Resepi Kek Tornado viral..| Masih viralkah kek tornado ini pada tahun 2021?? Bagi peminat coklat dan cheese, anda boleh mencuba resepi ini. Kek ini mempunyai 3 lapis kek dan 3 lapisan cheese.

Harga kek ini dipasaran agak mahal. Jom cuba buat sendiri dirumah. Boleh dijadikan dessert hidangan untuk keluarga anda.

Resepi Kek Tornado viral
Sumber : google image

Resepi Kek Tornado viral..|

Bahan-bahannya: (A) kek coklat

  1. 1 cawan susu pekat
  2. 1 cawan susu cair
  3. 1 cawan butter cair / minyak jagung
  4. 1 cawan koko powder
  5. 1 cawan gula
  6. 1/2 sudu teh garam
  7. 4 biji telur
  8. 1 cawan tepung gandum
  9. 1 sudu teh rata serbuk penaik
  10. 1 sudu teh rata soda bikarbonat
  11. 1 sudu teh esen vanilla

Cara memasak: (A) kek coklat
  1. Bahan 1-6 dicampurkan dalam periuk dan digaul sebati
  2. Panaskan atas api bahan dalam periuk tadi. *tidak perlu mendidih
  3. Selepas gule berkilat, tutup api dan rehatkan sekejap
  4. Pukul telur di dalam bekas lain, dan masukkan dalam campuran tadi, kacau sehingga sebati
  5. Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang sudah diayak kedalam adunan
  6. Tuangkan ke dalam loyang yang dialas baking paper. *pastikan kek nipis
  7. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau kukus sehingga kek naik

Bahan-bahannya: (B) Cream cheese
  1. 250g cream cheese
  2. 200ml dairy whipping cream
  3. 2 sudu besar susu pekat

Cara memasak: (B) Cream cheese
  1. Pukul cream cheese dan susu pekat sehingga kembang
  2. masukkan whipping cream dan pukul sehingga naik

Bahan-bahannya: (C) Coklat ganache
  1. 250g Beryls dark choc
  2. 250ml dairy whipping cream
  3. 2 sudu besar mentega

Cara memasak: (C) Coklat ganache

Cairkan ketiga-tiga bahan ini dengan cara kukus atas air mendidih.

Cara susunan kek
  1. Mulakan meletak kek pada lapisan paling bawah, kemudian satu lapisan cheese. ulang sehingga 3 lapisan
  2. Pada lapisan paling atas, tuang bahan C (coklat ganache) sehingga menutupi keseluruhan kek
  3. Hiaskan kek anda dengan coklat rice/marble atau apa2 kesukaan anda
  4. Kek ini sangat sesuai dimakan sejuk. Anda hanya perlu simpan di dalam peti ais

Rujukan resepi : rasa.my

Anda juga berminat : Resepi Dalgona Coffee ‘viral’ paling simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like