Info Motivasi

Layakkah Aku untuk Syurga-Mu, Ya Allah? Renungan Jiwa dalam Mencari Keampunan

Layakkah aku syurga Allah?

Mereka kata aku BAIK kerana aku sentiasa bertudung menutupi dada. Mareka kata aku SOPAN kerana pakaian ku sentiasa longgar..
Mereka kata aku SOLEHAH kerana seringkali aku berkongsi perkara ilmiah dan sebagainya.

Layakkah aku syurga Allah

Sumber : google image | Layakkah aku syurga Allah?

TETAPI..
Jauh di sudut hatiku,
Mahu saja aku MENANGIS SEKUAT HATI..
Aku SEDANG BERTARUNG dengan diriku sendiri,

Aku SEDANG BERTARUNG dengan nafsuku sendiri,
TAK MUDAH..
Allah sahaja TAHU apa yang terbuku di hati..
Aku masih berada di dalam LAUTAN KEKURANGAN..


Kadangkala aku TERGELINCIR kerana,
Jalan kehidupanku penuh dengan kenikmatan..
MAAFKAN aku kerana kadangkalanya AKU KHILAF..
Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..


SEBAK HATI tatkala aku terbayang,
Bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku?
Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku?

Allah, Allah, Allah, Allah

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

(HR. Bukhari )

Ya Allah.. terlalu kerdil rasanya diriku ini. Hamba Mu ini adalah insan yang penuh dosa.

Insan yang sering melakukan kesilapan terhadapMu.

Selama ini aku terlalu jauh dariMu Ya Allah.

Aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa ini sekalipun aku berusaha mencuba menjadi lebih baik.

Aku bimbang  Ya Allah, tentang kehidupan ku ini..

Aku takut akan hari yang mendatang dalam hidupku..

Aku lemah untuk meneruskan kehidupan seharian ku dengan keadaan diriku yang serba kekurangan ini, aku takut dengan cacian, hinaan manusia di sekelilingku lebih-lebih lagi penghinaan itu datang dari orang yg amat aku sayangi.

NAMUN, aku lebih takut jika aku DIMURKAI olehMu. cukuplah ya Allah, hanya Engkau di sisiku, yang mengetahui setiap sesuatu perjalanan hidup ku ini. hidup yang penuh duri yang harus aku rasai.

Sakitku ini hanya Engkau yang mengetahuinya. Namun, Engkau maha Pemurah dan Engkau yang Maha bijaksana, kerana setiap ujian Mu itulah yang membawaku kembali ke jalan Mu. aku bersyukur padaMu ya Allah….

Kredit : 11

Baca juga : Pengajaran daripada kisah Nabi Adam a.s dan Hawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like