serasi dengan pelbagai jenis konfigurasi sistem, serta beberapa sistem pengendalian yang paling biasa. Anda boleh memasang BlueStacks dalam Windows 7, 8 dan 10, serta pada Mac, dengan hanya beberapa klik.

Cara-cara untuk mendownload aplikasi Google Classroom melalui aplikasi Bluestack

  1. Pergi ke https://www.bluestacks.com dan klik pada “Muat turun BlueStacks” untuk mendapatkan versi terkini aplikasi Bluestacks
  2. Lancarkan pemasang setelah selesai memuat turun
  3. Tunggu sehingga proses selesai, selepas itu BlueStacks akan dilancarkan secara automatik
  4. Masukkan email Google anda untuk log masuk
  5. Didalam Bluestacks, buka aplikasi Play Store
  6. Kemudian pada bahagian carian, cari ‘Google Classroom’ dan download
  7. Seterusnya anda boleh log masuk Google Classroom seperti biasa

Baca juga semua artikel tentang Google Classroom <— disini

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like