Pada ketika melanin sudah tidak dihasilkan, maka rambut yang berwarna putih atau silver akan mula keluar. Maka akhirnya jika semua sel pigmen sudah mati ketika usia tua, rambut kepala akan menjadi putih keseluruhannya.
Punca rambut beruban ketika diusia muda
Masaalah uban kepada kanak-kanak tidak lagi menjadi sesuatu yang baru dan mengejutkan. Kerana perkara ini sudah lazim terjadi dan dilihat dizaman serba moden ini.
1. Faktor genetik
Faktor genetik memainkan peranan paling utama yang menentukan pada waktu bila uban pertama anda akan tumbuh.
Jika rambut anda bertukar menjadi putih sebenarnya tidak banyak yang korang boleh lakukan untuk menghilangkan punca ini. Tetapi jangan risau, kerana sekarang terdapat banyak pusat yang menawarkan anda untuk menukar warna rambut mengikut pilihan hati anda.
Baca juga : Hukum mewarna dan mencabut uban
2. Autoimun
Autoimun ialah gangguan dimana ia menyebabkan rambut bertukar menjadi putih.
Vitiligo merupakan salah satu daripada gangguan autoimun yang menyebabkan sel-sel pembuat pigmen didalam folikel rambut dimusnahkan. Selain menyebabkan berlakunya tompokan rambut putih.
3. Penyakit tiroid
Kes ini jarang-jarang berlaku dimana ubat-ubatan yang diamalkan menjadi penyebab rambut berwarna uban.
Menurut ulasan daripada Jurnal Dermatologi, Venerologi dan Leprologi India, gangguan tiroid, sistem penuaan awal dan kesan ubatan menjadi punca kepada masaalah ini.
4. Kekurangan vitamin
Menurut kajian daripada Journal of Trichology dan Biological Trace Element Research, golongan kanak-kanak yang mempunyai uban cenderung memiliki paras feretin, kalsium, vitamin D, zink dan besi yang lebih rendah.
Kajian lain pula menunjukkan kekurangan vitamin B12 dan folik asid juga berlaku kepada mereka yang mengalami masaalah uban pada usia yang muda.
5. Stress yang teruk
”Korang buat mak stress sampai nak kelabu rambut mak ni”
Biasakan kita dengar mak-mak berceloteh macam tu. Tetapi ada betulnya juga. Sebenarnya stress boleh membantu menukar warna rqmbut menjadi uban
Penyelidikan dalam kajian baru-baru ini mendapati bahawa tikus yang terdedah kepada tekanan mempunyai lebih banyak sel stem melanosit yang habis dalam folikel rambut mereka. Semakin tertekan tikus, semakin sedikit pigmen yang dihasilkan oleh melanosit mereka. *Melanosit ialah sel stem yang diperlukan untuk menghasilkan melanin.
Mungkin lepas ni anda boleh kaitkan remaja yang mempunyai banyak uban mungkin sedang stress?
Baca juga :
- Hukum mewarna dan mencabut uban
- Tips penjagaan rambut : rutin yang perlu dilakukan
- Pusar kepala : fakta dan mitos bilangan pusar
sumber info : kidshealth.org, livestrong.com, greatist.com
- Saya Cuba 15 Barang Murah Shopee Ini Selama 7 Hari… No.7 Buat Saya Menyesal Tak Beli Dari Dulu!
- 15 Hadiah Unik Dari Shopee Yang Jarang Orang Bagi (Idea Menarik 2026)
- 15 Hadiah Lelaki Bawah RM50 – Idea Praktikal & Murah [2026]
- Dividen ASB Rendah Atau Cuma Nampak Rendah? Ini Yang Ramai Silap Faham
- Ramai Kecewa Dengan Dividen ASB, Tapi Ini Hakikat Sebenar Yang Ramai Tak Perasan






No Comment