Kisah babi dalam al-Quran : Babi merupakan salah satu haiwan ciptaan Allah yang terdapat banyak hikmah dan pengajaran didalamnya.

gambar babi
sumber : google image

Isi kandungan :


1. Ciri-ciri haiwan babi

Babi merupakan sejenis haiwan mamalia yang mempunyai hidung yang panjang dan telinga yang besar seperti gajah. Babi tergolong dalam kategori haiwan omnivar yang bermaksud mereka memakan apa sahaja dari daging dan tumbuhan.

Babi memiliki hidung yang muncung, mata dan ekor yang kecil, yang mungkin bergelung, berkedut, atau lurus. Ia memiliki badan yang montok, kaki yang pendek, dan bulu yang kasar. Terdapat empat jari pada setiap kaki, dengan dua jari tengah yang besar yang mereka gunakan untuk berjalan.

Babi dikatakan mempunyai DNA yang hampir serupa dengan manusia. Disebabkan itu, babi senang untuk menjangkiti penyakit yang menular kepada spesis yang lain.

Sebagai contoh, penularan wabak virus Nipah. Pada akhirnya, keseluruhan babi dikawasan yang dijangkiti telah dihapuskan bagi menyelamatkan spesis manusia.

2. Kisah sejarah permulaan penciptaan babi dizaman Nabi Nuh

Sejarah penciptaan babi terdengar sedikit aneh dan semuanya berlaku atas izin Allah. Dan Allah jualah yang lebih mengetahui perkara yang ghaib dan nyata yang tidak kita ketahui. Segala penciptaan yang ada dibumi mempunyai sebab dan akibat dan kita sebagai manusia yang dikurniakan akal hendaklah berfikir hikmah pada setiap penciptaanNya.

bahtera nabi nuh

Kisah ini bermula pada zaman Nabi Nuh dimana ketika itu berlaku banjir besar yang amat dasyat. Tetapi Allah telah menyelamatkan Nabi Nuh dan kuamnya yang beriman didalam sebuah bahtera besar. Sebelum kapal tersebut berlayar, Nabi Nuh diperintahkan untuk meletakkan setiap pasang haiwan yang ada kedalam kapal tersebut.

Kapal Nabi Nuh yang bergerak tanpa arah tuju, dan haiwan-haiwan yang banyak itu telah menyebabkan kapal menjadi busuk dan kotor dengan najis mereka. Ia turut menimbulkan pelbagai penyakit kepada anak kapal. Nabi Nuh hanya melihat dan diam dan menyerahkan urusan ini kepada Allah SWT. Nabi Nuh lalu memohon kepada Allah agar dibukakan jalan keluar dari permasalahan tersebut.

Maka Malaikat Jibril menemui Nabi Nuh dan memerintah beliau untuk mengusap dahi seekor gajah. Setelah arahan itu disampaikan maka Nabi Nuh AS pun mengusap dah gajah yang ada didepannya. Atas Kuasa Allah SWT maka keluarlah sepasang babi dari belalai gajah yang diusapnya. Semua anak kapal yang melihat peristiwa itu merasa sangat hairan.

Maka babilah yang membersihkan seluruh kotoran yang ada didalam kapal tersebut. Kerana demikian itulah ia menjadi makanannya.

3. Allah mengharamkan untuk manusia memakan daging babi
al quran
sumber : sinarharian.com.my

Didalam ajaran islam, babi merupakan salah satu haiwan yang diharamkan untuk disentuh dan dimakan. Allah menegaskan perkara ini didalam kalamnya seperti berikut :

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS:Al Baqarah 173)
”Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS:Al Maidah 3) 
“Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi — karena sesungguhnya semua itu kotor — atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang“. (QS:Al An’am 145).
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS:An Nahl 115).

Didalam 4 ayat diatas, jelas tentang kedudukan babi dalam ajaran islam. Walaubagaimanapun setiap penciptaan Allah itu pasti ada hikmahnya. Manusia sekalipun tidak boleh menyeksa haiwan seperti mana haiwan-haiwan yang lain.

4. Hikmah dan pengajaran penciptaan babi dalam islam

Allah tidaklah menciptakan haiwan babi itu menjadi sia-sia. Terdapat juga hikmah daripada penciptaannya yang manusia perlu fikir. Antaranya ialah :

Baca halaman seterusnya :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like