Resepi Dalgona Coffee Viral | Dalgona Coffee, iaitu kopi berkrim yang pernah viral di media sosial, mencuri perhatian ramai kerana penyediaannya yang mudah, rasanya yang lazat, dan persembahannya yang menarik.
Diinspirasikan oleh kopi buih yang popular di Korea Selatan, Dalgona Coffee telah mencipta fenomena dunia sejak awal pandemik.
Jika anda masih belum mencubanya, artikel ini akan memberikan anda resepi Dalgona Coffee yang paling mudah dan cara untuk menikmati kopi trendy ini hanya di rumah!
Apa itu Dalgona Coffee
Dalgona Coffee adalah gabungan daripada tiga bahan iaitu kopi instan, gula, dan air panas yang dikacau dengan cepat atau diblend sehingga menjadi seperti whipped cream lalu disajikan di atas krim susu.
Nama Dalgona bermaksud gula-gula yang berasal dari Korea Selatan atau nama koreanya dikenali sebagai ppopgi yang popular sejak tahun 1970. Gula-gula ini memiliki rasa manis dan bertekstur lembut.
Jung Il Woo merupakan orang pertama yang menamai Dalgona Coffee. Artis terkenal daripada korea ini mendapat ilham nama ini kerana tekture lembut span pada coffee amat mirip sekali dengan gula-gula Dalgona.
Resepi Dalgona Coffee ‘viral’ paling simple
Sumber gambar : Google Image
Bahan-bahan mudah :
1. 2 sudu kecil serbuk nescafe instant
2. 3 sudu gula pasir
3. Air panas secukupnya
4. susu segar dari apa2 jenama (admin fav dengan susu dari jenama Farm Fresh)
5. Ais Batu
6. 2 sudu Krimer atau susu pekat bagi yang tidak minat rasa pait (pilihan)
cara untuk membuat Dalgona Coffee dengan atau tanpa mixer
1. Campurkan bahan nombor satu hingga tiga kedalam mangkuk yang sesuai. Kemudian gunankan pengaduk tangan atau mixer (lebih mudah) sehingga ia membentuk seperti whipped cream.
2. Di dalam cawan lain, kacau sebati Susu segar, ais (pilihan) dan susu pekat (pilihan). *Lebihkan susu segar jika anda tidak minat manis yang kuat.
3. Step terakhir hanya perlu anda letakkan adunan whipped coffee keatas gelas susu tadi.
Variasi lain Dalgona yang anda boleh cuba
#Dalgona Matcha/Green Tea
Sukatan dan cara anda boleh pada video yang admin share dibawah. Selamat mencuba.
# Dalgona Milo
Untuk Dalgona milo anda boleh cuba dengan cara sama seperti cara pembuatan Dlgona Coffee. Pasti ramai yang lebih meminati Dlagona Milo kerana rasanya yang lebih manis dan sedap. Ia juga sesuai untuk snek ringkas anak-anak anda. Selamat mencuba.
Anda juga meminati : 10 Fakta tentang coklat. ‘Kelazatan membunuh?’ Bagaimana gula boleh menurunkan IQ otak??