Penzina yang tidak akan mendapat petunjuk Allah?..|SETIAP hari manusia akan melakukan kesilapan, mungkin dosa itu besar atau dosa kecil, ia sentiasa berlaku sama ada secara sedar atau tidak. Hal ini berlaku kerana sifat manusia itu sendiri yang tidak lepas dari kesilapan.

penzina
Sumber : Google image

Sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak Adam pasti sering melakukan dosa dan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang rajin bertaubat.”

(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Setiap dosa yang dilakukan pasti ada pengampunan oleh Allah dengan syarat bertaubat (kecuali Syirik). Ini termasuklah dosa zina yang dilakukan.

Lalu siapakah pelaku zina yang tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah? lihat video dibawah yang disampaikan oleh Syekh Ali Jaber.

Penzina juga berpeluang mendapat pengampunan Allah dengan syarat taubat Nasuha kecuali penzina yang sombong dalam menyebarkan aib sendiri atau aib orang lain sekaligus menyakiti pihak yang lain.
Penyebaran fitnah dan mengaibkan orang lain menjadi asbab kemurkaan Allah

KECANGGIHAN teknologi yang pada masa kinimembolehkan maklumat disampaikan dengan pantas terutamanya melalui aplikasi telefon mudah alih dan media-media sosial.

Tetapi awas, kecanggihan itu sebenarnya boleh menjadi penyebab umat Islam disoal di akhirat kelak jika apa yang disebarkan atau disampaikan bersifat fitnah dan boleh mengaibkan.

Oleh itu, Islam menganjurkan mereka yang telah melakukan kesilapan untuk kembali kepada Allah tanpa membuka dan menceritakan segala keaibannya.

Syekh Ali Jaber

Wahai kaum lelaki, berhati-hatilah kamu jika kamu pernah berbuat perkara begini kerana anda sedang menempa azab dan kemurkaan Allah. Apakah perkara tersebut?

Jika seorang laki-laki telah berjaya memujuk rayu seorang wanita sehingga terjebak jatuh kedunia maksiat. Lalu ia merakam foto/video wanita tersebut. Malah dia menyebarkan ke laman-laman media social. Dia berbangga dengan perbuatannya kerana berhasil menjatuhkan seorang wanita. Bahkan ia mencemuh wanita tersebut dengan memburukkan kepada orang ramai, mencemuh dan menghina.

Si lelaki tidak langsung akan mendapat petunjuk oleh Allah untuk menemui jalan taubat.

Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. “Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya

SABDA RASULULLAH SAW

Lihat juga : Ujian tanda Allah cintakan hambanya

Rujukan : 1,2,3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like