Punca rambut beruban diusia muda..| Setiap yang bernama manusia pasti akan mengalami rambut beruban. Cuma yang berbeza ialah masa umur ketika bila uban akan tumbuh.
Summary article:
- Apa yang menyebabkan rambut kita berwarna hitam atau putih?
- Peningkatan usia menyebabkan warna rambut semakin pudar
- Punca rambut beruban ketika diusia muda
- 1. Faktor genetik
- 2. Autoimun
- 3. Penyakit tiroid
- 4. Kekurangan vitamin
- 5. Stress yang teruk
Apa itu uban? Uban merupakan rambut yang telah bertukar kepada warna kelabu asap atau putih. Uban juga sinonim dengan keadaan rambut kepada mereka yang lebih tua. Didalam islam, uban boleh membawa maksud keada 3 perkara berikut (news.detik.com) :
- Petanda dekatnya kepada kematian.
- Mengeluarkan cahaya pada hari kiamat.
- dan Membentuk diri yang lebih berwibawa seiring dengan bertambahnya usia.
Secara normalnya, manusia biasanya akan mula tumbuh uban pada usia 60 tahun.
Apa yang menyebabkan rambut kita berwarna hitam atau putih?
Setiap helai rambut yang tumbuh mempunyai dua bahagia iaitu :
- Batang : rambut yang kelihatan diatas kepala dengan mata kasar.
- Akar : bahagian bawah rambut yang berada di bawah kulit kepala.
Folikel rambut merupakan tiub kecil didalam kulit yang akan menghasilkan rambut. Tiub kecil folikel rambut ini terkandung dengan sejumlah sel pigment. Dan sel-sel pigment inilah yang sentiasa bekerja untuk menghasil sejenis kimia yang bernama MELANIN.
Apa itu melanin? Melanin merupakan bahan yang akan menentukan warna kulit kita. Sekiranya banyak terhasil bahan ini maka warna kulit kita pun akan semakin gelap. Begitu juga dengan warna rambut. Sama ada ia gelap, perang atau cerah ditentukan oleh kadar melanin yang terhasil.
Peningkatan usia menyebabkan warna rambut semakin pudar
Orang tua-tua lazimnya ditentukan oleh warna rambutnya yang memutih.
Ini disebabkan oleh, semakin kita bertambah usia sel pigmen didalam folikel rambut akan semakin lemah dah akhirnya matl. Sekaligus menyebabkan bahan melanin tidak dapat lagi dihasilkan.
Sambungan pada halaman kedua..