Pengalaman pesakit covid 19 : Semua sedia maklum keadaan kes yang sedang menaik sekarang di Malaysia kan. Kes paling tinggi setakat ini dicatatkan sehingga 17k jangkitan covid 19. Tidak lupa juga kami sekeluarga sentiasa berwaspada dengan virus yang semakin menular ini.

Bentuk virus covid 19
sumber : google image

Menerima khabar berita tentang abang menjadi pesakit covid 19

26 Julai 2021, Hari ini mendapat berita bahawa abang saya yang tinggal serumah dengan kami sekeluarga terkena jangkitan covid 19.

Bagaimana ia bermula? Berikut kronologi yang berlaku sebelum dan selepas mengetahui tentang perkhabaran duka berikut.

  • 24 Julai 2021 : Abang cikna mula mendapat simptom covid 19 seperti demam sakit kepala dan batuk yang tidak berhenti. Tetapi masa nih beliau bagi tahu demam dan batuk masih on off sebab dah ambil paracetemol. Selepas ambil ubat, demam akan kebas sekejap dan akan datang kembali. Begitulah selanjutnya sehingga hari ke 3.
  • 26 Julai 2021 : Pada hari ketika dengan keadaan batuk yang tidak putus, ayah cikna sudah suspek tentang penularan covid 19 nih dalam keluarga kami. Jadi ayah membawa abang pergi ke Klinik Kesihatan Kuang untuk melakukan swab test.
  • Pada pagi lebih kurang pukul 9.00 AM, mereka gerak menuju ke KK Kuang. Disebabkan abang cikna dah demam 3 hari, doktor meanggap sebagai kes urgent. Dengan segera, doktor consult dan terus buat test.
  • Pada masa ini, ayah cikna dan cikna sendiri sudah ada simptom seperti batuk dan pening kepala yang berterusan.
  • Doktor melakukan swab test kepada abang cikna sahaja ye.
  • 11.00 AM 26 Julai 2021 : Masih lagi dalam perjalanan balik kerumah, pihak Klinik Kuang sudah inform bahawa abang adalah positif covid 19.
  • Jadi masa ini kami diinform bahawa mana-mana contact rapat yang mempunyai simptom covid 19 supaya pergi untuk membuat swab test.
  • 27 Julai 2021, kira-kira pukul 8, kami berempat (cikna, ibu ayah, adik) pergi untuk melakukan swab test. Doktor membukan kaunter swab test pada pukul 9.15 macam tu. So lebih kurang satu jam lebih kami menunggu dibawah khemah khas untuk pesakit covid yang mahu membuat swab test.
  • Kami dikhabarkan bahawa petang hari baru mendapat keputusan. Jika positif, kami akan dicall oleh pihak Klinik. Jika tiada call doktor cakap keputusan negatif maksudnya.
  • Sekarang dalam pukul 2.00 PM, 27 Julai 2021, kami masih menunggu keputusan. Jika sampai esok tiada call bermaksud kami berempat dikira negatif covid 19.
Klinik Kesihatan Kuang
Menunggu dibawah khemah yang disediakan oleh staff Klinik Kesihatan Kuang
swab test kaunter
Doktor baru nak open table untuk melakukan swab test

Pergerakan sebelum disahkan positif covid 19

Untuk maklumat pembaca, cikna dan abang adalah penganggur covid 19, bermaksud sejak bermula penularan di Malaysia, abang cikna yang berkerja sebagai pekerja contract kerajaan telah diberhentikan. Mungkin kerana hanya jawatan contract kan.

Manakala cikna jadi penganggur sejak November 2020 atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami dirumah ada ibu ayah, adik perempuan yang masih belajar dan abang cikna dan cikna.

Untuk pergerakan cikna, cikna memang tiada keluar rumah langsung ya. Juga atas sebab-sebab tertentu. Manakala abang cikna hanya keluar seminggu sekali atau dua kali untuk membeli keperluan dapur. Dia memang tidak bergerak jauh daripada rumah.

Untuk ayah pula, hanya keluar sekali sekala untuk kekedai atau hospital untuk rawatan dan checkup penyakit jantung tersumbat dia.

Jadi kami habis fikir macam mane dia boleh dapat penularan virus tersebut.

Simptom yang dialami

Sebenarnya cikna dah mengalami sakit tekak selama 2 hari berturut-turut. Dia sakit macam on off sebab kami sekeluarga mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari.

Selain itu, sakit kepala yang kuat juga berlaku. Cikna turut mengalami cirit birit ya. Tapi sekejap sahaja dalam hari kedua.

Masuk hari ketiga iaitu hari ini, cikna dah mula rasa nak demam. Mungkin kerana perasaan sahaja. Jadi Cikna dan kami sekeluarga hanya menunggu keputusan sahaja lah.

Jom baca perkongsian daripada Dr Zaleha tentang simptom penularan covid 19.

Menurut beliau Gejala atau simptom akan mula muncul pada hari ketiga jangkitan. Ia mempunyai 3 fasa sebelum anda mengalami demam atau demam yang teruk.

Fasa 1 (Hari 1-3)

Sakit badan
◉ Sakit mata
◉ Sakit kepala
◉ Muntah
◉ Cirit-birit
◉ Berair @ kesesakan hidung
◉ Penguraian
◉ Membakar mata
◉ Membakar ketika membuang air kecil
◉ Merasa demam
◉ Tekak yang sakit (sakit tekak)

Fasa 2 (Hari 4-8 keradangan)

Kehilangan rasa dan / atau bau
◉ Keletihan dengan usaha yang minimum
◉ Sakit dada (tulang rusuk)
◉ Mengetatkan dada
◉ Sakit di punggung bawah (di kawasan ginjal)

Virus menyerang hujung saraf :
◉ Perbezaan antara keletihan dan sesak nafas:
• _ Kekurangan udara adalah ketika orang itu duduk – tanpa berusaha – dan kehabisan nafas;
• Keletihan adalah ketika orang itu bergerak untuk melakukan sesuatu yang sederhana dan merasa letih.

➙ Ia memerlukan banyak penghidratan dan vitamin C.

Covid-19 akan mengikat oksigen, jadi kualiti darah kurang baik, dan kurang oksigen.

Fasa 3 – proses penyembuhan

Pada hari ke-9, fasa penyembuhan bermula, yang boleh berlangsung sehingga hari ke-14 (pemulihan).
◉ Jangan kelewatan rawatan, semakin cepat semakin baik!

Itu sahaja perkongsian dalam artikel ini. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca. InshaAllah Cikna akan update dari masa kesemasa.

Baca juga :

Pengalaman pesakit covid 19, Pengalaman pesakit covid 19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like