Kisah babi yang diharamkan dalam al-Quran dan pengajarannya

Kisah babi yang diharamkan dalam al-Quran dan pengajarannya

4.1 Menjadi contoh kepada sifat yang tidak baik seperti, malas, pengotor dan rakus

Satu pelajaran yang boleh dipetik dari hikmah penciptaan babi ialah, supaya manusia tidak menjadi seperti babi. Hidupnya seekor babi adalah malas, pengotor dan rakus.

babi kotor
sumber : iluminasi.com

Babi mempunyai tabiat memakan kotorannya sendiri. Bahkan makanan yang akan dimakan terkadang dikencing dahulu sebelum menyantapnya. Rakusnya babi boleh dilihat dari sikapnya yang sering memuntahkan makanan dari perutnya, kemudian dimakan kembali kerana terlalu sukakan makanan tersebut.

Minimal dengan adanya penciptaan babi, manusia diingatkan supaya tidak malas, hidup bersih dan tidak rakus. Sebagaimana Allah menggunakan babi sebagai perumpamaan kaum terdahulu yang dikutuk kerana perbuatannya yang buruk.

Didalam Surah Almaidah ayat 60 disebutkan:

"“Katakanlah: “Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?”. mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus”.
4.2 Sebagai ujian ketaatan manusia kepada Allah
“Dialah (Allah) yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kalian siapakah di antara kalian yang paling baik amalnya.” (QS Al Mulk 2)

Firman Allah diatas menunjukkan bahawa manusia sentiasa diuji oleh Allah. Sekali pun tentang penciptaan babi ini. Allah telah melarang kita supaya tidak menyentuh dan memakan dagingnya atas sebab-sebab yang sudah dinyatakan.

Maka jika manusia gagal untuk mengikuti arahan ini, mereka tergolongan dalam kalangan yang gagal dengan ujian ini.

4.3 Supaya manusia berfikiran luas

Babi diketahui sebagai perumah kepada pelbagai parasit dan penyakit berbahaya, termasuk permulaan penularan wabak virus H5N1, virus flu burung dan sebagainya. Kemudian babi akan menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuh, menyebabkan ia menjadi haiwan yang sangat kotor.

Babi juga menjadi perumah nombor satu bagi cacing pita. Dan penularan wabak selsema babi juga dapat dikesan tetapi kini manusia sudah menciptakan ubatnya.

Lalu disinilah hikmahnya Allah menciptakan babi ini. Babi boleh dijadikan bahan uji kaji untuk keintelektual manusia lebih berkembang. Dengan adanya babi, manusia boleh mengenali virus yang disebut, lalu berfikir cara untuk mencegahnya daripada terus menular kepada haiwan lain dan manusia.

Baca juga :

sumber : wikipedia, bincangsyariah.com, islamkaffah.id, islamituindah.com, Kisah babi dalam al-Quran, Kisah babi dalam al-Quran

Pages:Previous

Berjaya

Related Posts

Saya Cuba 15 Barang Murah Shopee Ini Selama 7 Hari… No.7 Buat Saya Menyesal Tak Beli Dari Dulu!

Saya Cuba 15 Barang Murah Shopee Ini Selama 7 Hari… No.7 Buat Saya Menyesal Tak Beli Dari Dulu!

15 Hadiah Unik Dari Shopee Yang Jarang Orang Bagi (Idea Menarik 2026)

15 Hadiah Unik Dari Shopee Yang Jarang Orang Bagi (Idea Menarik 2026)

15 Hadiah Lelaki Bawah RM50 – Idea Praktikal & Murah [2026]

15 Hadiah Lelaki Bawah RM50 – Idea Praktikal & Murah [2026]

Dividen ASB Rendah Atau Cuma Nampak Rendah? Ini Yang Ramai Silap Faham

Dividen ASB Rendah Atau Cuma Nampak Rendah? Ini Yang Ramai Silap Faham

No Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *