Pengalaman pesakit covid 19 : Tahukah anda simptom covid 19 berbeza-beza mengikut individu? Dalam artikel kali ini, cikna akan share sambungan story daripada artikel sebelum ini. Yang belum baca, boleh baca dulu disini ye : Pengalaman menjadi contact rapat pesakit covid 19
OK. Bagaimana keputusan selepas semua ahli keluarga cikna dah dapat simptom dan pergi swab test pertama kali? Sebelum ini cikna cerita pihak klinik akan inform pada bahagian petang hari yang sama selepas buat swab test. Tapi pada hari itu, kami langsung tidak menerima panggilan daripada klinik. Jadi kami fikir, kami semua selamat daripada virus ini. Sebab pihak klinik bagitahu, jika tiada sebarang calling, kami dikira negatif.
Disahkan positif covid 19
28 Julai 2021 : Keesokan harinya, ayah mendapat call daripada Klinik Kesihatan Kuang yang memberitahu bahawa ayah cikna dan adik perempuan cikna didapati positif covid 19. Ini bermaksud cikna dan ibu cikna kira negatif lah.
Walaupun kami dikategorikan sebagai negatif, tetapi saban hari simptom yang ditunjukkan semakin teruk. Seperti demam dan batuk yang tiada kesudahan. Jadi kami masih menunggu untuk mengambil second swab pada 5 hb Augus esok.
So, ini ayah dan adik perempuan cikna pada pagi 28 hb Julai 2021 lepas. Selepas mendapat call daripada pihak klinik, ayah cikna dan adik perempuan disuruh ke klinik dengan kadar segera untuk mengambil gelang biru. (Sebelum ni mereka guna gelang pink). Doktor memberi masa 14 hari untuk kuarantin.
Pada sebelah petangnya pula, ambulan datang angkut ayah cikna ke CAC serdang untuk dikuarantin. Sebab ayah cikna warga emas dan mempunyai penyakit kronik seperti jantung dan darah tinggi.
sehingga hari ini, 2hb Augus 2021, ayah cikna telah dimasukkan ke unit pemerhatian sebab serangan virus sudah masuk ke tahap 3 atau 4. Doktor juga memberi tahu bahawa nadi ayah cikna agak rendah. Jadi Doktor akan sentiasa pantau perkembangan ayah cikna.
Cikna doakan semoga usaha para frontliner mendapat ganjaran yang berlipat ganda dunia dan akhirat.
31 Julai 2021, abang cikna dimasukkan ke wad emergency hospital sg buloh sebab oxygen dalam darah sudah drop sehingga 93. Untuk pengetahuan, kadar oxygen dalam darah yang normal ialah 95-100.
2 Augus 2021 : adik perempuan cikna pula ke hospital juga kerana oxygen yang sudah drop sehingga 91.
Virus covid 19 bermain dengan emosi
Ini apa yang dialami oleh cikna sendiri. Apa yang cikna perasan, masa awal-awal virus ini menyerang keluarga cikna, semangat untuk berjuang itu masih tinggi. Cikna akan cek setiap ahli rumah dengan oxymeter reading. Ini untuk memastikan kadar oxygen dalam darah sentiasa stabil.
Tapi sejak menjak ini, virus ini dah main dengan emosi. Cikna macam banyak termenung. Dah tak banyak cakap. Tapi mood tu memang dah tiada. Ibu cikna pulak emosi dia pun dah nampak macam tak stabil.
Kami cuma mengharap virus ini dapat diangkat dengan segera dan dapat berkumpul seperti sedia kala. InshaAllah.
Simptom yang dihadapi sepanjang minggu dari lepas first swab test
Walaupun kami mendapat keputusan negatif, tetapi kami punya simptom seolah-olah orang yang dah positif. Doctor pon ada bagi tahu yang eventually akan positif jugak sebab hari-hari bersemuka dengan pesakit covid 19.
- Demam on off : Bila demam tu datang, badan memang sangat sangat lemau langsung tak larat bangun. Seminggu demam on off. Ubat panadol cikna dah habiskan sepapan. Tapi still demam datang.
- Demam pada waktu malam : sejak menjak ni, demam panas tu datang masa hujung petang nak masuk malam. Demam sampai lemau-lemau.
- Batuk ditengah dada : Bila bernafas ekot mulut, dada akan terasa gatal-gatal mengakibatkan batuk sampai sakit perut.
- Hidung tersumbat : Ini terjadi bila menjelang malam. Bila nak masuk malam ja, hidung akan start tersumbat. Memang tidak selesa nak tidur.
- Bahagian dalam hidup seperti ada ada lapisan putih. Yang nih cikna tidak pasti apa punca atau sahih ke tidak. Sebab cikna baru perasan benda tu sejak mengalami demam yang teruk.
- Selsema dan pening kepala : Setakat ini, dua simptom ini tidak menyerang cikna. Cuma pening tu berlaku masa awal-awal nak start demam.
Akhir kata, cikna harap semua yang sedang struggle berlawan dengan virus yang jahat ini terus kuat dan bersemangat. AMIN.
Baca juga :
- Pengalaman menjadi contact rapat pesakit covid 19
- Sejarah Permulaan Covid-19 di Malaysia
- Aktiviti yang memberi terapi pada minda
Youtube.com