Kenapa pantai ada yang jernih dan keruh. Dikelilingi oleh pantai biru kehijauan selama 10 hari akan memberikan anda satu persoalan yang sukar.
Soalannya seperti berikut: Mengapa beberapa pantai dihiasi dengan air yang jernih, sementara yang lainnya kelihatan kotor, berlumpur dan keruh? Kenapa pantai ada yang jernih dan keruh.

Pantai jernih dan keruh
contoh pantai yang berkeladak dan keruh

Jika anda tinggal berhampiran dengan pantai yang keruh, sebenarnya, kekeruhan ini tiada kaitan dengan jumlah pencemaran yang disebabkan oleh manusia. Terdapat beberapa faktor lain berperanan dalam membezakan perbezaan warna yang ketara ini.

1# Kesan pergerakan bumi

Air di lautan bergerak dari barat ke timur akibat daripada putaran planet bumi. Pergerakan ini menimbulkan fenomena yang dikenali sebagai ‘upwelling’ di sepanjang pantai tertentu. Dimana perairan permukaan laut yang lebih panas bergerak ke laut dan digantikan oleh perairan yang lebih dalam dan lebih sejuk.
Kesan sampingan daripada pergerakan ini takh merubah beberapa perairan menjadi keruh dan berkeladak. Di Lautan Pasifik, antara yang terkesan dengan fenoma ini ialah Jepun, Filipina, Australia sehingga pantai barat AS, dan barat Mexico.

Sebaliknya, di perairan Bahama dan Republik Dominika tidak mengalami perubahan seperti ini. Terumbu dan struktur fizikal lain di luar pesisirnya bertindak sebagai penghalang daya air yang bergerak dan meneutralkan tenaganya. Oleh itu, ketika gelombang tiba di pantai, kawasan ini tetap kelihatan tenang dan menghasilkan corak peralihan air. Dimana ia menggerakkan perairan di pantai Santa Barbara atau San Diego.

Tetapi bukan hanya Bahama atau Republik Dominika yang memiliki lautan jernih dan perairan yang tenang. Perairan lain, seperti di pantai Filipina atau Hawaii atau yang bersempadan dengan Kepulauan Turks dan Caicos, misalnya. Mungkin terkena dengan gelombang ini tetapi airnya masih tetap jernih. Di kawasan ini, kejernihan air lebih berpunca daripada apa yang ada di dalam air daripada apa yang ada di sekitarnya.

2# Berkaitan dengan apa yang terkandung didalam air

Agak bertentangan dengan apa yang anda fikirkan, air yang kelihatan keruh dan kelabu sebenarnya lebih kaya dengan nutrien daripada air yang jernih dan berkilau. Ini kerana air keruh biasanya menjadi rumah kepada lebih banyak kehidupan organisma seperti fitoplankton (alga) dan zooplankton (makhluk lautan kecil yang mengembara laut).

Keladak atau lumpur juga berperanan dalam mengakibatkan air laut menjadi keruh. Di sepanjang pantai tertentu, zarah-zarah halus seperti pasir dan keladak dapat menambah kekeruhan kerana ia mudah bercampur dengan air. Sebaliknya, keladak di tengah pantai yang lebih jelas mungkin lebih berat dan kasar. Selain daripada pasir halus, keladak ini juga terdiri daripada benda-benda seperti cengkerang, tanah dan kepingan halus daripada karang.

Kesimpulannya, beberapa pantai akan kelihatan keruh akibat daripada fenomena diatas. Akan tetapi, anda tetap boleh menikmati pantai seperti ini.

Rujukan : auramuslim.com

Anda juga meminati :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like